Raline Publish time 30-8-2021 07:56 PM

J.K. Rowling Dedahkan Terdapat 11 Sekolah Ahli Sihir Selain Hogwarts!

J.K. Rowling Dedahkan Terdapat 11 Sekolah Ahli Sihir Selain Hogwarts!

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2018/09/Hogwarts_boats_1.jpg?fit=1920%2C794&ssl=1
Anda seorang peminat filem-filem bertema fantasi? Anda tak pernah miss filem-filem siri Harry Potter? Yang lebih penting lagi, adakah anda seorang Potterhead?

Jika jawapan anda adalah ‘YA’ untuk kesemua soalan di atas, anda pastinya punya pengetahuan tentang Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry.

Penulis Harry Potter, J.K. Rowling telah mendedahkan bahawa terdapat 11 lagi sekolah ahli sihir atau ‘Wizarding Schools’ melalui beberapa entri yang dimuat naik di laman rasmi Pottermore.

Menurut J.K. Rowling, terdapat 11 buah sekolah ahli sihir yang berdaftar dengan International Confederation Of Wizards – termasuklah Hogwarts. Institusi-institusi magik tersebut adalah lebih kecil jika hendak dibandingkan dengan Hogwarts. Berikut merupakan peta yang menunjukkan lokasi ‘Wizarding Schools’ di seluruh dunia.

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2018/09/Wizarding_Schools_Map_LR.jpg?w=2400&ssl=1
#1. Hogwarts School of Witchcraft And Wizardry (Scotland)

Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry terletak di Scotland. Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari kawasan United Kingdom, Ireland Utara dan Ireland. Ditubuhkan pada sekitar abad ke-10, sekolah ini boleh dikatakan antara sekolah ahli sihir yang terbaik di dalam dunia ahli sihir.

https://i2.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2018/09/de70608f6b6bc820aee17fb8428f0049-harry-potter-icons-hogwarts-crest.jpg?w=236&ssl=1
Motto sekolah ini adalah Draco Dormiens Nunquam Titillandus (Draco Dormiens Nvnqvam Titillandvs), yang diterjemahkan daripada bahasa Latin bermaksud ‘Never tickles a sleeping dragon’.

Kanak-kanak yang dilahirkan dengan kebolehan magik akan didaftarkan sebagai pelajar semasa kanak-kanak dan pengesahan kemasukan ke Hogwarts akan dibuat semasa kanak-kanak tersebut berumur 11 tahun. Surat pengesahan akan diterima melalui burung hantu. Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak tersebut adalah daripada keturunan Muggle (bukan ahli sihir), seorang profesor dari Hogwarts akan memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa mereka.

Pelajar-pelajar dibahagiakn kepada empat buah rumah – Gryffindor, Slytherin, Ravenclaw dan Hufflepuff.

https://i1.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2018/09/Hogwarts_logo.jpg?resize=200%2C249
#2. Mahoutokoro School of Magic (Jepun)

Mahoutokoro terletak di puncak teratas pulau bergunung berapi Minami Iwo Jima. Sekolah sihir berkemungkinan adalah di antara sekolah ahli sihir yang paling awal sekali ditubuhkan kerana ia digamabarkan sebagai kuno (ancient).

Sekolah ini menerima pelajar dari umur tujuh tahun. Uniform Mahoutokoro adalah yang paling unik sekali. Apabila pelajar memulakan sesi persekolahan, mereka akan diberi jubah. Jubah tersebut akan membesar mengikut tumbesaran mereka dan akan bertukar warna apabila si pemakai memperoleh pengalaman. Warna jubah tersdebut akan bermula dengan warna merah jambu.

Jika si pemakai memperoleh gred tertinggi untuk kesemua subjek sekolah, jubah si pemakai akan bertukar kepada warna emas secara automatik.

Jika si pemakai melanggar mana-mana kod ahli sihir Jepun dan mengamalkan Dark Arts, jubah mereka akan bertukar warna ke warna putih dan pelajar-pelajar ini akan dibuang sekolah dengan serta-merta.

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2018/09/mahoutokoro_and_hogwarts_by_eyugho-da8gib2.jpg?resize=768%2C628&ssl=1
Imaginasi pelukis tentang pakaian pelajar Mahoutokoro.
#3. Beauxbatons Academy of Magic (Perancis)

Beauxbatons Academy of Magic adalah sekolah ahli sihir yang terletak di Gunung Pyreness, selatan Perancis. Sekolah ini menerima kemasukan kebanyakan pelajarnya dari Perancis dan juga sebilangan besar dari Sepanyol, Portugal, Netherlands, Luxembourg dan Belgium.


https://i1.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2018/09/giphy.gif?resize=498%2C211
#4. Durmstrang Institute (Eropah Utara)

Ditubuhkan pada tahun 1294, Durmstrang adalah di antara institusi yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Triwizard dan terkenal dengan menjadikan Dark Arts sebagai subjek wajib di dalam kurikulum pembelajarannya.

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2018/09/FrightenedVagueBluebird-size_restricted.gif?resize=500%2C207
#5. Ilvermorny School of Witchcraft and Wizardry (Kawasan Timur Amerika Utara)

Ilvermony adalah sekolah ahli sihir Amerika Syarikat yang terletak di Gunung Greylock (Massachussets). Sekolah ini menerima pelajar dari seluruh Amerika Utara. Seperti Hogwarts, pelajar-pelajar Ilvermorny dibahagikan kepada empat buah rumah.

Jika anda pernah menonton filem Fantastic Beasts and Where To Find Them, anda pasti tahu pasal sekolah ini.

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2018/09/db36f5ff3f6593c9a9a0b6efb33f487d.png?resize=300%2C300&ssl=1
#6. Uagadao School of Magic (Uganda)

Uagadao adalah sekolah ahli sihir yang terbesar. Terletak di Mountains of The Moon di barat Uganda, sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari seluruh Afrika.

Sekolah ini terkenal dengan para pelajarnya yang berkemahiran penuh dalam astronomi, alkimia dan peralihan diri (self-transfiguration)


#7. Castelobruxo (Brazil)

Terletak di dalam hutan Amazon di utara Brazil, sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari seluruh Amerika Selatan.

Pelajar-pelajar di Castelobruxo pakar dalam Herbologi dan Magizoology. Sekolah ini juga menawarkan program pertukaran pelajar yang sangat popular daripada sekolah-sekolah ahli sihir di Eropah.

#8. Koldovstoretz (Russia) – Tiada dalam peta

Di Koldovstoretz, Quidditch dimainkan dengan para pemain menggunakan pokok dan tidak menggunakan penyapu terbang.

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2018/09/KoldovstoretzQuidditch.png?resize=350%2C193
Setakat ini, hanya lapan buah sekolah ini sahaja yang informasinya dimuat naik oleh J.K. Rowling di Pottermore.



Are you curious about in what house you will be sorted if you were enroll in Hogwarts? Log on to Pottermore and find out more!



Sumber: Pottermore

sharlenetexas Publish time 30-8-2021 08:12 PM

Ada ritual macam2 ke?

mzzenma Publish time 30-8-2021 08:22 PM

jepun je ke wakil asia? nusantar takde?

nanti acik kepam bising kata ni semua tahyul

biskutraya Publish time 30-8-2021 08:38 PM

Bestnye... Kalau i tua2 gini terima lg tak? Huhu.. tapi ni sekolah upon invitation je kan.. kalau boleh isi permohonan online kan best.. hehe..

coolpsyrie Publish time 30-8-2021 09:31 PM

aggraban tu sejenis kimia...

nakkomenjugak Publish time 30-8-2021 10:08 PM

Iol nak masuk sekolah dukun
mak esah jadik pengetua
:$:$:$;P;P;P

axl_bach Publish time 31-8-2021 01:00 AM

coolpsyrie replied at 30-8-2021 09:31 PM
aggraban tu sejenis kimia...

Melayu asli tu hat dok kolumpo tu tinggi2 macam Rosyam Nor, Faizal Hussin

ninja boy Publish time 31-8-2021 11:35 AM

Wah sebegitu

hanihan16 Publish time 31-8-2021 11:06 PM

ravenclaw here :bye:

MengkuduMasam Publish time 1-9-2021 04:16 PM

Edited by MengkuduMasam at 1-9-2021 04:17 PM

mzzenma replied at 30-8-2021 08:22 PM
jepun je ke wakil asia? nusantar takde?

nanti acik kepam bising kata ni semua tahyul
pttnya kene ade laa...

Nusantara hebab pakai Santet, Santau segala....

fokus kepada Black Magic....

yenil95 Publish time 2-9-2021 04:18 PM

mungkin negara yang JK Rowlings pilih di belah nusantara ni ialah Indonesia...sbb Indon lebih dikenali dari Malaysia..achik rasa la..
Pages: [1]
View full version: J.K. Rowling Dedahkan Terdapat 11 Sekolah Ahli Sihir Selain Hogwarts!


ADVERTISEMENT