R2D2 Publish time 4-9-2021 02:01 PM

Buruh binaan jual tudung wanita lepas hilang pendapatan. Kena kecam, sindir etc.

bernama.com
Sindiran tidak lemahkan semangat buruh binaan jual tudung wanita
3-4 minutes

https://web14.bernama.com/storage/photos/123e02119cc63061dd7185085bd261c76132fe40a1f96

TANAH MERAH, 4 Sept -- Ditertawakan rakan serta menerima komen sindiran oleh netizen kerana menjual tudung wanita secara dalam talian, tidak pernah meruntuhkan semangat Sharifudin Junoh mencari rezeki halal menampung kehidupan dalam tempoh sukar pandemik COVID-19.

Pemuda berusia 33 tahun dari Kampung Tengah, Bukit Panau di sini, bekerja sebagai buruh binaan namun kehilangan punca pendapatan apabila berlakunya wabak COVID-19.

Bercakap kepada Bernama, Sharifudin berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lepas membuka rezeki apabila beralih kepada ‘bidang’ baharu daripada bertukang rumah kepada peniaga dalam talian yang sebenarnya amat asing buat dirinya itu.

"Pada mulanya memang ada perasaan malu memandangkan saya lelaki mahu jual tudung wanita, namun saya terpaksa ketepikan perasaan itu demi mencari pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

"Antara cabaran yang perlu dihadapi untuk berniaga tudung ialah sindiran daripada rakan terdekat yang mengatakan saya ini lelaki lembut, malah ketika membuat jualan secara langsung menerusi Facebook ada yang tinggalkan komen dan sindiran menjatuhkan moral saya,” katanya.

Kecaman yang diterima tidak melemahkan semangat Sharifudin, malah dia kini boleh berbangga apabila mampu meraih pendapatan sekitar RM1,000 hingga RM2,000 sebulan hasil jualan tudung wanita.

“Malu? Tiada erti malu dalam kamus hidup apabila saya ambil keputusan menjual tudung wanita secara dalam talian walau ada cubaan melemahkan semangat saya.

"Nasihat pemilik jenama tudung juga menjadi azimat buat saya untuk teruskan perniagaan ini bagi mencari rezeki tambahan supaya tidak hanya bergantung kepada pendapatan sebagai buruh binaan yang ketika ini sukar untuk mendapat kerja," kata anak ketujuh daripada lapan beradik itu.

Lebih setahun bergelar peniaga tudung wanita, Sharifudin yakin jantina bukanlah ukuran sebenar untuk seseorang itu berjaya, apa yang penting tekad, usaha dan ketepikan perasaan malu untuk melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada diri dan keluarga.

"Saya sentiasa percaya bahawa rezeki adalah ketentuan Allah dan selagi kita sentiasa berusaha pasti ada hasilnya," katanya.

-- BERNAMA

shernazz Publish time 4-9-2021 02:11 PM

Dia jual tudung brand apa tu
Farehah ke

Artemesiaa Publish time 4-9-2021 02:15 PM

Rezeki ada kalau rajin berusaha hidup kalau asyik nak kena dengar cakap caci orang tak akan kemana

Eva_yy_Ellin Publish time 4-9-2021 09:38 PM

Bagus, bang. Cari rezeki halal, jangan takut malu. Pedulikan apa orang kata. {:thumbo

edayildiz Publish time 4-9-2021 09:52 PM

bgs bang..biar apa org nk kata:$

nakkomenjugak Publish time 4-9-2021 10:35 PM

Go ahead! Kerja halal, pedulikkkk apa orang kata!

che-cikL Publish time 4-9-2021 11:08 PM

Keep it up! Bagus macam ni saudara, saya tabik... Semoga beroleh pendapatan dan dilimpahi rezeki, Aamiin Aamiin Ya Mujiib

Meiizu Publish time 4-9-2021 11:46 PM

Abg ni sskjp wahhhh ai is kagumm..yg lain tu malas ke apeerr tak malu sindir2 org

mohdcrow Publish time 5-9-2021 01:24 AM

Boleh bagi link netizen sindir dia tu?

blekkep Publish time 5-9-2021 07:53 AM

tudung wanita?tudung laki xde sape jual ker?

cucuq Publish time 5-9-2021 09:36 AM

Bgus abg ni moga dimudahkn rezeki..kt kl selangor brlmbk kontraktor cri buruh binaan tpi deme prefer indon or bngla la sbb pkerja dorang ade yg dh blik ngara dorang mse okp ritu n x lpas msuk blik msia n ade yg lari gak..

R2D2 Publish time 5-9-2021 11:19 AM

nak buat sesuatu yg luar dari kebiasaan
kena sanggup hadap kecaman, kutukan, kejian

tootii Publish time 6-9-2021 12:17 PM

Alhamdulillah .. selagi rajin berusaha , mesti ada jalan utk kumpul rezeki punya .. tapi kalau setakat rajin menyindir, kumpul dosa je lah .. p mampos ko kat situ !

acikbrown Publish time 6-9-2021 01:08 PM

Bagus la tak memilih kerja yang penting halal. Mungkin pendapatan jual tudung ni lagi byk dari makan gaji dulu.

BlackOpium Publish time 11-9-2021 10:24 PM

Kenapalah ada yang menyindir. Tak faham betul. Orang tu gigih cari rezeki halal. At least dia ada usaha nak bangkit balik.

makita Publish time 11-9-2021 10:37 PM

Yg sindir2 ni akan puas hati kalau kwn tu melingkup sama2 dgn yg tukang sindir tu.
Tak baik la nk ejek2 org yg ada sifat tgjwb nak sara diri dan keluarga.

xpdckelate Publish time 12-9-2021 08:25 AM

wah geng ni sskjp :lol:
Pages: [1]
View full version: Buruh binaan jual tudung wanita lepas hilang pendapatan. Kena kecam, sindir etc.


ADVERTISEMENT