Raline Publish time 3-9-2021 09:32 PM

Tular gadis solat ketika rakan sedang berkaraoke

Tular gadis solat ketika rakan sedang berkaraoke
https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/karaoke-solat.jpg
Seorang gadis tetap terus menunaikan solat ketika rakan-rakannya sedang menyanyi di dalam sebuah bilik karaoke. -TikTok


JAKARTA – Satu klip video yang menunjukkan seorang gadis menunaikan solat di dalam sebuah bilik karaoke ketika rakannya sedang menyanyi menjadi tular dalam aplikasi sosial TikTok, lapor laman Suara.com.

Dalam video yang dimuat naik di akaun @lizayni._ itu, jelas kelihatan seorang gadis sedang menunaikan solat di dalam sebuah bilik karaoke gelap ketika rakan-rakannya yang lain leka menyanyi.

“Tidak boleh keluar sekejap untuk cari masjid. Tidak yakin dengan imannya,” demikian kenyataan yang ditulis oleh pemilik akaun pada video tersebut.

Video tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan rakan-rakan gadis tersebut yang terus menyanyi, seolah-olah tidak menghormati si gadis yang sedang khusyuk menunaikan solat.

“Mereka yang menyanyi itu tidak rasa bersalahkah?” tulis seorang netizen.

“Geram melihat dua gadis itu yang tidak berhenti menyanyi ketika rakannya sedang menunaikan solat. Apa salahnya jika berhenti menyanyi seketika,” tulis seorang lagi netizen.

Video tersebut sehingga kini sudah mendapat hampir 400,000 tanda suka dengan lebih 1,700 komen. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my

gekkou Publish time 3-9-2021 10:39 PM

lepas tu buat tik tok budget dipuji sbb solat kah?
i cannot brain la
yang solat pun satu hal
yang menyanyi pun satu hal
:mad:

felinecat Publish time 3-9-2021 10:40 PM

Yg pelik yg jelik.. Hanya di... In....

Supersirap Publish time 4-9-2021 10:39 AM

x faham, apa motif video tu ditularkan, sebab menunaikan solat atau sebab berkaraoke?

freakazoid Publish time 4-9-2021 11:38 AM

baik punya mengadap tuhan dekat bilik karaoke.

kakigojes Publish time 4-9-2021 12:54 PM

Tanpa ada video, i taknak judge. Jadi i bersangka, org yang tengah karaoke tu nyanyi lagu nashid, atau berzikir, atau… tengah iqamat

mohdcrow Publish time 5-9-2021 01:27 AM

Mungkin dia dapat tahu arah kiblat lepas bertanyakan cashier pusat karaoke tersebut~

nononcrux Publish time 9-9-2021 04:33 PM

felinecat replied at 3-9-2021 10:40 PM
Yg pelik yg jelik.. Hanya di... In....

yang aneh yang terpaling claim :lol:

Friska Publish time 12-9-2021 12:15 PM

ABG edan ini
Pages: [1]
View full version: Tular gadis solat ketika rakan sedang berkaraoke


ADVERTISEMENT