Kakalongmu Publish time 4-9-2021 12:23 PM

Penumpang Myvi Hanyut Telah Ditemui.

Edited by Kakalongmu at 5-9-2021 11:23 PM

KOTA KINABALU – Sebuah kereta Perodua Myvi hanyut ditolak arus deras banjir dalam kejadian di Jalan Kionsom Lama, Inanam petang tadi.

Dua individu yang dipercayai berada di dalam kenderaan terbabit dikatakan sempat menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu.

Detik cemas itu sempat dirakam oleh pemandu yang berada di belakang kenderaan berkenaan sebelum tular di media sosial. Belum ada sebarang pengesahan diterima dari pihak berkuasa setakat ini.

Bagaimanapun, menurut beberapa penduduk sekitar kawasan kejadian mendakwa mangsa yang dikenali sebagai Joseph itu selamat dalam kejadian terbabit.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada pukul 6.01 petang.

“Pasukan bomba menggunakan Lori Hicom BHX 619 dikerah ke lokasi kejadian bagi mencari dan menyelamat mangsa. Kita setakat ini masih belum menerima sebarang laporan sama ada mangsa dan kenderaan sudah ditemui atau belum.

“Namun ada laporan di media sosial yang mendakwa mangsa sudah ditemui tetapi usaha mencari dan menyelamat individu terbabit masih giat dilaksanakan,” katanya. – K! ONLINE

8C0-MGylNNY

Kereta MyVi yang hanyut di jalan Kionsom Lama, Inanam berjaya dikeluarkan dari sungai. Ada satu mayat mangsa ditemui di bahagian pemandu. Takziah kepada keluarga mangsa.
.
Update Keadaan Myvi Yang Ditemui.
KOTA KINABALU - Identiti kedua-dua mangsa yang berada di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras pada petang Jumaat ketika melintas jambatan di Jalan Kionsom Lama sudah dikenal pasti.

Pemandu kenderaan dikenali sebagai Simon Sanga Tupe, 68, manakala penumpang dikenali sebagai Juning berusia 30 tahun.



https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4440435052690247&id=715164091884047


Skuau Publish time 4-9-2021 12:50 PM

maibi baitu....;P

asfaz Publish time 4-9-2021 06:32 PM

Ngeri tengok. Mungkin dia yakin kereta sebelum tu ok lepas,so dia pun buat. Katanya dah jumpa kan. Warga emas

nakkomenjugak Publish time 4-9-2021 11:56 PM

haihhhh bahaya dok degil nak ikut deras air ni

che-cikL Publish time 5-9-2021 12:32 AM

Lambatnya TT ni, baru turun drp gunung Kinabalu ke... Dah panjang lebar dah bincang, mayat pun dah dijumpai.

Syd Publish time 5-9-2021 08:46 AM

TT,
nanti update thread.

1) letak video/pics
2) update news pasal mayat dah jumpa. Dan update yang masih hilang.

Kakalongmu Publish time 5-9-2021 10:38 AM

che-cikL replied at 5-9-2021 12:32 AM
Lambatnya TT ni, baru turun drp gunung Kinabalu ke... Dah panjang lebar dah bincang, mayat pun dah d ...

;P Ampooonnn.... Line kaka lidut yahamat. Bayar tak dan nak lewat servis ke laut dalam. Nak haplod gambaq payah nooo.

Kakalongmu Publish time 5-9-2021 10:40 AM

Edited by Kakalongmu at 5-9-2021 10:42 AM

Syd replied at 5-9-2021 08:46 AM
TT,
nanti update thread.



Kaka dah try haplod pic tak dan nak lekat. Camno tuh. Dah jumpa dah...Thank you for ur concern.
H4JEqTYVX6A

Kakalongmu Publish time 5-9-2021 10:46 AM

Edited by Kakalongmu at 5-9-2021 10:51 AM

Skuau replied at 4-9-2021 12:50 PM
maibi baitu....

Hebat-hebat pun hancor juga maibi tuh. Agaknya heols konpiden lepas kot. Dah hilux lepas dah lalu air banjir tu. Z6DJhVXuyvU

Kakalongmu Publish time 5-9-2021 10:50 AM

Edited by Kakalongmu at 5-9-2021 11:10 AM

asfaz replied at 4-9-2021 06:32 PM
Ngeri tengok. Mungkin dia yakin kereta sebelum tu ok lepas,so dia pun buat. Katanya dah jumpa kan. W ...

Ya dah jumpa. Mungkin la kot dia yakin lepas. Sebab sebelum tu mangsa nampak hilux lalu air tu dapat lepas. Kesian jugak mangsa tuh. Dah ajal depa. Nak buat camna kan. Rip for both mangsa. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4328498083894475&id=100002029798280https://m.facebook.com/groups/181689582164048/permalink/1481002355566091/

sarahmirza Publish time 5-9-2021 02:08 PM

Kesiannya kalau penumpang menjadi mangsa ego pemandu...
Sebab tu i tak suka menumpang kereta orang... Takut jadi mangsa korban.

Apapun takziah kepada keluarga...

raihaneem Publish time 5-9-2021 06:26 PM

Kakalongmu replied at 5-9-2021 10:46 AM
Hebat-hebat pun hancor juga maibi tuh. Agaknya heols konpiden lepas kot. Dah hilux lepas dah lal ...

Sedihnya tgk...
Terus teringt yg kes kekreta hanyut..suami dia sempat selamatkan isteri yg tgh hamil..sebelum hanyut..

Kakalongmu Publish time 5-9-2021 09:16 PM

raihaneem replied at 5-9-2021 06:26 PM
Sedihnya tgk...
Terus teringt yg kes kekreta hanyut..suami dia sempat selamatkan isteri yg tgh ha ...

Allahu kesiannya. Nasib baik selamat. Kalau tak dua nyawa sekali hilang. Memang sesal tak sudah kalau benda tu jadi.

Kakalongmu Publish time 5-9-2021 11:28 PM

Edited by Kakalongmu at 5-9-2021 11:32 PM

Update terkini kes Myvi Hanyut di Sabah. Hari ke tiga kejadian Myvi Hanyut di bawa arus deras. Pemandu Perodua Myvi masih belum ditemui namun dokumen pengenalan diri mangsa telah ditemui tersangkut direban ayam seorang penduduk kampung pada jam 3.30 petang.

https://www.dedrec.com/2021/09/dokumen-mangsa-insiden-myvi-hanyut.html

Syd Publish time 6-9-2021 04:15 PM

Update mangsa Myvi hanyut di Jalan Kionsom Inanam, Jumaat lalu.

Mayat pemandu kenderaan, Simon Sanga Tupe, 68, berjaya ditemui di Sungai Dambai, Kampung Dambai, kira-kira 800 meter dari lokasi kenderaan dihanyutkan.

Mayat mangsa yang lengkap berpakaian, ditemui dalam keadaan tertiarap dan tertimbus pasir.

Salam takziah buat keluarga mangsa.

#SabahEdition
#Inanam
#KotaKinabalu

Kakalongmu Publish time 6-9-2021 06:43 PM

Syd replied at 6-9-2021 04:15 PM
Update mangsa Myvi hanyut di Jalan Kionsom Inanam, Jumaat lalu.

Mayat pemandu kenderaan, Simon Sa ...

Allahu kesiannya... Rip untuk mendiang. Thank you momod update. Nah munge {:1_149:}
Pages: [1]
View full version: Penumpang Myvi Hanyut Telah Ditemui.


ADVERTISEMENT