Raline Publish time 1-9-2021 10:15 PM

Wanita tidak takut bawa beruang bersiar-siar dalam kereta

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/Bear-rusia.jpg
Veronika dan beruang bernama Toptyzhka sering menghabiskan masa dengan bersiar-siar dalam kereta. - Caters

Wanita tidak takut bawa beruang bersiar-siar dalam kereta

MOSCOW – Seorang wanita dari Novorsibirsk, utara Rusia mengakui berasa seronok ditemani seekor beruang Himalaya dewasa setiap kali bersiar-siar di dalam kereta, lapor akhbar The Sun, semalam.

Veronika Dichka, 24, memberitahu beruang yang dipanggil Toptyzhka itu berkelakuan baik apabila menaiki kenderaan untuk bersiar-siar.

Dia turut memaklumkan perasaan ingin tahu haiwan itu membuatkan ia berperangai jinak dan tidak mudah berasa takut ketika berada di dalam kereta.

“Apabila kami keluar bersiar-siar di dalam kereta, saya akan memberikannya makanan tambahan seperti sosej sebagai ganjaran.

“Toptyzhka sangat berminat dengan stereng kereta dan cuba mempelajari fungsinya,” jelas Veronika.

Dalam pada itu, wanita berkenaan memberitahu dia mula menghabiskan masa dengan haiwanitu selepas menawarkan bantuan menjaganya daripada pemilik sebenar Toptyzhka, Maya Kirsanova.

“Ramai yang bertanya adakah saya berasa takut dengan Toptyzhka. Jawapannya tidak malah saya berasa selamat setiap kali berada di sampingnya,” ujar Dichka. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my

nakkomenjugak Publish time 1-9-2021 10:58 PM

dok syok2 dengar radio
pandang kereta sebelah
bear tengah pandang ko
.....
mabukkah aku?

edayildiz Publish time 5-9-2021 01:26 AM

bestnya..mcm ada kwn yg memahami gituh kot..tp boleh caya ke bear ni..kang lapar kena makan..tp bear mmg comel..i like sgt..tp teddy bear i xsuka..i tacod;P
Pages: [1]
View full version: Wanita tidak takut bawa beruang bersiar-siar dalam kereta


ADVERTISEMENT