Raline Publish time 28-8-2021 10:23 PM

Wanita jumpa batu berukir wajah Lord Voldemort

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/08/3D5AF979-2BAA-4568-8290-F5C6F3B82757.jpeg
Batu yang berukir wajah watak antagonis filem Harry Potter iaitu Lord Voldemort yang ditemui Halkerston di tepi pantai. - Nikki Halkerston / SWNS

Wanita jumpa batu berukir wajah Lord Voldemort

EDINBURGH, Scotland – Seorang wanita di Scotland terkejut apabila menemui sebiji batu yang kelihatan seperti wajah karakter antagonis dalam filem fiksyen terkenal, Harry Potter iaitu Lord Voldemort.

Menurut laporan akhbar Daily Star semalam, Nikki Halkerston ,45, memberitahu dia terjumpa batu itu ketika bersiar-siar di tepi laut selepas menghantar anaknya ke sekolah.

Sebaik sahaja melihat batu unik tersebut, Halkerston terus teringat pada watak jahat itu dan mengutipnya untuk dijadikan perhiasan di dapur rumahnya.

“Ukiran wajah pada batu itu sangat jelas seperti Lord Voldemort kerana apabila terpandangnya, saya tidak memikirkan orang lain.

“Walaupun saya bukanlah peminat fanatik filem Harry Potter tetapi saya mahu menyimpannya sebagai koleksi peribadi,” katanya. – Agensi

orgsepang Publish time 28-8-2021 11:34 PM

Adoi, lord voldemort lagi kacak kot. Tak rela dia disamakan dengan batu tu, nanti kena sumpah baru tahu.;P

nakkomenjugak Publish time 28-8-2021 11:38 PM

macam Voldemort kena dengar lebah je

cucutokwan89 Publish time 29-8-2021 07:12 AM

Angle mana?


Pages: [1]
View full version: Wanita jumpa batu berukir wajah Lord Voldemort


ADVERTISEMENT