Cenderakirana9 Publish time 31-8-2021 08:57 PM

PNB lancar ASN Equity Global

AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB) pada Isnin melancarkan ASN Equity Global, dana ASNB pertama yang memfokus kepada ekuiti global dan akan mula ditawarkan mulai 1 September 2021.

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Arifin Zakaria berkata, ASN Equity Global sesuai untuk pelabur dengan toleransi risiko tinggi kerana dana itu menggunakan strategi pelaburan pertumbuhan modal dengan pendedahan yang tinggi di pasaran antarabangsa.


Menurutnya, fokus pelaburan adalah pada ekuiti global dengan peruntukan aset hingga 99 peratus yang mana dana ini menggunakan strategi pelaburan dalam syarikat berprospek tinggi, serta yang mendapat manfaat menerusi megatrend global.

“Pelancaran ASN Equity Global merupakan satu lagi kejayaan bagi PNB dan ASNB terutama dalam menunaikan amanat kami kepada semua rakyat Malaysia dengan memberikan akses mudah ke pasaran global dengan modal permulaan yang berpatutan.

“Rangkaian produk unit amanah kami yang komprehensif kini merangkumi pelbagai geografi dan kategori dana, iaitu dana konservatif, seimbang dan pertumbuhan, yang membolehkan pemegang unit memenuhi matlamat kewangan dan pelaburan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, ASN Equity Global diuruskan oleh pasukan pengurus dana profesional PNB yang berpusat di Kuala Lumpur dan juga pejabatnya di London, bagi meneroka dan merebut peluang pelaburan di lebih daripada 50 pasaran saham global utama.

“Pelaburan permulaan minimum hanya RM10 dan pelaburan tambahan pula serendah RM1. Bermula 1 September 2021, pelabur boleh melanggan ASN Equity Global pada harga tawaran awal RM1 seunit sehingga 21 September 2021,” katanya.

Mereka boleh melanggannya di semua saluran, termasuk portal www.myasnb.com.my dan aplikasi mudah alih myASNB, cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara, serta kemudahan perbankan internet ejen ASNB.

Mulai 1 September hingga 31 Disember 2021, ASNB menawarkan kadar caj jualan yang lebih rendah untuk semua langganan di kaunter.

Sumber: sinar harian

Ada rakan-rakan forumer yang nak labur kat sini? Apa pandangan semua?

Cenderakirana9 Publish time 31-8-2021 09:00 PM

Mohon sis @green~tea beri sepatah dua kata

julia5094 Publish time 1-9-2021 12:12 PM

Check tadi tak de pun...ke iols yang tak pandai cari...hi..hi..

Cenderakirana9 Publish time 1-9-2021 03:26 PM

julia5094 replied at 1-9-2021 12:12 PM
Check tadi tak de pun...ke iols yang tak pandai cari...hi..hi..

Ada dah tadi. I dah try masukkan duit. Proses dalam 2 hari bekerja

green~tea Publish time 1-9-2021 09:50 PM

Edited by green~tea at 1-9-2021 09:52 PM

Cenderakirana9 replied at 31-8-2021 09:00 PM
Mohon sis @green~tea beri sepatah dua kata

Ok la masuk sini.. higher return sbb global portfolio..kalo focus ASB funds je probably lower return sbb domestic market /local prospects dah slow kan disebabkan MCO yang tidak berpenghujung tahun ni, political situation cam flip flop.. well ada laa domestic market yang ok contoh cam plantations (sime darby), telecommunications (maxis, celcom), digital fintech..

U can get 2 return from this type of investment..
1. Capital gain (increase in unit price)
2. Annual dividends...

And most probably u make benefit from initial trade/launching price...

I tak masuk this one sbb i baru je commit dengan maybank fund yg baru launch jugak.. huhuhu

Cenderakirana9 Publish time 1-9-2021 09:57 PM

green~tea replied at 1-9-2021 09:50 PM
Ok la masuk sini.. higher return sbb global portfolio..kalo focus ASB funds je probably lower...

Tapi sales charge 5% berbaloi ke

green~tea Publish time 1-9-2021 10:27 PM

Cenderakirana9 replied at 1-9-2021 09:57 PM
Tapi sales charge 5% berbaloi ke

Mahal nya????? Maybank cuma 2.25%

Cenderakirana9 Publish time 1-9-2021 11:13 PM

green~tea replied at 1-9-2021 10:27 PM
Mahal nya????? Maybank cuma 2.25%

Yup 5%. Tu lah fikir worth it or not. Tapi I dah masukkan few hundreds tadi

green~tea Publish time 2-9-2021 05:26 PM

Cenderakirana9 replied at 1-9-2021 11:13 PM
Yup 5%. Tu lah fikir worth it or not. Tapi I dah masukkan few hundreds tadi

I dah tanya customer relation manager (CRM) i tadi.. kalo masuk more than 1 mil baru lah PNB bg discount sales charge... adoiii.. i pun tak mampu nak masuk milion2 camtu.. isy

Quite risky, tp CRM i ckp yang ni berbaloi masuk sbb agressive fund international, boleh dpt return tinggi.. and team PNB yang jaga portfolio ni mmg lagi credible lah, so your investment is protected...

I masuk maybank fund yang ada combination quant advisor (AI algortihm and mathematical model) + fund manager (human intervention)...

Cenderakirana9 Publish time 2-9-2021 06:03 PM

green~tea replied at 2-9-2021 05:26 PM
I dah tanya customer relation manager (CRM) i tadi.. kalo masuk more than 1 mil baru lah PNB bg di ...

Wajib lah kena return tinggi untuk cover sales charge tu. But I just invest sekali ni je dulu then tunggu setahun untuk tengok performance

green~tea Publish time 2-9-2021 06:07 PM

Cenderakirana9 replied at 2-9-2021 06:03 PM
Wajib lah kena return tinggi untuk cover sales charge tu. But I just invest sekali ni je dulu then ...

My gut feeling says ia sama dgn saham harga berubah under PNB... the initial gain mmg banyak masa awal launching /early trading..best time is the capital gain masa launching.. then lepas tu more towards dividend play je...

Cenderakirana9 Publish time 2-9-2021 06:42 PM

green~tea replied at 2-9-2021 06:07 PM
My gut feeling says ia sama dgn saham harga berubah under PNB... the initial gain mmg banyak masa...

Yeah nampaknya begitulah. Harap2 prestasi okay

green~tea Publish time 2-9-2021 06:56 PM

Cenderakirana9 replied at 2-9-2021 06:42 PM
Yeah nampaknya begitulah. Harap2 prestasi okay

Prestasi insyaAllah okay sbb team portfolio management PNB mmg professional dan ramai.. certified accountants ada ACCA ICAEW i believe...
Selama ni takde mandate utk 100% international portfolio je... selama ni diversified and must have local portfolio

Cenderakirana9 Publish time 2-9-2021 07:09 PM

green~tea replied at 2-9-2021 06:56 PM
Prestasi insyaAllah okay sbb team portfolio management PNB mmg professional dan ramai.. certified...

Saham harga berubah PNB yang lain ada yang lagi berbaloi tak?

green~tea Publish time 2-9-2021 07:19 PM

Cenderakirana9 replied at 2-9-2021 07:09 PM
Saham harga berubah PNB yang lain ada yang lagi berbaloi tak?

I dont recommend it.. kecuali yang baru launch ni je

green~tea Publish time 2-9-2021 07:26 PM

Edited by green~tea at 2-9-2021 07:28 PM

Cenderakirana9 replied at 2-9-2021 07:09 PM
Saham harga berubah PNB yang lain ada yang lagi berbaloi tak?

Chuolzzzz!!! Ada promo sbb fund baru launch!!! Its not 5% tp ada tier sebenarnya... baru je CRM i update i tadi sbb i bising2 kat dia biar betik ASN equity global takmo kasi discount.. sapa je nak masuk kalo 5%...

So ni i dpt brochure dia tp forum ada error so i tak dpt upload pic... sales charge as follows: -

10,000 - 49,999   2.5%
50,000 - 299,999   2.0%
300,000 - 999,999 1.5%
Above 1 mil            1.0%

Cenderakirana9 Publish time 2-9-2021 07:49 PM

green~tea replied at 2-9-2021 07:26 PM
Chuolzzzz!!! Ada promo sbb fund baru launch!!! Its not 5% tp ada tier sebenarnya... baru je CRM...

Ooooo nice. Kenapalah PNB tak bagitau kat public pasal promo ni betul2. Diorang cuma bagitau ada sales charge promo tapi tak nyatakan berapa banyak. Ok lah ni boleh la pump duit sikit ke situ

Cenderakirana9 Publish time 3-9-2021 09:13 AM

green~tea replied at 2-9-2021 07:26 PM
Chuolzzzz!!! Ada promo sbb fund baru launch!!! Its not 5% tp ada tier sebenarnya... baru je CRM...

I baru dapat statement Dari ASB. After I kira, sales charge for the introduction period is 1.96% only

green~tea Publish time 3-9-2021 10:37 AM

Cenderakirana9 replied at 3-9-2021 09:13 AM
I baru dapat statement Dari ASB. After I kira, sales charge for the introduction period is 1.96% o ...

Berbaloi la kalo ada sales charge promo...so you get the benefit of both... capital gain nnti, dgn this sales charge

Cenderakirana9 Publish time 3-9-2021 11:44 AM

green~tea replied at 3-9-2021 10:37 AM
Berbaloi la kalo ada sales charge promo...so you get the benefit of both... capital gain nnti, dgn ...

I dah jumpa tier sales charge promo yang sis bagi semalam kat FAQ. Memang sama dengan yang sis tulis. Tu yang pelik tadi I kira kenapa I punya sales charge less than 2%. So I tengok balik FAQ, yang sales charge tier tu promo campaign sampai december. From 1st until 21st September is introductory promo. So I guess less than 2% sales charge ni until 21 sep
Pages: [1] 2
View full version: PNB lancar ASN Equity Global


ADVERTISEMENT