dammerung Publish time 8-9-2021 07:16 PM

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 6 Oktober 2021)

Edited by dammerung at 6-10-2021 03:29 PM

Koleksi Kes-Kes Paranormal Vol III
Disclaimer

Hakcipta terpelihara. Segala cerita disampaikan oleh saya, dammerung dalam thread ini tidak dibenarkan sama sekali digunakan atau disalin tak kisah samada untuk tujuan komersial ataupun tidak.Sudah terlalu banyak orang monetized karya-karya aku. Aku sendiri pun tak pernah buat duit dengan tulisan aku, engkau sedap-sedap je buat income dari usaha aku.

Bagi cerita-cerita aku sebelum ini yang dah tersebar meluas, samada di FB, Wattpad, Fiksyen Syasha atau AAN, itu tak apalah, aku halalkan tapi cukuplah setakat itu.

Minta tolong forumer sekalian untuk report jikalau cerita-cerita aku di thread ini di copy paste di tempat lain.

Untuk makluman, aku tiada akaun sosial media di mana-mana platform, kecuali Whatsapp dan Linkedin dimana aku terpaksa ada atas tuntutan kerja. Jadi, aku tak boleh nak keep track kalau cerita-cerita aku diciplak di FB, Twitter, IG atau dimana-mana lah.

Jasa anda semua amatlah dihargai dan terima kasih di atas sokongan yang berterusan.

All the stories presented in this thread are true, even if it's not.

Semoga terhibur

Dammerung

*****************************************************************
Kes 1/2021 - Himpunan Kisah Dari India [Kumpulan Jubah Hitam]


Pada Jun hari itu genaplah 3 tahun aku di India. Disebalik kesibukan tuntutan kerja dan cabaran-cabaran isu peribadi, aku masih mengumpul seberapa boleh cerita-cerita tempatan dari kenalan-kenalan disini.

Tanpa membuang masa, kita mulakan dengan kisah teman aku bernama Anand.

Kejadian berlaku pada tahun 2017. Anand baru tamat pengajian dalam bidang IT, memulakan kariernya di Bangalore, kota yang dikenali sebagai Silicon Valley of India. Berasal dari utara, itu merupakan kali pertama Anand ke selatan tanahair dan dia menyewa sebuah katil di dormitori yang disediakan untuk anak-anak muda yang berhijrah ke Bangalore untuk memulakan hidup baru.

Anand bekerja di sebuah syarikat IT sebagai technical support dimana klien-klien adalah dari barat. Jadi Anand masuk kerja pada waktu dikenali sebagai graveyard shift. Sebagai orang baru, dia terpaksa mengambil slot pukul 10 malam hingga 6 pagi, 6 hari seminggu.

Apa yang lagi macam sial adalah pada shift tersebut hanya dia seorang sahaja bekerja.

Polisi syarikat yang kedekut menyebabkan Anand menghabiskan waktu kerja dalam gelap dan hanya diterangi skrin komputer. Biasanya dia akan meninggalkan ruang kerja dalam setengah jam setelah bertungkus-lumus dalam 4-5 jam untuk menghisap rokok di lobi.

Kejadian berlaku pada hujung bulan pertama dia bekerja.

Seperti biasa pada pagi buta itu, Anand keluar dari pejabat untuk turun ke bawah. Syarikat dimana dia bekerja terletak di tingkat 3 pada bangunan setinggi 20 tingkat. Keadaan bangunan sudah usang dan dari dua lif disediakan, hanya satu masih beroperasi.

Pintu lif terbuka dan Anand masuk lalu menekan butang lobi. Lampu pada butang tidak menyala walaupun beberapa kali ditekan. Pintu lif tertutup dan skrin LED menunjukkan lif menuju ke atas.

Lif berhenti di tingkat 7 dan perlahan pintu terbuka.

Itu merupakan pertama kali Anand pergi ke tingkat selain dari tingkat 3 dan di depannya hanya terdapat longgokan kerusi dan meja kayu yang tidak lagi digunakan, tersusun hingga ke siling.

Dia menjenguk keluar untuk melihat siapa yang tekan butang lif sebentar tadi. Pada hematnya, ini mesti kerja pengawal keselamatan yang buat rondaan tetapi apa dilihatnya adalah sekumpulan orang berjubah hitam berkumpul di satu sudut.

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana adalah normal wanita Muslim di India berjubah hitam dan berpurdah. Tapi melihat mereka pada waktu malam adalah amat jarang, apatah lagi pada pagi-pagi buta.

"Any of you going down?" tanya Anand dalam bahasa inggeris.

Sekumpulan orang berjubah hitam menoleh ke arah Anand. Mata-mata buntang tebal dengan maskara hitam merenung tajam ke arahnya. Secara automatik Anand rasa tak sedap hati dan segera kembali ke dalam lif sambil menekan berkali-kali butang close.

Pintu hampir tertutup, terbuka semula. Setiap kali butang close ditekan dan pintu hampir rapat, ia kembali terbuka, menandakan ada orang diluar menekan butang lif dengan sengaja.

Memberanikan diri, Anand sekali lagi menjenguk ke luar dan mendapati salah seorang berdiri rapat pada butang lif di dinding dengan jari menekan-nekan butang atas dan bawah. Mata buntang berair merenung Anand dan di belakang penekan butang lif adalah sekumpulan jubah hitam dengan mata-mata putih tanpa anak mata.

"Please stop pressing the button, I really need to go back to my office"

Rayuan Anand hanya membuatkan jubah misteri itu menekan butang dengan lebih agresif. Mata dijengilkan seolah-olah mahu menelan Anand. Ketawa-ketawa kecil kedengaran dari kumpulan si jubah. Bulu roma Anand meremang dan tubuhnya terasa seperti terkena renjatan elektrik.

Dia segera lari turun ke bawah melalui tangga kecemasan terletak di sebelah lif. Derapan tapak kakinya bergema di seluruh ruangan tangga.

Apa membuatkan Anand hampir terkencing ketakutan apabila gema tapak kaki berselang-seli dengan gema hilai tawa dari tangga tingkat atas.

Dari sepatutnya terus ke tempat pengawal keselamatan di lobi, Anand masuk ke pejabat dan mengunci diri di dalam kegelapan. Skrin komputer dimatikan supaya tiada siapa tahu dia sedang bersembunyi.

Dari tempered glass pintu pejabat, Anand nampak susuk-susuk tubuh hitam di luar. Dia pasti itu adalah kumpulan jubah hitam dari tingkat 7 tadi. Persoalan samada kebetulan mereka ada disitu atau benar-benar tahu Anand bersembunyi di pejabatnya, di tingkat 3, bermain-main di fikiran.

Anand berpeluk tubuh di bawah meja. Bila difikir semula, kelakar pun ada juga kerana selama ini dia tak pernah terfikir tentang kewujudan hantu, lagi-lagi terjumpa hantu. Jadi ada sedikit teruja berdepan dengan situasi begitu.

Teringat akan sesuatu, Anand mengeluarkan handphone. Ketika dia masih dalam minggu training, penyelianya, Rajesh ada memberitahu supaya tidak teragak-agak menghubungi dia sekiranya terdapat apa jua masalah semasa bertugas shift. Anand masih ingat bahawa Rajesh beria-ria memastikan bahawa peringatannya adalah serius dan bukan sekadar formaliti seorang senior kepada junior.

Tak sampai lima deringan, panggilan Anand diangkat Rajesh.

"Semua okey ke?" tanya Rajesh dalam Hindi.

"...tak tau aku nak cakap camana sebenarnya..." belum sempat Anand cuba menghabiskan penjelasan yang dia sendiri tak tahu macam mana nak ceritakan, Rajesh sudah memotong kata-katanya.

"Macam mana ko boleh pergi tingkat 7" tanya Rajesh.

Anand menceritakan bagaimana lif bangunan buat hal sehingga dia terpaksa menyorok bawah meja.

"Benda-benda tu masih kat luar?" tanya Rajesh lagi.

Anand memanjangkan leher melihat ke tempered glass dan mendapati kaca tersebut penuh dengan dekapan tapak-tapak tangan.

"Ada lagi boss. Macam cuba nak masuk"

"Ko tunggu kat situ. Jangan gerak pergi mana-mana" kata Rajesh sebelum menamatkan perbualan.

Penggera kebakaran memetir seluruh bangunan sehingga Anand terpaksa menekup telinga cuba meredamkan bunyi yang memekakkan itu. Penggera berhenti dan terdapat ketukan di kaca pintu pejabat.

"Hello!" "Hello!" suara lelaki kedengaran di luar.

Anand melihat pengawal keselamatan sedang berdiri di luar sambil mengetuk kaca menggunakan bucu cotanya.

Bergegas keluar dari tempat persembunyian dan pintu dibuka. Dilihat tiada siapa selain pakcik tua di anjung pejabat.

"Call Rajesh, call" kata pakcik pengawal sambil membuat isyarat telefon dengan tangan.

"Hello boss, you minta security bagitau suruh call ke?" tanya Anand.

"Okey, sekarang ni, kunci ofis dan balek rumah. Besok ko ambikla cuti satu hari. Lusa masuk ofis pukul 9 pagi" jelas Rajesh.Tanpa banyak cakap, Anand segera membuat seperti disuruh dan berjalan kaki pulang ke dormitori ketika hampir subuh.

Tiga hari kemudian, Anand masuk kerja pada waktu pagi. Agak janggal melihat pejabat terang-benderang dan ramai orang kerana sebelum ini berminggu juga dia sendirian kerja tengah malam.

Rajesh menyambut Anand seperti rakan yang sudah lama tak berjumpa.

Bertanya khabar lebih kurang, Anand meminta penjelasan Rajesh tentang kejadian dialaminya, kerana dia tahu penyelia berkepala botak itu tahu tentang misteri di tingkat 7.

"Layan chai jom" pelawa Rajesh.

Sambil menghirup segelas chai di gerai luar bangunan, Rajesh memulakan cerita.

Lebih kurang 10 tahun dahulu, tingkat 7 merupakan pejabat syarikat milik seorang saudagar India Muslim. Tak tahu apa perniagaan yang dijalankan, setiap pagi saudagar ini akan didampingi oleh sekumpulan gadis berjubah hitam masuk ke pejabat.

Selepas kejadian serangan terrorist di hotel Taj Mahal Mumbai, mereka yang bekerja atau menyewa di bangunan itu mula memandang serong ke saudagar tersebut. Adalah beberapa penyewa / pemilik unit di bangunan mula menyatakan kerisauan terhadap syarikat di tingkat 7, mengesyaki mungkin ada kaitan dengan aktiviti terrorist dan sebagainya.

Terdapat usaha-usaha untuk menghalau syarikat tingkat 7 itu keluar dari bangunan, sehingga polis menyerbu pejabat.

Pada satu hari, di tengah kesibukan pagi orang masuk bekerja, saudagar Muslim pemilik syarikat di tingkat 7 berdiri di tengah lobi dan memaki hamun semua orang. Dia mendakwa kejahilan mereka menyebabkan dia disabotaj hingga perniagaannya terjejas.

Dia mengakhiri sesi ketidakpuashati dengan menyatakan bahawa seluruh tingkat 7 telah disumpah dan melaknat siapa-siapa yang cuba masuk menyewa atau memiliki ruang bekas pejabatnya itu.

Saudagar Muslim itu dikhabarkan meninggal dunia tak lama selepas itu.

Sebuah bank tempatan cuba memulakan operasi di tingkat 7 tetapi belum sempat pejabat dibuka, kerja-kerja renovasi terbengkalai. Para pekerja dikatakan diganggu sekumpulan makhluk berjubah hitam, persis pendamping-pendamping almarhum saudagar Muslim itu. Kumpulan jubah hitam menganggu pekerja-pekerja sehingga ada dirasuk dan ada juga mati terjatuh dari tingkat 7 ketika sedang memasang kaca tingkap.

Sejak dari itu, bangunan itu sering bertukar pengurusan kerana nilai hartanah merosot dan penyelenggaraan mula terabai.

Syarikat-syarikat IT yang sebelum itu memenuhi unit-unit di bangunan berpindah satu-persatu ke bangunan baru yang lebih moden. Tinggallah syarikat Anand berkerja sebagai satu-satunya perusahaan IT, itu pun kerana pemilik terkenal dengan sifat bakhilnya.

Kalau dulu ramai kerja graveyard shift tapi kes-kes gangguan kumpulan berjubah hitam menyebabkan ramai berhenti kerana tak tahan. Staff baru macam Anand lah jadi mangsa. Pengawal keselamatan tak payah cerita lah, setiap kali buat rondaan ke tingkat 7 pasti kena kacau. Sehingga pengurusan bangunan terpaksa mengupah askar Gurkha pencen yang mahal gajinya untuk menangani masalah kadar tinggi pengawal keselamatan berhenti kerja.

Anand masih diarahkan kerja graveyard shift dan berhenti dua bulan kemudian. Bukan kerana gangguan yang terjadi hampir tiap-tiap malam tetapi gaji yang tak setimpal kerja. Overtime pun tak ada.

Bersambung di cerita seterusnya...





miszclassique Publish time 8-9-2021 07:30 PM

Welkem back dammerung... Semoga sihat2 aje

Scary membayangkan nampak mata putih je, mencikkkk
Kedekut betul ya bos tu, lama2 gulung tikar baru tau

JohnyEnglish Publish time 8-9-2021 07:55 PM

Sekian lama aku menunggu sambungan..akhirnya

Perawankota Publish time 8-9-2021 09:27 PM

Best!      

raihaneem Publish time 8-9-2021 10:42 PM

Cerita sentiasa terbaik

cucutokwan89 Publish time 8-9-2021 10:59 PM

{:thumbo


sweetfasha Publish time 8-9-2021 11:02 PM

best best

citer hantu luar negara..

Aaaaaookkk Publish time 9-9-2021 07:27 AM

Sentiasa terbaikkk {:thumbo

imanamsyar Publish time 9-9-2021 08:19 AM

terbaik dam..

soptg Publish time 9-9-2021 09:03 AM

Tenkyu damm..cam bese..awesome stories..terubat rindu kisah2 misteri..kipidap bro damm..

biskutsusu Publish time 9-9-2021 09:58 AM

terbaik!!!
semua cerita damm mesti buat aku berdebar debar
pastu tak sabar nak tunggu sambungan

wajaman Publish time 9-9-2021 10:49 AM

yeaaaa,ada citer baru...{:1_152:}

MistrezHermanaz Publish time 9-9-2021 02:19 PM

yahoooo, so far penulis cerita misteri terbaik di forum

Illayana Publish time 9-9-2021 03:15 PM

Wahhh dh vol 3. Thank you, TT. Citer TT semua mmg layannnn....

lilac85 Publish time 9-9-2021 04:57 PM

Askar gurkha ni berani ke

isseliparjepun Publish time 9-9-2021 10:18 PM

Moga sihat2 ye bang damm. Moga juga segala hasil penulisan boleh dibukukan. :loveliness: Tingin nak ada 1 buku memuatkan kisah2 dari tt.

lady_bonia Publish time 9-9-2021 10:30 PM

Terbaik dam{:thumbo
Welkem back{:gambateho{:gambateho
Nanti jgn lupa sambung ye
Stay safe damm

amyfiq Publish time 10-9-2021 01:03 AM

bro dam is back!!! thank you bro sbbsudi menyajikan kisah2 seram {:1_556:}{:1_556:}{:1_556:}
always terbaeekkkk kipidap bro {:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}

razfira0707 Publish time 10-9-2021 10:42 AM

im screaming.. welcome back Dammerung!

X BACA LAGI, Komen dulu

kucingitam Publish time 10-9-2021 01:33 PM

welcome back damm...
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 6 Oktober 2021)


ADVERTISEMENT