Raline Publish time 30-8-2021 08:13 PM

Novel Entiti, Remaja Ini Buru Makhluk-Makhluk Magis Selepas Terjumpa Sebuah Buku

Novel Entiti, Remaja Ini Buru Makhluk-Makhluk Magis Selepas Terjumpa Sebuah Buku Lama

https://i1.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2020/01/hhhb.jpg
Saya suka kata-kata ini, “Membaca buku cerita ibarat menonton movie dalam kepala.”

Salah satu novel yang saya rasa gempak sekiranya divisualkan dalam filem adalah novel Entiti. Gaya bahasanya santai, laju dan humour membuatkan saya mampu menghabiskannya dalam masa kira-kira 1 hari 17 jam. Biasanya sebulan baru habis baca satu buku.

Saya mengambil masa lama untuk habiskan baca buku bukanlah sebab saya membaca sambil mengeja tetapi entahlah, mungkin sebab banyak benda nak buat dalam hidup ni.

Tetapi bila buka buku ini, susah untuk tutup semula.

https://i1.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2020/01/entiti_front-1530266219.jpg

Sumber gambar: Fixi.com.my
Begini ceritanya:

Sinopsis

Iskandar, 15 tahun merupakan pelajar baru di sekolah. Dia mahu mencari kawan baru, makwe baru, sumber inspirasi baru dan gaya hidup baru tanpa menjangka ada ‘sesuatu’ yang menantinya di tempat baru itu.

Pada suatu hari, dia menuntut ilmu-ilmu baru tentang dunia magis setelah terjumpa buku hitam lama yang ditulis oleh Reza. Jurnal misteri tersebut sarat dengan cara-cara memanggil hantu, menjampi, dan maklumat tentang hal mistik yang tidak pernah dia tahu.

https://i2.wp.com/media.giphy.com/media/CbH03dCwjTUzK/giphy.gif

Gambar hiasan. Sumber: Giphy.com
Iskandar mengikut tutorial buku gelap itu dan telah melepaskan salah satu makhluk ghaib secara tidak sengaja. Bermula dari situ, dia berhadapan dengan satu per satu makhluk dari dimensi lain seperti Kappa, Orang Minyak, Badut puaka dan Anubis yang terlepas keluar ke dunia manusia.

https://i1.wp.com/media.giphy.com/media/XoEGlgZWrLFFS/giphy.gif

Gambar hiasan. Sumber: Giphy.com
Pada masa yang sama, gerak-gerinya diperhatikan oleh mata entiti yang dia tidak nampak. Menyedari yang dia dan orang di sekelilingnya dalam bahaya, Iskandar perlu menemukan jalan untuk menyelamatkan semua orang.

Siapakah Reza dan mampukah dia menyorok daripada entiti yang dia sendiri tak nampak?

“Appreciate what u have, before time makes u appreciate what u had.” – salah satu quotes ‘win’ yang tercetak di baju Iskandar, watak utama dalam novel Entiti.

Penulis: Syafiq Aizat

Penerbit: Buku Fixi

Genre: Persahabatan, remaja, fantasi, aksi dan misteri

Bilangan Halaman: 330

#MalaysiaMembaca

Sumber:
FIXI, Goodreads
Pages: [1]
View full version: Novel Entiti, Remaja Ini Buru Makhluk-Makhluk Magis Selepas Terjumpa Sebuah Buku


ADVERTISEMENT