'Saya wanita tulen'
'Saya wanita tulen'cjlfes5v-vo
Pasir Mas: "Saya bukan lelaki tetapi wanita tulen," kata Che Halimah Che Mood, 62, warga emas yang dikatakan 'pelik' kerana wajahnya mempunyai misai dan janggut.
Che Halimah yang diserang angin ahmar sejak lapan tahun lalu mengakui hidupnya dibelenggu masalah itu sejak di usia awal 20-an menyebabkan dia perlu mencukur dua atau tiga kali seminggu agar kelihatan seperti wanita biasa.
Dia yang pernah menempuh kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali berkata, sudah berjumpa doktor untuk mengetahui punca masalah dan disahkan mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi.
"Selama berpuluh-puluh tahun saya perlu bercukur agar tidak dipandang aneh oleh orang sekeliling. Namun, kini keadaan semakin teruk apabila saya diserang angin ahmar menyebabkan lumpuh separuh badan sebelah kiri.
"Saya tidak mempunyai anak untuk menumpang kasih. Nasib baik adik, Mohammad Kamaruddin Abdullah, 42, dan isterinya, Nur Asmira Che Hussin, 36, sanggup menjaga segala makan dan minum saya serta ibu yang sudah tua, Kalsom Mamat, 93.
"Malah, misai dan janggut saya ini, Nur Asmira yang selalu bantu mencukur dua atau sekali seminggu agar tidak tumbuh panjang seperti lelaki," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Batu Karang, di sini, semalam.
Che Halimah dikunjungi wakil Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar yang menyampaikan sumbangan kewangan, barangan keperluan, serta lampin pakai buang.
Menurutnya, dia mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan yang mana biasa digunakan untuk membeli keperluan lampin pakai buang dengan kos RM250 sebulan.
"Ketika masih sihat dan kuat, saya banyak merantau mencari rezeki termasuk beberapa tahun bekerja di Singapura sebagai tukang masak restoran di sana. Sebolehnya, saya tidak mahu menyusahkan orang sekeliling, tetapi apakan daya saya diuji dengan hanya kini mampu terbaring saja jika tidak dibantu.
"Sebelum ini, saya tidak terbuka untuk memberitahu orang lain mengenai masalah saya kecuali dengan keluarga terdekat kerana ia membuatkan saya kurang keyakinan diri," katanya.
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/misaimakcik_1630295360.jpg
CHE Halimah mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi menyebabkan wajahnya mempunyai misai dan janggut. FOTO Syaherah Mustafa
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/748662/saya-wanita-tulen-metrotv
Dulu masa kerja zaman bujang selalu jumpa sorang perempuan benggali ni berjanggut tapi dia selamba x cukur... Kesiannya..memang kalau dah ada masalah, boleh je dibuktikan dengan kajian perubatan moden. Jgn jadi mcm sajat Kesiannye, tapi cantik, muka polos tak mekap pun still nampak cantik. Alhamdulillah, ada adik dan adik ipar yg prihatin tolong jaga. Alhamdulillah ada adik dan ipar yang baik budi boleh menjaga acik ni.. sedih.. kesiannya:'(
ingatan utk diri sendiri bersyukur dgn nikmat Allah bagi.. Kesiannya acik halimah. Nmpak baik je.. Smg ada ubat utk penyakit ni..dah pulih dr stroke. kesiannya..i pernah baca psl ni..katanya hormon lelaki lebih dlm badan ke apa..pastu kdg blh sbbkn ssh nk mengandung..i baca jer dulu tak tau la bethol ke idok.
ke sebab pengambilan pape ubat?
tp ada jgk kan masa sekolah or study dulu bdk perempuan yg ada bulu bibir and kebanyakannya lawo la..yg ada bulu roma kt lengan..i suka jeling2 tgk lengang masa dorg selak lengan baju..
tp xla pjg mcm ni.. Boleh laser treatment kalau sapa2 sponsor.. noor2 replied at 30-8-2021 12:51 PM
Dulu masa kerja zaman bujang selalu jumpa sorang perempuan benggali ni berjanggut tapi dia selamba x ...
kawan saya macamni.
masalah pcos buat testosteron tinggi ke gitulah.
pagi2 shave
KIM.K replied at 30-8-2021 01:25 PM
kawan saya macamni.
masalah pcos buat testosteron tinggi ke gitulah.
pagi2 shave
Ramai je sebenarnya perempuan yg testosterone tinggi ni kim...kadang kita boleh nampak misai depa...tapi x la mcm misai lelaki cuma kat atas bibir depa tu nmpak jelas misai halus2 selalu aku terserempak dgn perempuan yg tumbuh2 misai ni
kebanyakan tak la lebat sangat
tapi ketara la nampak Siannya makcik ni. Nasib baik dikelilingi keluarga yg penyayang. Moga diberi kekuatan pd makcik sekeluarga noor2 replied at 30-8-2021 01:28 PM
Ramai je sebenarnya perempuan yg testosterone tinggi ni kim...kadang kita boleh nampak misai depa. ...
Ya bulu2 kaki pun tebal macam footballer.Kazen iols gitulah misai tebal, unibrow serupa frida pinto.
Tapi dia lawa zmn muda popular
KIM.K replied at 30-8-2021 02:03 PM
Ya bulu2 kaki pun tebal macam footballer.Kazen iols gitulah misai tebal, unibrow serupa frida pint ...
Hehe mcm kawan kaka...dia cukur bulu kaki terus tumbuh lebat keriting mcm kaki lelaki...hehe suci innocent jer muka acik ni....tapi diuji dgn ketumbuhan bulu2 plak...sesungguhnya fitrah manusia sering diuji iol salah sorang yang hadapi ni
cuma tak seteruk acik ni
saya faham keadaan acik :'(:'(:'(:'(:'(
Pages:
[1]