Raline Publish time 2-9-2021 09:17 PM

Pocong pun ambil vaksin

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/WhatsApp-Image-2021-09-02-at-7.51.53-PM.jpeg
Tangkap layar gelagat seorang penerima vaksin memakai kostum ke pusat pemberian vaksin.

Pocong pun ambil vaksin

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki memakai kostum ala hantu pocong ketika menghadiri janji temu vaksinasi di satu lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mencuri perhatian ramai baru-baru ini.

Menerusi klip video berdurasi 17 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama @jarimaniss, lelaki berkenaan melompat-lompat ketika gilirannya tiba untuk berurusan di kaunter yang disediakan.

“Tengok siapa yang datang. Cik pocong pun ambil vaksin tau,” tulisnya menerusi kapsyen video tersebut.

Video itu ditonton lebih 200,800 kali dan mendapat 10,800 tanda suka sejak dimuat naik semalam.

Kebanyakan netizen terhibur dengan tindakan lelaki itu yang dianggap rela ‘berkorban’ menjadi hodoh untuk menceriakan petugas di PPV tersebut.


https://static-s.aa-cdn.net/img/gp/20600012320092/f1s4mZRluJu7-u61mTCu8krCBNeJzDRmw45f1jX3XRRW093y3QaP8yktB4btZkk9OOU=s300?v=1

“Ini kalau jatuh naya sahaja, tak ada siapa nak angkat,” komen @larasenja.

“Aku yang manusia ini belum dapat vaksin. Hantu dapat dulu,” ujar Nik Merah.

“Lawak pula tengok hantu ini. Jarang hantu buat lawak biasa dia buat orang cabut lari saja,” kata JennyJay.

Menurut maklumat di ruangan komen video tersebut, gambar itu dirakam di Dewan Meranti, Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh, Selangor. – K! ONLINE


yatthrash Publish time 2-9-2021 09:41 PM

Hahaha.... Tak penat ke lompat lompat tu

Rotisserie Publish time 2-9-2021 09:45 PM

Ntah mengapa ku merasakan ini semua propa kat ppv sajork utk menghiburkan org ramai

{:gambateho

ninja9 Publish time 2-9-2021 09:50 PM

baguslah virus berbangsa pocong pun kalah dengan vaksin manusia

ChildrenOfBodom Publish time 2-9-2021 09:50 PM

trend pakai kostum ni dh ketinggalan dah la bangang wei..awai2 dulu ok la, buat kelainan..lama2 orang dah bosan..bodoh

edayildiz Publish time 2-9-2021 09:57 PM

ada lubang ke kt bahu tmpt nk cocok tu?;P
btw nampak mcm boxer disebalik kain putih

nakkomenjugak Publish time 3-9-2021 03:50 AM

macam2 halll

eizarz Publish time 4-9-2021 11:01 PM

edayildiz replied at 2-9-2021 09:57 PM
ada lubang ke kt bahu tmpt nk cocok tu?
btw nampak mcm boxer disebalik kain putih

tak lubang pun,cucuk je kat bahu,bagi kurang sikit bodo dia tu...

che-cikL Publish time 4-9-2021 11:04 PM

Tak terhibur pun...

Mengada2
Pages: [1]
View full version: Pocong pun ambil vaksin


ADVERTISEMENT