Raline Publish time 30-8-2021 08:20 PM

Digelar Sebagai ‘Bandar Hantu’, Apa Yang Berlaku Di Chernobyl?

Digelar Sebagai ‘Bandar Hantu’, Apa Yang Berlaku Di Chernobyl?

https://i1.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2020/12/chernobylpresspack6.jpg?fit=1200%2C800&ssl=1
Anda pernah dengar akan nama tempat ini – Chernobyl?

Chernobyl adalah sebuah bandar yang terletak di Ivankiv Raion, utara Kiev Oblast, berdekatan dengan sempadan Ukraine dan Belarus. Chernobyl berada di dalam Zon Pengecualian Chernobyl (Chernobyl Exclusion Zone).

Anda mesti tertanya-tanya kenapa bandar Chernobyl ini berada di dalam zon tersebut, bukan?

Ini kisah di sebaliknya.

Pada tahun 1986, telah berlaku satu kemalangan di stesen jana kuasa nuklear Chernobyl di Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) yang kini dikenali sebagai Ukraine. Kemalangan ini dianggap sebagai satu bencana yang paling dahsyat pernah dicatatkan di dalam sejarah penjanaan kuasa nuklear.

https://i2.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2018/09/B7YWR2UWVXBN5YWXQRNBMJ6CFA.jpg?resize=768%2C637&ssl=1
Sumber: NY Daily Times

Stesen Jana Kuasa Nuklear Chernobyl

Stesen jana kuasa nuklear Chernobyl terletak di kawasan bandar Pryp’yat, 10 batu (16 km) di barat laut bandar Chernobyl dan 65 batu (104 km) di utara Kiev, Ukraine.

Stesen ini terdiri daripada empat buah reaktor, yang mana sebuah reaktor dapat menghasilkan 1000 megawatts kuasa elektrik.

Pryp’yat adalah sebuah bandar baru. Menurut Persatuan Nuklear Dunia (World Nuclear Association), bandar ini didiami oleh 50,000 orang pada tahun 1986. Berbanding Pryp’yat, Chernobyl adalah bandar yang lebih kecil yang menempatkan 12,000 penduduk.

https://i1.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2018/09/main-qimg-134ed9aa228333682eff4e7032d07c56-c.jpg?w=602&ssl=1
Pryp’yat pada masa kini. Sumber: Quora

Stesen Chernobyl menggunakan empat buah reaktor nuklear RBMK-1000 rekaan Soviet – rekaan ini kini diiktiraf sebagai sebuah rekaan yang terlalu banyak cacat celanya dan sememangnya tidak selamat digunakan.

Reaktor-reaktor RBMK menggunakan bahan bakar yang diperkaya dengan uranium U-235 untuk memanaskan air, menghasilkan wap yang dapat menggerakkan turbin reaktor dan seterusnya menjana tenaga elektrik.

Bencana Berlaku

Sehari sebelum bencana ini berlaku, beberapa orang operator bertugas di stesen jana kuasa tersebut telah membuat ‘one-time shutdown’ untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di reaktor nombor 4.

Hakikatnya, para operator ini telah melanggar peraturan keselamatan dengan melakukan ‘one-time shutdown’ tersebut.

Malang tidak berbau. Pada jam 1.23 pagi, 26 April, wap yang sangat banyak terhasil apabila rod bahan bakar nuklear yang terlampau panas telah masuk ke dalam air yang digunakan sebagai ejen penyejukan reaktor. Tambahan lagi dengan kecacatan rekaan RBMK, kereaktifan teras nuklear di reaktor nombor 4 bertambah.

Ini menyebabkan letupan yang sangat besar terhasil di reaktor nombor 4. Letupan ini menyebabkan plat seberat 1,000 tan yang digunakan sebagai penutup teras nuklear tertanggal, melepaskan radiasi nuklear ke udara dan menyekat laluan ejen penyejuk (air) ke reaktor tersebut.

Beberapa saat selepas itu, letupan kedua pula berlaku. Letupan kedua ini ternyata lebih dahsyat daripada yang pertama – menyebabkan reaktor runtuh melepaskan grafit yang masih terbakar. Ini telah menyebabkan kebakaran di sekitar reaktor yang telah musnah dan reaktor nombor 3 yang masih beroperasi pada waktu letupan berlaku.

Letupan ini telah membunuh dua orang pekerja stesen yang mati beberapa jam semasa kemalangan tersebut berlaku.

Beberapa hari selepas kejadian, jumlah angka kematian melonjak – kesan daripada radiasi nuklear yang melampau. Krew-krew kecemasan mencuba sedaya-upaya mereka untuk memadamkan kebakaran dan mengawal kebocoran radiasi.

Kebanyakan daripada radiasi yang dilepaskan terhasil daripada reaktor nuklear tersebut adalah iodin-131, cesium-134 dan cesium-137.

Iodine-131 mempunyai jangka hayat keaktifan yang pendek, iaitu lapan tahun. Walau bagaimanapun, radiasi ini bertebaran di udara dengan deras dan kebiasaannya akan berada di kelenjar tiroid di dalam tubuh manusia.

Berbeza daripada iodine-131, isotop cesium mempunyai jangka hayat yang lebih lama – cesium-137 mempunyai jangka hayat keaktifan kira-kira 30 tahun).

Pada 27 April, penduduk-penduduk di Pryp’yat telah dipindahkan selepas 36 jam kemalangan ini berlaku.

Ramai penduduk yang mengadu bahawa mereka mengalami muntah-muntah, sakit kepala dan simptom-simptom lain yang disebabkan oleh kesan radiasi. Untuk langkah keselamatan, pihak berkuasa telah menutup 18 batu (30 km) daripada kawasan sekitar stesen jana kuasa tersebut.

Kemalangan ini telah mengakibatkan banyak kematian dan kerosakan kepada alam sekitar di kawasan setempat.

UeZtlFeEcNg

Sebuah filem yang diinspirasikan daripada bencana Chernobyl ini, ‘Chernobyl Diaries’ telah dihasilkan pada tahun 2012.

Pq47T48u8Zo

Kini, Chernobyl terkenal sebagai salah satu tempat perlindungan kepada haiwan-haiwan liar yang terancam seperti serigala dan beruang. Akan tetapi, ini tidak bermakna yang kawasan Chernobyl sudah bebas daripada radiasi nuklear.

Oleh kerana radiasi nuklear yang masih meliputi kawasan stesen jana kuasa nuklear yang terdahulu, kawasan tersebut tidak akan selamat sebagai sebuah penempatan manusia selama sekurang-kurangnya dalam tempoh masa 20,000 tahun.

Sumber:
Live Science

ekselen Publish time 30-8-2021 08:50 PM

Yg iols tgk filem documentary psl ni bandar tu masih merekodkan tahap radiasi yg tinggi yg x sesuai utk org tinggal. Even tanah kt sana pun dah x subur. Tp mmg menyedihkan tgk masa2 terakhir pekerja2 kt power plant yg terbakar tu...

whitebeard Publish time 30-8-2021 10:11 PM

Bandar ni jadi hasil karya banyak penulis skrip filem best best
Contoh
Die Hard 5 : Live Free Or Die Hard
Filem sikuel bruce willis macho sampai ketua :lol:

nakkomenjugak Publish time 30-8-2021 10:33 PM

iol hanya mampu Google maps je Chernobyl ni

lurve82 Publish time 2-9-2021 11:21 PM

Rasanya mcm ada tertgk citer ni dkt netflix..bhs rusia kot…tp separuh je aku tgk…
Pages: [1]
View full version: Digelar Sebagai ‘Bandar Hantu’, Apa Yang Berlaku Di Chernobyl?


ADVERTISEMENT