Raline Publish time 7-9-2021 08:41 PM

Buat kerja gila dekkk, photoshoot dengan rangka dah kenapa?

Tidak Pernah Rasa Kasih Sayang Ayah, Lelaki Ini Nekad Buat ‘Photoshoot’ Bersama Rangka Orang Tuanya

https://i2.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2019/10/tofia-e1569984165512.png?fit=600%2C333&ssl=1
Seorang lelaki dari China telah mencetuskan kontroversi di Weibo apabila memuat naik gambar photoshoot dirinya berbaring di tepi rangka mendiang ayahnya yang telah digali keluar dari kubur.

Siyuan Zhuji, 33, nekad menggali dan menyusun semula tulang-temulang ayahnya sebelum baring dalam keadaan bogel di sebelah rangka tersebut di dalam sebuah photoshoot.

https://i2.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2019/10/tofia-e1569984165512.png?resize=600%2C333&ssl=1
https://i2.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2019/10/12049834-6902911-Siyuan_whose_real_name_is_Si_Lulu_said_he_was_only_three_years_o-m-117_1554818397895-e1569984303111.jpg?resize=600%2C382&ssl=1
Lelaki itu memuat naik gambar-gambar hasil daripada photoshoot tersebut di sebuah laman sesawang hasil seni dan di Weibo pada hari Sabtu, hujung Mac lalu.

Semua gambar terbabit telah tular dengan cepat dalam kalangan warganet yang rata-rata menyelar tindakan Siyuan sebagai tidak sopan dan tidak malu dek bertelanjang sebegitu.

Penggalian semula keranda serta ayahnya itu turut dibantu oleh penjaga kubur.

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2019/10/2-2-e1569984295596.jpg?resize=600%2C331&ssl=1

Siyuan menjelaskan bahawa ayahnya meninggal dunia kerana kanser hati ketika dia baru mencecah usia tiga tahun. Jadi, photoshoot bersama ayahnya merupakan ‘impian’ dirinya sedari kecil.

“Saya berasa sangat bahagia. Saya tidak pernah berada sedekat ini dengan ayah sepanjang saya hidup kerana ayah ‘pergi’ terlalu awal.”

“Saya berbogel di dalam gambar tersebut untuk menunjukkan ini adalah keadaan diri kita apabila kita datang (dilahirkan) atau meninggalkan dunia suatu masa nanti,” kata Siyuan.

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2019/10/1-2-e1569984394433.jpg?w=600&ssl=1
Gambar-gambar tular terbabit itu sebenarnya diambil oleh isterinya sendiri, Lin Shan selepas mendapat keizinan penjaga kubur.

Terdapat satu komen daripada warganet yang telah mendapat tanda suka tertinggi dan ia berbunyi, “Kamu jelas sekali menunjukkan yang kamu sebenarnya menggali semula kubur ayah kamu demi mendapatkan kemasyhuran dari dunia.”

Apa pendapat anda?

Sumber:
Daily Mall

otai_g Publish time 7-9-2021 09:05 PM

Baik ko msk terus dlm kubur tu pastu timbus. Setel :lol:

Supersirap Publish time 7-9-2021 09:09 PM

Xde kerja cari kerja, ni lah contoh terbaik

JohnyEnglish Publish time 7-9-2021 09:31 PM

Aku rs mcm dh tbaca berita mcm ni beberapa thn lps

edayildiz Publish time 7-9-2021 09:32 PM

sick:lol:
baru nk tnya berapa lama dh ayah dia aruah..dah 30 thn rupanya..org atas dunia ni skrg semua sakit..semua nk buat content..i rindu zaman awal 2000an:loveliness:

nakkomenjugak Publish time 7-9-2021 09:43 PM

dahell???
macam2 perihal donyaaa

anony-mous Publish time 8-9-2021 11:10 AM

edayildiz replied at 7-9-2021 09:32 PM
sick
baru nk tnya berapa lama dh ayah dia aruah..dah 30 thn rupanya..org atas dunia ni skrg se ...

Ah those good times. Patut lah illuminati konon nya nk hapuskan internet. Sbb pepuak bodoh mcm ni semakin menjadi2. The last year yg x bodoh mgkin around 2011@2012 sblm wechat n ig wujud. Zmn blackberry last zmn celik

lia98 Publish time 8-9-2021 05:25 PM

Baik la ayah ko dah mati... Kalo ayah ko hidup lagi, dia sakit hati tgk perangai tak senonoh ko ni.

NFBZCantik Publish time 10-9-2021 04:12 PM

aneh aneh ya

najib888 Publish time 11-9-2021 11:23 AM

anony-mous replied at 8-9-2021 11:10 AM
Ah those good times. Patut lah illuminati konon nya nk hapuskan internet. Sbb pepuak bodoh mcm ni...

ye..aku setuju.. after 2012, aku dapat rasakan environment dunia ni lain..vibes nya lain.. before 2012, rasa macam ok lagi.. Mungkin impact experiment LHC kot.. cons-piracy..

hasniey Publish time 14-9-2021 07:51 PM

Demi content...untung2 dpt buat paid review 2-3 tahun ni masyuk jgk
Pages: [1]
View full version: Buat kerja gila dekkk, photoshoot dengan rangka dah kenapa?


ADVERTISEMENT