boca120879 Publish time 31-8-2021 11:14 PM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Keluarga & Sanak Saudara

Edited by boca120879 at 28-4-2023 02:09 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Basyar, diceritakan oleh Abdul A'la, diceritakan oleh Hisyam bin Abu Abdullah Ad Dastuwa`i, daripada Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah,

Nabi s.a.w. melihat seorang wanita,
lalu Nabi s.a.w. menemui Zainab
untuk menunaikan hajatnya (berjimak).

Kemudian Nabi s.a.w. keluar seraya bersabda,
"Sesungguhnya jika seorang wanita datang,
dia datang sebagaimana syaitan (boleh menaikkan syahwat).

Jika salah seorang daripada kalian
melihat seorang wanita yang menaikkan syahwatnya,
maka datangilah isterinya,
kerana apa yang dia (wanita lain) punyai
sama seperti yang dipunyai isterinya."

(Hadith Tirmidzi no. 1078)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

adelea Publish time 31-8-2021 11:22 PM

Kenapa tt bukak topik pastu suruh p rujuk ustaz ..

Apa issue nya tt ooiiii ..

boca120879 Publish time 31-8-2021 11:27 PM

Edited by boca120879 at 31-8-2021 03:30 PM

adelea replied at 31-8-2021 03:22 PM
Kenapa tt bukak topik pastu suruh p rujuk ustaz ..

Apa issue nya tt ooiiii ..
Pernah baca atau terdengar
hadith sampaikan Sunnah Nabi s.a.w.
walaupun dengan satu ayat?

Faham x maksud hadith di atas?

adelea Publish time 31-8-2021 11:30 PM

Edited by adelea at 31-8-2021 11:35 PM

boca120879 replied at 31-8-2021 11:27 PM
Pernah baca atau terdengar
hadith sampaikan Sunnah Nabi s.a.w.
walaupun dengan satu ayat?


Ye paham tt .... Selainkan sampaikan tt amalkan ke tak ?

And apa issuenya ?

Maksud tt klu nampak pompuan lain, terus kena minta berjimak dgn isteri .... gitu ...
Yg kadar kelahiran dok meningkat dlm dua tahun ni .. x puas berjimak dgn isteri ke ? .. dok nak tgk pmpuan lain jugak

boca120879 Publish time 31-8-2021 11:33 PM

adelea replied at 31-8-2021 03:30 PM
Ye paham tt .... Selainkan sampaikan tt amalkan ke tak ?
Insha Allah,
suma saya sampaikan,
saya amalkan.

Ada hadith yang sebut pasal azab neraka yang mengerikan
untuk orang yang cakap x serupa bikin.

So? :)

boca120879 Publish time 31-8-2021 11:39 PM

adelea replied at 31-8-2021 03:30 PM
Ye paham tt .... Selainkan sampaikan tt amalkan ke tak ?

And apa issuenya ?

Kasihan saudara ni.

Gi berguru dengan ustaz atau setarafnya.

Semoga Allah beri hidayah. :)

Kat youtube ada video pasal benda ni.

adelea Publish time 1-9-2021 12:05 AM

boca120879 replied at 31-8-2021 11:39 PM
Kasihan saudara ni.

Gi berguru dengan ustaz atau setarafnya.


Bende mcm ni xpyh la letak kat forum .. klu sekadar tepek .. and tt pon x mampu nak jelaskan .. hidayah milik allah tt ... Semoga tt juga di beri hidayah .. tidak sekadar hanya copy dan paste tanpa tujuan wallahualam

boca120879 Publish time 1-9-2021 12:20 AM

adelea replied at 31-8-2021 04:05 PM
Bende mcm ni xpyh la letak kat forum .. klu sekadar tepek .. and tt pon x mampu nak jelaskan .. hi ...

Maksudnya saudara x faham maksud
hadith sampaikan Sunnah Nabi s.a.w.
walaupun 1 ayat.
Sekian.

boca120879 Publish time 1-9-2021 12:24 AM

adelea replied at 31-8-2021 04:05 PM
Bende mcm ni xpyh la letak kat forum .. klu sekadar tepek .. and tt pon x mampu nak jelaskan .. hi ...

Lupa plak saya.
Ada 1 lagi hadith berbunyi,
sampaikan Sunnah Nabi s.a.w.
dengan harapan
orang yang mendengarnya lebih memahami
daripada yang menyampaikannya.
Faham x maksud hadith ni?

boca120879 Publish time 1-9-2021 12:38 AM

Edited by boca120879 at 31-8-2021 04:41 PM

adelea replied at 31-8-2021 04:05 PM
Bende mcm ni xpyh la letak kat forum .. klu sekadar tepek .. and tt pon x mampu nak jelaskan .. hi ...

Sampaikan tanpa tujuan?
Buruknya sangka saudara. :)

boca120879 Publish time 11-11-2021 10:05 AM

Edited by boca120879 at 11-11-2021 03:13 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ishaq bin Nashr, diceritakan oleh Husain Al Ju'fi, daripada Za`idah, daripada Maisarah, daripada Abu Hazim, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah
dan juga kepada hari akhirat,
maka janganlah dia menyakiti jiran tetangganya.

Layanlah wanita dengan baik.

Sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk.
Dan yang paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya.
Jika kamu cuba untuk meluruskannya,
maka ia akan patah.
Namun jika kamu biarkannya,
maka ia akan tetap bengkok.

Kerana itu, layanlah wanita dengan penuh bijaksana."

(Hadith Bukhari no. 4787)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 3-12-2021 10:45 AM

Edited by boca120879 at 3-12-2021 04:43 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Musa bin Isma'il, diceritakan oleh Ibrahim bin Sa'd, diceritakan oleh Ibnu Syihab, daripada 'Amir bin Sa'd, daripada ayahnya (Sa'd),
"Ketika Rasulullah s.a.w. haji wada' (perpisahan), Rasulullah s.a.w. datang menjengukku ketika aku terbaring sakit yang parah.
Lalu Sa'd berkata,"Wahai Rasulullah, keadaan saya semakin parah, seperti yang telah anda lihat saat ini.
Saya adalah orang yang memiliki banyak harta, dan saya hanya memiliki seorang anak perempuan yang akan mewarisi harta peninggalan saya.
Maka bolehkah saya menyedekahkan dua pertiga (2/3) daripada hartaku?"
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Jangan."
Sa'd bertanya lagi,"Kalau begitu, bagaimana jika separuhnya (1/2)?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Jangan, (namun sedekahkanlah sepertiganya (1/3) sahaja), dan sepertiganya (1/3)pun sudah banyak.
Sebenarnya apabila kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya, itu lebih baik
daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan serba kekurangan dan meminta-minta kepada orang lain.
Tidaklah kamu menafkahkan suatu nafkah dengan tujuan untuk mencari redha Allah, melainkan kamu akan mendapat pahala lantaran daripada nafkah pemberianmu itu,
hingga sesuap makanan yang kamu suapkan ke mulut isterimu juga merupakan sedekah daripadamu."
Sa'd bertanya lagi,"Apakah aku diberi umur panjang setelah sahabat-sahabatku (yang meninggal dunia)?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Tidaklah sekali-kali engkau diberi umur panjang lalu kamu beramal solehmelainkan akan bertambah darjat dan kemuliaanmu.
Semoga kamu diberi umur panjang sehingga kaum Muslimin dapat mengambil manfaat daripada dirimu dan juga mungkin dapat mendatangkan mudarat bagi kaum (kafir harbi) yang lain.
Ya Allah, sempurnakanlah hijrah para sahabatku dan janganlah Engkau kembalikan mereka kepada kekufuran,
akan tetapi alangkah kasihannya Sa'd bin Khaulah."
Sa'd berkata,"Kemudian Rasulullah s.a.w. mendoakannya agar dia meninggal dunia di kota Mekah."
(Hadith Bukhari no. 5896)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 12-6-2022 01:29 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Musaddad, diceritakan oleh Husyaim, daripada Dawud bin Amru, daripada Abdullah bin Abu Zakariya, daripada Abu Darda,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya pada hari kiamat,
kalian akan dipanggil dengan nama-nama kalian dan nama bapa-bapa kalian.
Maka perelokkanlah nama kalian."
(Hadith Abu Daud no. 4297)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 6-7-2022 03:59 PM

Edited by boca120879 at 6-7-2022 08:13 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Mu`ammal bin Hisyam Al-Yasykuri, diceritakan oleh Isma'il, daripada Sawwar bin Dawud Abu Hamzah Al-Muzani Ash-Shairafi, daripada Amru bin Syu'aib, daripada ayahnya (Syu'aib), daripada datuknya,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Perintahkanlah anak-anak kalian untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh (7) tahun.
Dan apabila sudah mencapai umur sepuluh (10) tahun,maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya (solat).
Dan pisahkanlah mereka dalam tempat tidurnya(antara lelaki dan perempuan)."
(Hadith Abu Daud no. 418)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 30-7-2022 02:36 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abu Bisyr Bakr bin Khalaf & Muhammad bin Yahya, diceritakan oleh Abu 'Ashim, daripada Ja'far bin Yahya bin Tsauban, daripada bapa saudaranya (Umarah bin Tsauban), daripada 'Atha, daripada Ibnu Abbas,Nabi s.a.w. bersabda,
"Orang yang paling baik di antara kalian adalah orang yang paling baik terhadap isterinya.
Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteriku."
(Hadith Ibnu Majah no. 1967)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 7-9-2022 05:20 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh 'Ubaidullah bin Musa, daripada Hanzhalah, daripada Salim bin 'Abdullah, daripada Ibnu 'Umar r.a.Nabi s.a.w. bersabda,
"Jika isteri-isteri kalian minta izin ke masjid pada waktu malam,
maka berilah mereka izin."
(Hadith Bukhari no. 818)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 13-1-2023 09:53 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ahmad bin Yunus, diceritakan oleh Zaidah, daripada Al A'masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidaklah seorang lelaki yang meniti jalan untuk mencari ilmu melainkan Allah akan mempermudah baginya jalan menuju ke syurga.
Dan barangsiapa yang lambat amalannya (tiada kesungguhan),maka nasabnya (kelebihan keturunan) tidak akan memberinya manfaat."
(Hadith Abu Daud no. 3158)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 28-4-2023 10:10 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Abu Daud no. 1445Darjat: Sahih
Diceritakan oleh Musaddad, diceritakan oleh Sufyan, daripada Az Zuhri, daripada Muhammad bin Jubair bin Muth'im, daripada ayahnya (Jubair bin Muth'im),Nabi s.a.w. bersabda,
"Tidak akan masuk syurga,
orang yang memutuskan hubungan persaudaraan."
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 2-5-2023 09:49 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Muslim no. 94Darjat: Sahih
Diceritakan oleh Harun bin Sa'id al-Aili, diceritakan oleh Ibnu Wahab, diceritakan oleh Amru, daripada Ja'far bin Rabi'ah, daripada Irak bin Malik, daripada Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Janganlah kalian membenci bapa-bapa kalian.
Barangsiapa yang membenci bapanya,maka dia kafir."
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 15-5-2023 10:01 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Bukhari no. 293Darjat: Sahih
Diceritakan oleh Sa'id bin Abu Maryam, diceritakan oleh Muhammad bin Ja'far, diceritakan oleh Zaid (Ibnu Aslam), daripada 'Iyadl bin 'Abdullah, daripada Abu Sa'id Al Khudri,
"Rasulullah s.a.w. pada hari raya Aidil Adha atau Fitri,keluar menuju tempat solat.
Rasulullah s.a.w. melewati para wanita.Lalu bersabda,"Wahai para wanita! Hendaklah kalian bersedekah.
Sebab diperlihatkan kepadaku bahawa kalian adalah yang paling ramai menghuni neraka."
Para wanita bertanya, "Apa sebabnya wahai Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Kalian banyak melaknat.Dan banyak mengingkari pemberian suami.
Dan aku tidak pernah melihat daripada lelaki,yang akalnya lebih cepat hilang,dan lemah agamanyadaripada kalian."
Para wanita bertanya lagi,"Wahai Rasulullah, apa tanda daripada kurangnya akal dan lemahnya agama?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kesaksian seorang wanita setengah (1/2)daripada kesaksian (seorang) lelaki?"
Para wanita menjawab, "Benar."
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi,"Itulah kekurangan akalnya.
Dan bukankah seorang wanita apabila dia sedang haid,dia tidak solat dan puasa?"
Para wanita menjawab, "Benar."
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Itulah kekurangan agamanya."
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Keluarga & Sanak Saudara


ADVERTISEMENT