servantforever Publish time 8-9-2021 10:40 PM

8 Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Tak Tahu

https://1.bp.blogspot.com/-Ra42Y2-Kcbs/YTjJmrVVegI/AAAAAAAABXc/_L1a6deIxykjBwpkNEIXnPaOl28T6ZBKQCLcBGAsYHQ/s16000/CFCE8C22-21D7-4077-BE75-1815D645AF9A.jpeg

Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Tak Tahu | Kisah yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai8 Keajaiban Solat Tahajud. Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam. Pesanan Dari Imam Nawawi:
“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”
http://amekaw.com/wp-content/uploads/2014/04/shalat-1024x575.jpgKeajaiban Solat TahajudSejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut : 1. Tiket ke SyurgaAbdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).
2. Menjauhi PenyakitSalman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)
3. Mengangkat Darjat ManusiaRasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
4. Mendapat Rahmat AllahAbu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)
5. Doa DikabulkanAllah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)
6. Penghapus dosa Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)
7. Menewaskan SyaitanDiriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”
8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)
Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.
SUMBER

KIM.K Publish time 8-9-2021 11:08 PM

Terer la sapa rajin bangun

edayildiz Publish time 9-9-2021 12:11 AM

nice sharing..nak sgt tp selalu xsdr
.sbb salah sndiri jgk gedik tdo lambat..kunci jam jah hari2..bgn nya tak jgk..:shakehead3:

matbad Publish time 9-9-2021 12:24 AM

KIM.K replied at 8-9-2021 11:08 PM
Terer la sapa rajin bangun

kwn aku slalu bgn tahajud dan solat dhuha. magiknya kalau dia niaga apa2 ja msti laku keras. muka dia berseri2. slalu ckp yg baik2 tp tak bongkak dan takbur. mcm aku lupa waktu solat, dia akan call tnya baik2 dulu. Alhamdulillah Allah kurnia sahabat mcm tu

Catpaw Publish time 9-9-2021 12:34 AM

Boleh buat sebelum azan subuh

Catpaw Publish time 9-9-2021 12:35 AM

Peenah dengar ustaz A. Dusuki cakap solat tidur tu sunat ja, boleh buat sebelum tidur.


Ada juga dengar kalau tak boleh tidur, buat syarat macam tidur ja untuk buat solat tahajud ni.

ease Publish time 9-9-2021 01:42 AM

matbad replied at 9-9-2021 12:24 AM
kwn aku slalu bgn tahajud dan solat dhuha. magiknya kalau dia niaga apa2 ja msti laku keras. muka...

Alhamdulillah. Untung awak ada sahabat macam tu.. Siap call tanya bebaik. Orang makin berilmu.. makin tunduk..

KIM.K Publish time 9-9-2021 02:57 AM

matbad replied at 9-9-2021 12:24 AM
kwn aku slalu bgn tahajud dan solat dhuha. magiknya kalau dia niaga apa2 ja msti laku keras. muka...

Banyak berkat hidup.
Kazen iols dapat laki banyak rumah, yg meninggal muda. Bila kira nilai rumah berjuta tinggal kat bini.

Ex iols dulu badan dia jadi kuat, rajin tahajjud. Tua pun cergas. Banyak hutang but years later dapat kontrak besar dgn gomen

matbad Publish time 9-9-2021 06:40 AM

KIM.K replied at 9-9-2021 02:57 AM
Banyak berkat hidup.
Kazen iols dapat laki banyak rumah, yg meninggal muda. Bila kira nilai rumah ...

betul. keberkatan tu sgt2 laaa

FlexyFox Publish time 16-9-2021 09:35 AM

edayildiz replied at 9-9-2021 12:11 AM
nice sharing..nak sgt tp selalu xsdr
.sbb salah sndiri jgk gedik tdo lambat..kunci jam jah hari2..b ...

Salam. Kalau ikhlas berkehendak, insyaallah, Allah akan permudahkan. Lepas tiap kali sembahyang 5 waktu, masa berdoa, nyatakan keinginan nak bangun tahajut, mohon kepada Allah minta Dia permudahkan. Cuba! Semoga berjaya suatu hari nanti.

edayildiz Publish time 17-9-2021 01:48 AM

FlexyFox replied at 16-9-2021 09:35 AM
Salam. Kalau ikhlas berkehendak, insyaallah, Allah akan permudahkan. Lepas tiap kali sembahyang 5...

wslm..terima kasih awk:loveliness:

FlexyFox Publish time 17-9-2021 03:38 AM

edayildiz replied at 17-9-2021 01:48 AM
wslm..terima kasih awk

Sama-sama.

NorAddin Publish time 23-9-2021 01:03 AM

Edited by NorAddin at 9-12-2021 11:44 AM



salam :C

selepas ketahui fadilat dan keajaiban solat tahajud ..
maka jangan kamu kejar fadilat dan keajaiban nya ..

walaupun menuntot ilmu itu fardhu ..
ilmu itu jugak akan menjadi hijab yang paling besar
walhal ilmu adalah satu sifat yang paling mulia
d'jadikan oleh Allah Ta'ala ..

so ya ..
jangan biarkan pengajian(ilmu) anda
menggangu pendidikan(amalan) anda
sebab pendidikan itu memerlukan seorang menunjokkan
kerana pendidikan itu adalah

[*]practikal(amalan) dari
[*]pengajian(ilmu) ..


وَمِنَ ٱلَّيۡلِ
Dan pada sebahagian malam hari
فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةً۬ لَّكَ
bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu
عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامً۬ا مَّحۡمُودً۬ا
mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.
17:79


[*]sebab Allah .. perlu jujur
[*]kerana Allah .. perlu ikhlas
give your best .. Allah will do d'rest

actually kita buat kerja .. apa saje ..
mesti dengan cinta ..
kalau kita memasang nawaitu .

[*]sebab Allah ..
[*]kerana Allah ..
insyAllah ..
ia akan jadi salah satu ibadah yang d'terima
aamiin ..

wassalam
:C

mbhcsf Publish time 30-11-2021 07:27 PM

NorAddin replied at 23-9-2021 01:03 AM
salam

selepas ketahui fadilat dan keajaiban solat tahajud ..


Addin,

what are these ? what do they mean?

وَمِنَ ٱلَّيۡلِ



NorAddin Publish time 9-12-2021 11:52 AM

mbhcsf replied at 30-11-2021 07:27 PM
Addin,

what are these ? what do they mean?




salam :C

surah 17 .. al isra'
ayat 79 ..
edited dah .. hehe

'men of manner' need malam itu ..
untuk sampai makam mahmud ..

makam mahmud bukan makam comot
makam puji bukan makam keji

adab itu pekerti .. pekerti itu peribadi ..
adalah disiplin peringkat darajat tertinggi ..

wassalam
:C

bellaa Publish time 9-12-2021 04:46 PM

https://i.ibb.co/s59mh5w/Screenshot-2021-12-09-164557.png

.HannahMontana. Publish time 12-12-2021 08:50 PM

Kelebihan solat Tahajjud memang banyak dan yang paling mujarab memang menjadi masa paling mustajab untuk berdoa dan meminta hajat sebab pada waktu itu ada antara masa yg ketika kita berdoa maka Allahmakbulkanbegitu sahaja.

Lgai , solat tahajjud inimengangkat makam kita

Ini disebut didalam Al Quran.

tompie Publish time 10-1-2022 05:01 PM

Semoga Allah permudahkan niat kita untuk membuat perkara yang baik.
Semoga Allah jadikan kita semua Ahli Tahajjud.
Aaamiin
Pages: [1]
View full version: 8 Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Tak Tahu


ADVERTISEMENT