Catpaw Publish time 4-9-2021 03:25 PM

RAM Sesak Nafas


3.9.2021
Salam


Kami ingin memaklumkan RAMLEE AWANG MURSHID kini sedang menerima rawatan di ICU kerana sesak nafas akibat komplikasi kesihatan. Namun beliau bukan dijangkiti COVID - 19.


Kami di sini mengambil kesempatan memohon doa para pembaca novel beliau, semoga Allah kurniakan RAMLEE AWANG MURSHID kesembuhan .


Kami juga memohon agar keluarga beliau tidak diganggu buat masa ini. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan RAMFC melalui talian berikut 0164356366(MARIAM CATALINA)


Justeru, satu sesi bacaan Yasin akan diadakan pada jam 9.00 malam ini melalui aplikasi GOOGLE MEET. Pautan akan diberikan melalui Telegram RAMFC. Link telegram:


https://t.me/RAMFC


Kepada tidak dapat menyertai sesi malam, mohon bacaan diteruskan secara persendirian.


Semoga doa-doa kita dimakbulkan Allah SWT agar dimudahkan urusan rawatan dan kesembuhan beliau.


#ramleeawangmurshid #masterthrillermalaysia #doauntukram



-FB Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC)

Catpaw Publish time 4-9-2021 03:26 PM

Terkini sumber dari RAMFC


Terima kasih atas doa-doa para pembaca novel RAMLEE AWANG MURSHID.

Untuk makluman hari ini RAMLEE AWANG MURSHID telah menunjukkan perkembangan positif. Sama-sama kita terus berdoa semoga kesihatan beliau dikembalikan seperti sediakala.

Kami sekali lagi memohon supaya keluarga beliau tidak diganggu buat masa ini. Segala pertanyaan, sila whatsapp 0164356366 (Mariam Catalina).

Di kesempatan ini, kami ingin memaklumkan jualan buku tidak akan dibuka buat sementara waktu.

Terima kasih sekali lagi atas prihatin semua. Hanya Allah S.W.T dapat membalasnya.

#ramleeawangmurshid #masterthrillermalaysia #doauntukram

sarah82 Publish time 4-9-2021 03:31 PM

Semoga RAM sihat walafiat dan terus berkarya..

edayildiz Publish time 4-9-2021 03:38 PM

semoga pakcik RAM kembali sihat..beliau ni kan penulis buku horror...pastu ada novel cinta..bagaikan puteri..ke lain?:laugh3:

edayildiz Publish time 4-9-2021 03:39 PM

oh ye org yg sama ke terlibat kt bukit kepong dulu? nama sama:o

Catpaw Publish time 4-9-2021 03:41 PM

edayildiz replied at 4-9-2021 07:38 AM
semoga pakcik RAM kembali sihat..beliau ni kan penulis buku horror...pastu ada novel cinta..bagaikan ...



Ya, betullah tu, penulis terkenal. Yang Zulripin blakon Tombiruo tu novel dia

edayildiz Publish time 4-9-2021 03:44 PM

Catpaw replied at 4-9-2021 03:41 PM
Ya, betullah tu, penulis terkenal. Yang Zulripin blakon Tombiruo tu novel dia

ok ok faham

ahlisihircute Publish time 4-9-2021 03:54 PM

Semoga cepat sembuh
Pages: [1]
View full version: RAM Sesak Nafas


ADVERTISEMENT