Racurve Publish time 4-9-2021 11:06 AM

Iqbalay Ulkeflizay nak semua orang tahu heshe dan Atukday Erisay Idavay memang b

“Mereka perlu tahu, kami benar-benar akrab. Dunia akhirat” – Iqbal

PETALING JAYA: Bekas pembantu peribadi, Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli, tampil menyelar dakwaan segelintir pihak yang kerap menyatakan dia mendekati bekas majikannya itu sekadar ingin mengikis harta.

Namun, menurutnya Iqbal, dia mengakui hubungan mereka cukup akrab dari dahulu lagi kerana Vida saling berkongsi cerita bersamanya.

Menerusi Instastory, Iqbal telah mencuri perhatian warganet apabila memuat naik beberapa tangkap layar yang merakam bekas majikannya itu menangis kegembiraan.

Bagaimanapun, dia memberitahu penyanyi lagu I Am Me itu akan berkongsi punca dia menangis terharu apabila tiba masanya nanti.

“Di sebalik gelak tawa yang kalian lihat dari Datuk Seri Vida, sebaliknya beginilah beliau apabila dengan saya. Voice pagi ini dia hantar kepada saya, menangis gembira.

“Sesetengah orang hanya menganggap saya mendekatinya hanya kerana ‘mengikis harta’, namun jauh sekali begitu. Mereka perlu mengetahui kami benar-benar akrab. Dunia akhirat,” kongsinya di Instastory.

Dalam pada itu, Iqbal juga berkongsi, Vida pernah memberitahu kepadanya yang dia pernah bercita-cita untuk bergelar ustazah selain sering menghantar ‘voice note’ dirinya yang mengalunkan ayat Al-Quran.

“Rutin Datuk Seri Vida sejak bertahun dulu. Dia akan hantarkan suara mengaji dengan hasrat mahu pandai membaca Al-Quran. Cita-citanya mahu menjadi ustazah.

“Dulu saya berseloroh, ‘gelak itu cuba perlahan sedikit’. Jawab vida, ‘tidak boleh nak kawal, jadi sendiri’. Lama kelamaan, saya jadi risau jika lama tak berbunyi suara gelak dia,” katanya.

Menerusi hantaran yang sama, dia turut memuat naik gambar jutawan tersebut ketika berada di Tanah Suci Mekah sambil memberitahu Vida membawa diri ke sana ketika itu untuk berdoa, saat perkahwinan mereka tidak direstui segelintir pihak.

Sebelum ini, namanya sekali lagi menjadi sebutan warganet apabila dikatakan bakal berkahwinan dengan usahawan terbabit, kembali diperkatakan.


Racurve Publish time 4-9-2021 11:07 AM

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/FotoJet-8-40-1536x1152.jpg

lazim Publish time 4-9-2021 11:09 AM

mesti bosan org mcm dh lupakan dia.. tu gigih up kisah mnjadi kegilaan ank ikn

cantthinkofany Publish time 4-9-2021 11:15 AM

aduuuhhhaaaaaaaaaaaiiiiii....kawin je laaaa.......dedua single mingle kottt....

rosannazmia Publish time 4-9-2021 11:18 AM

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

cmf_premierleag Publish time 4-9-2021 11:25 AM

drama latin:
"Solo somos amigos" ujar Iqbal kepada wartawan Cari yang bermaksud kami hanya berkawan.
lantas Cikki Bi Estrada terkejut dengan kenyataan dr hanak hekan maminya sambil kamera zoom in zoom out pada wajah cikki bi

sukacactus Publish time 4-9-2021 11:31 AM

Nyampah la TT ni
Tajuk try hard sgt ntah apa2

JohnyEnglish Publish time 4-9-2021 12:08 PM

cmf_premierleag replied at 4-9-2021 11:25 AM
drama latin:
"Solo somos amigos" ujar Iqbal kepada wartawan Cari yang bermaksud kami hanya berkawan ...

Rupanya diorang kaya sbb bisnis dgn kartel los zetas di mehico.

dudaberhias Publish time 4-9-2021 12:11 PM

Sampah marketing nenek scammer ni kalini. Sanggup di jadikan cucu sebagai jodohnya.

Sambil tu dia sibuk bagitahu hanya makan produk dia sahaja setelah masuk pasca menopos 4 bulan takde haid lepastu tiba2 ada balik dan subur. Entah apa yang dia cekik untuk cekpit heshe busuk kembali. Jaga2 kalau nak ada anak nanti takut anak ada down.

cmf_premierleag Publish time 4-9-2021 12:13 PM

JohnyEnglish replied at 4-9-2021 12:08 PM
Rupanya diorang kaya sbb bisnis dgn kartel los zetas di mehico.

iya....kartel2 kosmetik timbang kilo ni telah berpakat utk hancurkan legasi kartel heroin Teresa Mendoza lantas meluaskan lagi empayar Qu Puteh dan Pamoga agar Idavay bakal menjadi Queen of the SSKJP in Mehico.

che-cikL Publish time 4-9-2021 12:17 PM

RETIS ke? Tak reti letak kat board media Sosial sana??? Shooh shooh

mxsssgi81 Publish time 4-9-2021 03:25 PM

Nokharom tajuk.. bahasa alien kah??

lola Publish time 4-9-2021 03:42 PM

Dah takde citer org lain ke..bukan artis pun..

kakigojes Publish time 4-9-2021 06:13 PM

sukacactus replied at 4-9-2021 11:31 AM
Nyampah la TT ni
Tajuk try hard sgt ntah apa2

Kan.. I perasan lately gigih bebeno banyak thread dengan tajuk yang ala2 di-luar kotak, kadang menjadi, but mcm… hmmm.. nak cakap lebih, mesti nanti org kata, tak suka, takyah baca.. but getting annoying la.. kejar KPI kot

kaedahnya Publish time 4-9-2021 06:27 PM

cmf_premierleag replied at 4-9-2021 11:25 AM
drama latin:
"Solo somos amigos" ujar Iqbal kepada wartawan Cari yang bermaksud kami hanya berkawan ...

kah kah kah
aku rasa mr estrada bapak cik b akan buat cameo zoom in zoom out 78 kali jugak

Missrarara Publish time 4-9-2021 06:30 PM

:lol::lol::lol::lol::lol:

sukacactus Publish time 4-9-2021 06:40 PM

kakigojes replied at 4-9-2021 06:13 PM
Kan.. I perasan lately gigih bebeno banyak thread dengan tajuk yang ala2 di-luar kotak, kadang men ...

Itu la
Aku pun rasa camtu
Kalau x raline, racurve
Kalau x racurve, raline

kakigojes Publish time 4-9-2021 07:02 PM

sukacactus replied at 4-9-2021 06:40 PM
Itu la
Aku pun rasa camtu
Kalau x raline, racurve


Sekali orang sama… split personality.. hihihi

nakkomenjugak Publish time 5-9-2021 12:00 AM

irrelevant. next.

winky1 Publish time 5-9-2021 12:05 AM

Mereka berdrama utk marketing pamogee... Jgn tertipu. All for the sales.... "Sepatut nya saya ni dah" men - no- pause" tapi makan pamogeee... Doktorika pun berlakon.... Sapalah doctorika tu.. Pakai mask
Pages: [1] 2
View full version: Iqbalay Ulkeflizay nak semua orang tahu heshe dan Atukday Erisay Idavay memang b


ADVERTISEMENT