Raline Publish time 7-9-2021 08:26 PM

Wanita dihalau dari rumah sendiri oleh isteri baharu suami

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/wanita-dihalau-pelakor.jpg
Wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu mendakwa rumah itu dibeli hasil daripada wang simpanan jualan makanan selama tiga tahun. – Dream.co

Wanita dihalau dari rumah sendiri oleh isteri baharu suami

JAKARTA – Gara-gara kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga, seorang wanita mendakwa dihalau keluar dari rumahnya sendiri yang dibeli hasil daripada jualan makanan selama tiga tahun, lapor portal berita Dream.co hari ini.

Menerusi satu video yang dikongsikan seorang pengguna Instagram, wanita dari Indonesia yang tidak mendedahkan identitinya itu meluahkan rasa sedihkerana terpaksa keluar dari rumah hasil kerja kerasnya selama tiga tahun.

“Ini rumah saya, rumah yang dibeli hasil daripada wang simpanan menjual ‘seblak’ selama tiga tahun,” kata wanita itu.

Dia kemudiannya memberitahu bahawa suaminya telah berkahwin lain, lantas merebut rumah itu daripadanya.

“Ini isterinya, perampas suami saya. Dia mengusir saya dari rumah ini,” ujar wanita berkenaan.

Tambahnya, selain rumah, barang-barang miliknya di dalam rumah itu turut digunakan wanita tersebut yang menambahkan lagi rasa sedihnya.

Pada penghujung video, wanita itu mengakui dia ingin mempertahankan rumah tersebut dan akan memastikan ia tetap menjadi miliknya.

“Doakan saya, semoga saya kuat menghadapi semua ini. Semoga saya dapat mengambil semula hak saya,” katanya.

Wanita itu bagaimanapun tidak menceritakan secara terperinci mengapa dan bagaimana dia dihalau keluar dari rumah itu.

Video yang dimuat naik itu menerima pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata meluahkan rasa marah mereka terhadap wanita perampas yang mengusirnya.

“Tiada rasa bersalah langsung wanita perampas mengambil rumah orang lain.

“Buat si suami, sila beringat bahawa rezeki kamu akan menjadi sempit kerana telah mensia-siakan isteri kamu demi seorang wanita perampas,” kata seorang netizen. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my

CiliPadiSedap Publish time 7-9-2021 09:18 PM

tak pelik yang kuak lentang berenang dari indon melalui selat melaka perangai lebih kurang je perampas suami orang.

terbawa bawa perangai dari tanah tempe bakso.

moga wanita2 malaysia bersatu dari anasir perampas suami org:lol:

edayildiz Publish time 7-9-2021 09:28 PM

kesian:shakehead3:
tidak berperikemanusian la laki sheols..tiru la chinese mana buat naya bini first:$

nakkomenjugak Publish time 7-9-2021 09:49 PM

sambil side eye friska trisna

lain kali tarikkk rambut perempuan tu kasi orang kampung belasah
not on my watch yachhhh
the audacityyyyyy sisssss
rumah iol is rumah iolsss

uda Publish time 7-9-2021 10:02 PM

Ada kan satu kes tu dia robohkan rumah dia sbb marah dgn ex husband dia

manehnya Publish time 7-9-2021 10:19 PM

Yindon... Apa nak heran

KIM.K Publish time 8-9-2021 12:28 AM

Rumahtangga takda asas agama. Whatduyuespek.
Ikut sedap je buat life dia

Friska Publish time 8-9-2021 08:42 AM

Yah, berita dari Indonesia ngetrend banget di forum ini. Jadi bangga saya
Pages: [1]
View full version: Wanita dihalau dari rumah sendiri oleh isteri baharu suami


ADVERTISEMENT