R2D2 Publish time 3-9-2021 07:16 PM

Beli dron, buat rakaman. Kongsi gambar-gambar pemandangan dari udara

mstar.com.my
Bermula dengan dron murah, kini hasil rakaman dari udara dipuja... ‘sky hunter’ tetap tak mahu tonjol diri - “Ada yang cakap saya guna helikopter”
Jumaat, 03 September 2021 3:30 PM
4-5 minutes

GELARAN 'sky hunter' yang digunakan lelaki ini cukup tepat untuk menggambarkan apa yang dihasilkannya.

Bermula tahun lalu, Muhammad Hafies Hasim, 27, mula berjinak-jinak dalam aktiviti penerbangan dron.

Malah, rakaman yang dihasilkan dari udara turut dikongsi di media sosial sehingga dia menerima pujian ramai.

Menurut pemandu peribadi yang berasal dari Pulau Pinang ini, hobi menerbangkan dron bermula dengan pengaruh kawan-kawan sehingga dia 'terjebak' dan sanggup berhabis duit untuk memiliknya.

"Semuanya bermula tahun lepas, mula-mula tengok kawan main dron. Saya pun beli dron pertama dengan harga RM190.

"Baru dua hari dibeli, dron itu lost connection ketika sedang diterbangkan. Ia terus lesap, hilang tak tahu ke mana.

"Nasib baik harga RM190, jadi saya tak kecewa sangat. Kemudian saya cuba tengok balik dron yang bagus, saya labur sikit dan beli dron kedua pada harga RM1,600.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2021/09/03/1278438.jpg
Buat masa ini, Hafies enggan mendedahkan identitinya di TikTok dan mahu dikenali sebagai 'sky hunter' sahaja.

"Bila fly dron dengan kawan-kawan, main benda ni sampai bila pun tak rasa puas, lepas tu saya upgrade lagi beli dron baharu dengan harga RM4,400," ujarnya kepada mStar.

Menurut jejaka yang mesra disapa Hafies itu, dia juga banyak berkongsi rakaman dron menerusi Instagram, Facebook, TikTok dan YouTube.

    Saya juga ada tolong ambil video dron untuk pengebumian jenazah Covid-19.
    HAFIES

Malah katanya, dia terharu dengan komen positif orang ramai sehingga ada video yang dikongsinya meraih ratusan ribu tontonan.

"Sejak tahun ini saya kongsi video di TikTok. Kongsi secara suka-suka, tak sangka dapat sambutan. Contohnya video KLCC, saya langsung tiada niat nak menunjuk.

"Saya kongsi pada waktu malam, bangun esok pagi tengok dah lebih 100,000 tontonan. Ada orang cakap saya guna helikopter.

"Untuk video KLCC, saya terbangkan dron dalam dua jam untuk ambil 700 keping gambar. Kemudiannya saya gabungkan semua gambar, maka terhasil video berdurasi 16 saat. Saya rasa sangat berbaloi sebab orang hargai karya saya," ujarnya.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2021/09/03/1278439.jpg
Hafies terharu dengan komen positif dalam kalangan netizen.

Dalam kegembiraan itu, Hafies turut terkilan apabila ada pihak menggunakan video miliknya tanpa kebenaran.

"Niat saya cuma nak hiburkan 'rakyat' TikTok. Kalau orang nak ambil video, tak ada masalah sebenarnya. Saya tak minta duit pun, cuma minta tag nama saya.

"Cuma baru-baru ini, kawan maklumkan ada orang guna video saya di Facebook tanpa kebenaran dan pengetahuan saya. Memang tak kredit langsung.

"Kalau orang minta kebenaran, biasanya saya bagi saja. Contohnya baru-baru ini, ada yang minta video itu untuk kegunaan sekolah, saya tiada masalah.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2021/09/03/1278441.jpg
Hafies mendedahkan ada pihak tertentu menggunakan karya miliknya tanpa kebenaran.

"Saya juga ada tolong ambil video dron untuk pengebumian jenazah Covid-19. Saya buat harga kebajikan. Saya tak minta duit, tapi kalau mereka nak bayar, bagi saja jumlah semampu mereka. Saya tak tetapkan harga," ujarnya yang menetap di ibu negara.

Kata Hafies yang kini memiliki dua dron dalam koleksinya, dia enggan mendedahkan identitinya, sebaliknya mahu dikenali sebagai 'sky hunter' sahaja.

Dedahnya, ada netizen turut bertanya di ruangan komen sekiranya dia mahu menampilkan wajahnya yang sebenar.

Jelas Hafies, buat masa ini dia cuma berkongsi rakaman dron sahaja di TikTok tanpa mendedahkan siapa dirinya.


sarah82 Publish time 3-9-2021 07:34 PM

Beli drone rakam gelek montot mcm mat saleh buay.. View saja berpuluh juta

nakkomenjugak Publish time 3-9-2021 10:05 PM

wahhh cantiknya!
dron ni pun ribu riban jugak kan

kakigojes Publish time 4-9-2021 12:59 PM

I actually tak agree sangat dengan drone ni. Cause ia bukan sahaja melibatkan privasi (cause u amik gambar aerial view rumah orang etc) and also melibatkan security of the nation. Banyak je cara orang asing boleh guna your drone footage untuk mengkaji selok belok geografi negara secara percuma… dangerous ok. It’s about time gov need to do something about drone ni, especially kalau melibatkan mcm kawasan awam.. Tapi tula, ada footage yang bersifat personal, mcm pengebumian, perkahwinan etc

HuoJingJue Publish time 4-9-2021 05:55 PM

camner dia boleh terbangkan kt area KLCC tu..kan kawasan larangan terbang Dron tu?

ina_na Publish time 4-9-2021 11:48 PM

HuoJingJue replied at 4-9-2021 05:55 PM
camner dia boleh terbangkan kt area KLCC tu..kan kawasan larangan terbang Dron tu?

Aku tgk kwn aku selamba je berdron kat Klcc tu..senja2 lawa gak..X tau pulak kat Klcc X leh guna dron

HuoJingJue Publish time 23-9-2021 08:27 PM

ina_na replied at 4-9-2021 11:48 PM
Aku tgk kwn aku selamba je berdron kat Klcc tu..senja2 lawa gak..X tau pulak kat Klcc X leh guna d ...

undang2 Malaysia, apa nak heran..banyak undang2 dari penguatkuasaan..

ina_na Publish time 24-9-2021 12:15 AM

HuoJingJue replied at 23-9-2021 08:27 PM
undang2 Malaysia, apa nak heran..banyak undang2 dari penguatkuasaan..

Tu aku br tau rupa2 nye x boleh.. berlambak2 kwn aku ambik gambar Gan video pakai dron..lawa weii waktu senja ke mlm nye gambar dan video..aku anggaphobi org have2

underground Publish time 26-9-2021 12:28 PM

HuoJingJue replied at 23-9-2021 08:27 PM
undang2 Malaysia, apa nak heran..banyak undang2 dari penguatkuasaan..

a ah, sekali dron jatuh atas kepala kau kipas tu tgh berpusing, dah tak boleh pk sebab otak dah bersepai.

selain kawasan ramai orang, juga kena fikir kalau tiba2 heli atau flight lain yg tengah round area tu eksiden dgn dron, nak salahkan siapa?

undang2 perlu sebab nak kawal manusia2 spesies otak bengap seperti kau.

Gomea Publish time 27-9-2021 11:16 PM

Edited by Gomea at 27-9-2021 11:17 PM

Bukan dulu ade cadangan sape2 nak main drone ni kena apply lesen dulu ke? Ke setakat cadangan je?

HuoJingJue Publish time 29-9-2021 08:25 PM

underground replied at 26-9-2021 12:28 PM
a ah, sekali dron jatuh atas kepala kau kipas tu tgh berpusing, dah tak boleh pk sebab otak dah be ...

eh, aphal bengapkan aku pulak?

HuoJingJue Publish time 29-9-2021 08:26 PM

ina_na replied at 24-9-2021 12:15 AM
Tu aku br tau rupa2 nye x boleh.. berlambak2 kwn aku ambik gambar Gan video pakai dron..lawa weii...

berlambak video ambik guna dron kt kawasan ni..tp tunggu viral la baru ada tindakan

supernaturalee Publish time 2-10-2021 08:28 AM

Sape ada contact hafies ni

MissVixen Publish time 2-10-2021 08:42 AM

Aku tak suka drone ni. Haritu ada anak jiran terbangkan dekat tingkap, kalau ada apa2 dah terakam la weh. Privacy kot. Takkan nak tutup langsir 24 jam. Aku perhati je dia, tahu pulak takut pergi main tempat lain.

tikusmontok Publish time 5-10-2021 12:10 AM

Gomea replied at 27-9-2021 11:16 PM
Bukan dulu ade cadangan sape2 nak main drone ni kena apply lesen dulu ke? Ke setakat cadangan je?

Bukan cdgn..mmg terpakai di kl n putrajaya, kena ada permit.

kuppit Publish time 28-2-2024 02:15 PM

Gomea replied at 27-9-2021 11:16 PM
Bukan dulu ade cadangan sape2 nak main drone ni kena apply lesen dulu ke? Ke setakat cadangan je?

bukan lesen. kena ada permit untuk terbangkan dron sebenarnya. kena ada concern dari beberapa jabatan, contohnya, MAAC, Polis, Jabatan Tanah etc

kuppit Publish time 28-2-2024 02:17 PM

dron ni banyak juga kebaikkan, tengok pada niat pemilik dron tu. Kami di Sabah dah tubuhkan Kelab Pengendali Dron D Bayu Sabah. Aktiviti kami adalah membantu pencarian orang hilang atau lemas. dah banyak siri pencarian kami sertai

nuralisa Publish time 12-4-2024 12:31 PM

HuoJingJue replied at 4-9-2021 05:55 PM
camner dia boleh terbangkan kt area KLCC tu..kan kawasan larangan terbang Dron tu?

terbang drone dr kawasan lain..contoh dr kg baru.. pergi KLCC ..

kalau dr KLCC kena ada permit.. putrajaya pun x boleh.. seluruh putrajaya
tapi ada gak terlepas
Pages: [1]
View full version: Beli dron, buat rakaman. Kongsi gambar-gambar pemandangan dari udara


ADVERTISEMENT