Raline Publish time 3-9-2021 09:02 PM

Mahu jual Lamborghini untuk beli gerai mi ayam

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/jual-lamborghini.jpg
Foto dimuat naik Hotman Paris yang mendapat perhatian netizen. - Instagram

Mahu jual Lamborghini untuk beli gerai mi ayam

JAKARTA – Peguam terkenal di Indonesia, Hotman Paris baru-baru ini menjadi bualan selepas berkata bahawa dia mahu menjual kereta mewah Lamborghini miliknya untuk membeli 1,000 unit gerai menjual mi ayam, lapor laman Suara.com semalam.

Hotman Paris menerusi hantaran di laman sosial Instagramnya memuat naik foto dia bersandar pada kenderaan mewah itu berserta komen:‘Dijual Lamborghini ini untuk beli 1,000 geraimi ayam’.

Peguam berusia 61 tahun itu juga sebelum ini pernah memuat naik foto dirinya sedang menjual mi ayam di sebuah gerai. Bukan hanya menjual mi ayam, dia juga pernah memuat naik video sedang menggoreng pisang di sebuah gerai menjual menu tersebut.

Foto dirinya bersandar padaLamborghini itu mendapat lebih 22,000 tanda suka dengan hampir ratusan komen netizen.

“Saya mahu satu gerai mi ayam, saya mahu berniaga selepas suami meninggal akibat Covid-19,” tulis seorang netizen.

“Belikan pakaian seragam untuk kanak-kanak yang sudah mula bersekolah ya bang,” tulis seorang lagi netizen.

“Semoga Tuhan memberkati anda,” tulis netizen lain. – Agensi

Pages: [1]
View full version: Mahu jual Lamborghini untuk beli gerai mi ayam


ADVERTISEMENT