Raline Publish time 5-9-2021 11:43 PM

Daki gunung sambil peraga baju tradisional Jawa demi foto praperkahwinan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/prewedding-gunung.jpg
Hasil foto pra-perkahwinan yang mendapat pujian netizen. - TikTok

Daki gunung sambil peraga baju tradisional Jawa demi foto praperkahwinan

JAKARTA – Sepasang bakal pengantin menjadi tular selepas satu video yang dimuat naik di aplikasi sosial TikTok menujukkan kegigihan mereka mengenakan pakaian tradisional Indonesia sambil mendaki sebuah gunung demi untuk mendapatkan foto pra-perkahwinan yang cantik, lapor laman Merdeka.com.

Menerusi video yang dimuat naik akaun @caplin_shoot itu, bakal pengantin tersebut turut ditemani jurugambar dan juga seorang jurusolek.

“Prewedding naik gunung,” demikian tulis keterangan pada video itu.

Dalam video itu, bakal pengantin lelaki dilihat mengenakan pakaian tradisional masyarakat Jawa berupa sehelai beskap bersama kain jarik batik manakala pasangan wanita pula mengenakan kebaya berwarna merah jambu dan aksesori sanggul kepala.

Pasangan itu kelihatan tercungap-cungap kepenatan dan kaki bakal pengantin wanita juga tersangkut ketika mendaki, namun dia kemudiannya dilihat tetap bersemangat meneruskan pendakian.

Netizen yang terpegun melihat hasil gambar tersebut rata-ratanya meninggalkan komen berbentuk pujian kepada jurugambar.

“Tidak menyesal daki gunung, hasilnya cantik sangat,” tulis seorang netizen.

“Teringin juga praperkahwinan di sana,” kata seorang netizen lain.

Video tersebut telah ditonton oleh 3.2 juta kali dengan lebih 478,000 tanda suka. -Agensi

nakkomenjugak Publish time 6-9-2021 06:52 PM

Gigih tapi cantikk!

edayildiz Publish time 6-9-2021 08:39 PM

cantik..i teringin nk g amik gmbo ngn bakal laki kt bromo..nak pakai baju sekolah :$
Pages: [1]
View full version: Daki gunung sambil peraga baju tradisional Jawa demi foto praperkahwinan


ADVERTISEMENT