Raline Publish time 1-9-2021 05:13 PM

Azman Naim dapat tawaran menyanyi dan berlakon

Azman Naim dapat tawaran menyanyi dan berlakon

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0901rsazman_1630479865.jpg
Azman Naim

Kuala Lumpur: Individu yang popular dengan lagu parodi di media sosial, Azman Naim, 36, berhasrat untuk terus mengetengahkan isu masyarakat menerusi nyanyian lagu parodi di media sosial selepas lagu My Sejahtera Way nyanyiannya tular, baru-baru ini.

Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim berkata, dia melihat penerimaan drastik terhadap lagu nyanyiannya itu satu pencapaian cukup bermakna untuk misi murninya itu.

"Saya terharu dan terkejut apabila video itu mendapat sambutan luar biasa. Daripada cuma 14,000 orang, kini Instagram saya hampir mencecah 80,000 pengikut.

"Saya bukan penghibur dan bukan tampil untuk sekadar menghibur. Sebaliknya, saya mahu menjadi penyampai mesej kepada rakyat mengenai isu-isu masyarakat semasa," katanya.

Lagu My Sejahtera Way diambil daripada lagu asal berjudul My Way nyanyian Frank Sinatra.

Video parodi Azman itu turut mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Azman berkata, walaupun dia melakukannya secara suka-suka, dia berharap mesej yang disampaikan memberi manfaat .

"Saya tahu bukan semua nak dengar atau setuju tapi kalau orang suka, semestinya saya gembira," katanya.

Azman mengakui proses menghasilkan lagu parodi memang agak mencabar. Apatah lagi dia perlu membuat kajian serta menyunting sendiri semuanya sebelum dikongsi.

"Corak berkarya saya adalah jujur dan mungkin agak kasar sedikit. Bagaimanapun, saya kena kasar bertempat dan bukannya dengan cara berlagak.

"Sebelum menghasilkan lagu begitu, saya harus kaji, perhati dan tahu intipati terbaik mesej yang disampaikan. Lirik yang dihasilkan kena betul-betul padu dan bukan cakap kosong.

"Lirik saja, kadang memang ambil masa sehingga lima hari untuk disiapkan. Namun, untuk My Sejahtera Way, saya cuma ambil masa kurang 10 minit kerana tahu apa yang nak disampaikan," katanya.

Berikutan penularan itu, Azman tidak menafikan dihubungi ramai pihak dengan pelbagai tawaran menyanyi dan berlakon.

Namun, dia akui bukan semua tawaran kena dengan jiwa dan terpaksa menolak.

"Ada yang tawarkan saya untuk menyanyi duet lagu tertentu. Bagaimanapun, saya terpaksa tolak. Bukan berlagak, tapi kerana ia tidak sesuai dengan jiwa serta pendekatan saya.

"Saya lebih ke arah jiwa klasik dan muzik metal ekstrim. Kalau lagu-lagu terkini, memang tidak boleh masuk kerana lebih kuat kepada lagu 1980-an atau 1990-an," katanya.

Azman mula memuat naik video lagu parodi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua pada 13 Januari lalu.



Sumber:https://www.hmetro.com.my

Pages: [1]
View full version: Azman Naim dapat tawaran menyanyi dan berlakon


ADVERTISEMENT