Raline Publish time 28-8-2021 10:37 PM

Sajian menarik minggu merdeka

Sajian menarik minggu merdeka
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/webbbposter_1630103707.jpg
Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi rakyat Malaysia ketika pandemik Covid-19 ini.

Justeru, Hari Kemerdekaan ke-64 tahun ini disambut dalam suasana sederhana untuk bersama-sama menangani wabak pembunuh ini.

Namun, bagi menyuntik kemesraan, melalui kempen #MalaysiakuOhsem, Awesome TV bakal menyajikan pelbagai program menarik sepanjang minggu Hari Kemerdekaan sehingga minggu Hari Malaysia.

Berkonsepkan santai, beberapa filem Melayu lama dan malar segar bertemakan semangat patriotik selain barisan filem Hindi, Hollywood serta filem antarabangsa yang lain turut menghiasi sepanjang minggu terbabit bagi menghiburkan penonton Awesome TV.

Filem yang memetik unsur kekeluargaan, kemasyarakatan serta nilai murni ini dijangka mampu menarik minat pencinta industri hiburan.

Pada 25 Ogos lalu penonton disajikan dengan filem Aku Yang Berhormat, manakala pada 26 Ogos pula filem Prebet Lapok.

Esok, filem Tuah menemui peminat pada jam 2 petang.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MNE_1630103715.jpg
Filem yang berasaskan kepada Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu ini menggabungkan suasana dari zaman dahulu kala dan zaman moden.

Filem lakonan Datuk Jamal Abdillah dan Erma Fatima ini mengisahkan seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai Hang Tuah, pahlawan Melayu pada abad ke-15.

Semua orang berpendapat dia sudah hilang ingatan, namun Sahira mula percaya dengan cerita Tuah.

Bersempena Hari Kemerdekaan juga, sebuah filem inspirasi dari sejarah ketenteraan Malaysia berjudul Malay Regiment arahan Datuk Jurey Latiff Rosli ditayangkan pada 31 Ogos ini jam 9 malam.

Filem ini memperincikan peristiwa sebenar Ops Kota Gubir I dan II, di mana pasukan keselamatan daripada 17 unit Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) menyerang beberapa kem pengganas komunis di sempadan Thailand-Malaysia, berdekatan Gubir, Kedah.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MV5B_1630103711.jpg
POSTER filem patriotik sempena Hari Kebangsaan.

Dalam operasi kedua, menyaksikan Kapten Zainal Abd Rashid gugur selepas membunuh pengganas komunis.

Operasi terbabit berjaya membunuh enam daripada 15 pengganas komunis selain merampas pelbagai jenis senjata dan bom.

Seramai 11 anggota keselamatan terkorban dalam Ops Gubir pada 26 April 1976.

Filem ini menunjukkan bagaimana kesusahan orang dulu berjuang untuk memelihara dan memerdekakan tanah air ini.

Malay Regiment menampilkan lakonan hebat Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Kamal Adli, Nad Zainal, Erry Putra dan ramai lagi.

Pada Hari Malaysia, 16 September depan pula akan ditayangkan sebuah filem patriotik Malaysia iaitu Leftenan Adnan yang memaparkan kisah benar dari peristiwa Perang Dunia Kedua.

Filem ini mengangkat semula kisah perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MMjc2_1630103718.jpg
Ketika itu, Leftenan Adnan terkorban ketika mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun.

Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni musuh.

Filem lakonan Hairie Othman, Umie Aida, Rambo Chin, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby dan Wahid Senario ini ditayangkan pada jam 9 malam.

Sementara itu, peminat akan dapat menyaksikan filem hebat iaitu Fast & Furious menerusi slot Awesome Movie pada malam ini, jam 10 malam.

Manakala telefilem Holiday Aji Tom disiarkan menerusi slot Ohsem Tele esok, jam 9.30 malam.

Semua filem dan telefilem ini boleh ditonton di Astro, saluran 123 dan MyTV di saluran 112.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

lwyl Publish time 28-8-2021 10:50 PM

Awesome TV tu apa?

bonsari Publish time 30-8-2021 08:05 PM

hmmm malam ni boleh lah layan sikit2 sajian utk merdeka ni kalau laratlah..
tapi memandangkan esok cuti, boleh je sambung kan.. cuma tu lah takut anak2 buah tak layan cerita2 ni sebab duration dia pnjang.. almaklum lah nak suruh budak2 bwh umur tgk pasal merdeka ni kena lah yg pendek2 dulu..

meesuhaimee Publish time 30-8-2021 09:03 PM

bonsari replied at 30-8-2021 08:05 PM
hmmm malam ni boleh lah layan sikit2 sajian utk merdeka ni kalau laratlah..
tapi memandangkan esok...

ye x ye jugak cuba lah search kat google atau youtube je senang
bagi dorg tgk dulu iklan pendek2 lepas tu kaalu dorg rasa, dorg berminat baru lah bukak cerita2 mcm ni...
rasanya kalau video yg kelakar2 ke ape ke iklan2 petronas...
try ni bgi dorg tgk ni dulu lepas tu ajak dorg nyanyi sekali rasanya dorg akan suka sebab ada kartun..
https://www.youtube.com/watch?v=XraGW7W9svI

Jesilee Publish time 30-8-2021 09:12 PM

meesuhaimee replied at 30-8-2021 09:03 PM
ye x ye jugak cuba lah search kat google atau youtube je senang
bagi dorg tgk dulu iklan pendek2...

yaaa i think pun much better bagi tgk iklan2 merdeka yg tak heavy.
my favourite iklan petronas kalau merdeka yg ada race boat tu ohhh childhood sgt..
haha link tu pun i dah tgk mmg sesuai dgn konsep tahun yg sgt2 mencabar sbb pandemik..

guess.mynames Publish time 2-9-2021 06:47 PM

meesuhaimee replied at 30-8-2021 09:03 PM
ye x ye jugak cuba lah search kat google atau youtube je senang
bagi dorg tgk dulu iklan pendek2...

suka1000x!! lagu demi cinta tu boleh lah walaupun bukan hari merdeka pun boleh dgr,,
mcm lagu pembakar semangat kalau tgh rasa down kan bila terjdai sesuatu kan,,
ape2 pun selamat hari kemerdekaan Malaysia yg ke 64 semua!
Pages: [1]
View full version: Sajian menarik minggu merdeka


ADVERTISEMENT