dellashrill Publish time 6-9-2021 10:01 PM

Mudahnya masak Sizzling Yee Mee di rumah

https://i.ibb.co/WGv211S/sizzling-yee-mee.jpg

Ramai orang suka makan sizzling yee mee tetapi menu ini hanya boleh didapati di food court/ medan selera di pasaraya.

Sebenarnya sangat mudah menyediakan menu ini di rumah hanya menggunakan pan atau kuali yang ada.


Berikut adalah cara penyediaan untuk dua orang dewasa.


Bahan-bahan:-

1. 4 potong Ayam (potong nipis/dadu)

2. Semangkuk Cendawan Shitake (potong dua)
3. 2 keping Yee Mee

4.3 ulas Bawang Putih (potong halus)
5. 2 cm Halia (potong nipis)
6. 2 sudu besar Minyak masak

7. 2 sudu besar Kicap manis
8. 1 sudu besar Kicap pekat

9. 1 ketul Kiub pati ayam

10. 2 sudu besar Sos tiram

11. Air 200ml
12. Segengam Sawi

13. 2 sudu besar Tepung jagung
14. 1 biji Telur


Cara masak:-

A:- Kuah Yee Mee

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
2. Masukkan bawang putih dan halia.
3. Masukkan ayam sehingga masak.
4. Masukkan kiub pati ayam.
5. Tambahkan air.
6. Masukkan cendawan shitake.
7. Masukkan bahan 7-10.
8. Renehkan sampai menggelegak.
9. Bancuh tepung jagung dengan air, campurkan ke dalam kuali.
10. Biarkan sampai mendidih, kemudian boleh tutup api.


Di dalam pan,

1. Panaskan pan dan masukkan dua senduk kuah Yee Mee.

2. Letakkan Yee Mee ke dalam pan.
3. Tambahkan kuah Yee Mee lagi ke dalam pan.
4. Letakkan sawi, dan pecahkan telur.
5. Biarkan kuah menggelegakkan dan siap dimasak.
6. Boleh terus di makan.






namemysoul Publish time 6-9-2021 10:56 PM

Lamanyer x mkn mende nih...

lilac85 Publish time 6-9-2021 10:57 PM

Sedapnya tgk ni mlm2. Lapor

nakkomenjugak Publish time 7-9-2021 12:35 AM

halahhhh sedapnyaaa

klutzyturtle Publish time 8-9-2021 12:51 PM

Menu fav kalau makan kat food court
Pages: [1]
View full version: Mudahnya masak Sizzling Yee Mee di rumah


ADVERTISEMENT