Cari-Azza Publish time 8-9-2021 12:30 PM

Anak Nak Jual Lukisan Depan Rumah, Ayah Tak Percaya Boleh Laku! RM1 Je



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/08/095528c2t4eexzb3z94fee.jpg



Semangat dan kesungguhan dua beradik menjual lukisan yang dibuat sendiri antara kisah yang trending.



Alya Aqeela, 7 dan adiknya Alya Adeela, 3 meminta kepada ayah mereka untuk menjual enam keping lukisan. Jadi, ayahnya telah membuka gerai di hadapan rumah mereka walaupun yakin tiada siapa yang akan membelinya.


Menariknya, kesemua lukisan tersebut yang dijual dengan harga RM1 sekeping laku.


Kisah tersebut dimuat naik oleh ayahnya sehingga mendapat perhatian netizen.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/08/092627b611ojwouh4k45jj.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/08/092700tp433hh4gxnepbz3.pngFoto : FB




Menurut ayahnya, Fadhil Zainuddin, permintaan anaknya tidak susah menyebabkan dia menunaikannya. Namun, tidak disangka pula apabila lukisan seperti bendera Malaysia, bentuk hati, kuda dan abstrak itu dibeli oleh mereka yang lalu lalang.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/08/094526l74zyeatc11214py.pngFoto : FB



Ianya membuatkan mereka berdua ingin berniaga lagi. Apatah lagi dengan komen pembeli yang berasa bertuah menjadi pelanggan pertama ini. Gambar kuda berbentuk seekor kucing, comel kata mereka.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/08/094922wmci4v4kcc4vfv5e.pngFoto : FB



Netizen turut terhibur dengan kegigihan mereka berdua dan berhasrat untuk membelinya jika masih ada jualan nanti. CARI



LadyCarefree Publish time 8-9-2021 02:25 PM

Bahaya tinggalkan dua beradik besar tu macam tu saja walau hanya depan rumah. Now lagilah ramai tahu.

Dahlah exposed to covid19.

Apa saja demi content kah?

Fortiori02 Publish time 8-9-2021 05:46 PM

Alahai comelnya korang dik, seb bek tak leh rentas, kalo tak lama dah acik gi beli lukisan ko dik...

syakuntala Publish time 8-9-2021 06:42 PM

Mgkn org beli sbb kesungguhan diorg nk jual... Seronok bl ada org beli...

kakigojes Publish time 8-9-2021 07:50 PM

Jangan ghairah sangat. Ntah2 orang beli rm1 sebab kesian kat anak sorang2… to me, faham kita nak ajar anak yang terbaik.. but ada had nya, lagi2 time covid ni.. jual je la dalam group whatsapp family idok

doubleharmonic Publish time 8-9-2021 08:01 PM

takat 6 bijik lukisan jah kira betul2 laku ke dekk? fefeling limited edition sangat ko ni kan dekk? asalkan tak claim sold out dalam 1 jam tapi stokis jenuh nak clear stok kira dah ok lah kan dekk?

nakkomenjugak Publish time 8-9-2021 08:06 PM

kuda berbentuk kucing?
pun boleh la nakkkkk

JohnyEnglish Publish time 8-9-2021 08:47 PM

Beli pastu kambus belakang rumah ke tu?

felinecat Publish time 8-9-2021 09:30 PM

Jgn pedobear dtg membeli udah le.. Comel ke lukisan

merrissa Publish time 9-9-2021 07:13 AM

kakigojes: Jangan ghairah sangat. Ntah2 orang beli rm1 sebab kesian kat anak sorang2… to me, faham kita nak ajar anak yang terbaik.. but ada had nya, lagi2 time ...

Tula sebab kesian je

akuHavocczz Publish time 9-9-2021 09:50 AM

Jual ice cream okay jugak kot.

nononcrux Publish time 9-9-2021 04:22 PM

ni mesti penagruh citer fox family yang ade sibling tu jual art depan rumah :lol:
Pages: [1]
View full version: Anak Nak Jual Lukisan Depan Rumah, Ayah Tak Percaya Boleh Laku! RM1 Je


ADVERTISEMENT