miszclassique Publish time 28-8-2021 06:50 PM

Lelaki botak baran pukul Pengawal Keselamatan sampai berdarah (Guard dah meningg

Edited by miszclassique at 28-8-2021 07:00 PM

I tak pandai nak berbahasa ala-ala pemberita, jadinya i tulis dengan gaya penceritaan sahaja lah ya. Kalau tak ikut rules mohon momod tutup.

https://i.ibb.co/0Ym0C0Q/guard.jpg

Sumber FB: Nelson Raj (Anak saudara Pengawal Keselamatan)

Kes berlaku Bulan 12 tahun 2020 dan anak saudara mendiang tularkan sebab Uncle Guard ni baru meninggal semalam, 27 Ogos 2021 disebabkan komplikasi selepas 8 bulan insiden berlaku. Anak saudara tak puas hati sebab pelaku masih bersenang-senang berlegar kat dunia ni.

Kisahnya lelaki botak dan anak dia (penyewa homestay) nak mandi kat kolam renang M******* Ipoh tapi bahagian kanak-kanak ditutup selaras dengan SOP waktu tu. Cuma kolam dewasa sahaja yang boleh diguna. Si botak buat kepala sendiri dan bawa je anak dia pergi mandi kat kolam kanak-kanak. Uncle Guard tu report dekat pihak pengurusan tapi si botak buat taktahu je.

Lepas dari tu baru ada berlaku provokasi dekat meja Uncle Guard ni bertugas, sampai lah ke insiden si botak baling meja dekat Uncle Guard tu dan Uncle Guard pengsan. Ada kesan darah jika tengok dari kamera CCTV. Boleh nampak juga yang si botak tu berubah dari baran jadi sedikit cuak. Polis ambil keterangan dari pihak pengurusan tapi tak ambil keterangan dari pihak keluarga mangsa. Si botak tu direman selama 2 hari, masuk mahkamah Ipoh 06/01/2021 dibawah seksyen 335 Kanun Keseksaan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Seksyen 335 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan (sumber: Google). Nilaikan lah sendiri perangai si botak ni didepan anaknya yang kecil. Identiti si botak masih belum tular lagi setakat ni.

Video CCTV:
XXNqBAuL5Cg
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10225997881994297&id=1253071918
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10225997803712340&id=1253071918

miszclassique Publish time 28-8-2021 08:21 PM

Edited by miszclassique at 29-8-2021 04:33 AM

Update statement polis:<ahttps://i.ibb.co/znG97sJ/FB-IMG-1630153235993.jpg
<ahttps://i.ibb.co/HFdMJqk/FB-IMG-1630153241651.jpg

Update:
Kad Pengenalan dan alamat si botak dah start viral kat FB...

wanokakaka Publish time 28-8-2021 07:11 PM

Gila la dapt org baran mcmni buat laki.. x blh fikir waras agaknya bila bertindak..

nakkomenjugak Publish time 28-8-2021 07:11 PM

BAGUSSSS! DEPAN ANAK KO BUNUH ORANG!
Pasal kolam je pun! Rumah ko takde air ke???
Kalau dapat tu biar mereput di tali gantung
Baran2 memang bawak ko ke kubur punya
Bodoh shiyal orang baran2 camni!
Ikut jelaaa peraturan tu apa masalah nya!!!
Seriusss aku harap ko kena hukuman gantung sampai mati

nampak cam Melayu yang buat

Buritan Publish time 28-8-2021 07:23 PM

wanokakaka replied at 28-8-2021 07:11 PM
Gila la dapt org baran mcmni buat laki.. x blh fikir waras agaknya bila bertindak..

Celaka betulll.. aku org tua ni tak kira cina indu mmg aku kesiammm..

sonatalady Publish time 28-8-2021 07:26 PM

org tu berkerja olikut arahan...kau pulak bkn main tunjuk lagak.
tgk lepas ni apa kau nak jawap.
giler org baran mcm ni

mawarika Publish time 28-8-2021 07:36 PM

Kesian uncle.. baran betul ya. Ikut hati mmg mati.. ikut rasa mmg binasa. Semoga dpt pengadilan sewajarnya. Mesti rasa menyesal tu..

midori_katana Publish time 28-8-2021 07:42 PM

baran tak kena gaya! skrg mangsa dah meninggal pulak... semoga mendapat balasan sewajarnya...

kaedahnya Publish time 28-8-2021 07:48 PM

charge menyebabkan kematian ke? awat polis tak amik keterangan mangsa? ish.

kaedahnya Publish time 28-8-2021 07:52 PM

meja tu berat woii jadah hapa ko hempap orang dengan meja sebab tak boleh mandi pool.
how i wish benda ni viral dulu sebelum uncle ni passed away.
entahlah.

SedihPedih Publish time 28-8-2021 07:54 PM

Mandi kolam je pun..anak tu ko beli la pool plastic bg mandi pun dia happy.. tgk kau baran mcm tu apa yg anak kau dpt?

Semoga uncle dan family dpt keadilan sewajarnya..

CiliPadiSedap Publish time 28-8-2021 07:55 PM

kasihan mendiang. moga keadilan dapat ditegakkan.

margo20 Publish time 28-8-2021 07:59 PM

Nmpk macam malay u
Takut bagi makan kt laki smpai boroi camni
Baran tak leh bawa bincang

akuchenta Publish time 28-8-2021 08:00 PM

Takziah mendiang...

Pasal kolam mandi pun sanggup bunuh org..
Panas baran! Dh la anak nampak bapa pukul guard..
Harap2 kau masuk penjara lama!



edayildiz Publish time 28-8-2021 08:02 PM

kejam nya..i dh tgk ..anak dia dh tgk bapaknya seorang pembunuh..kalau dlm citer bdk tu akan ada mslh trauma..irl xtau la jd cmna..psl kolam jer pun..hrp meringkuk dlm penjara

miszclassique Publish time 28-8-2021 08:16 PM

kaedahnya replied at 28-8-2021 07:48 PM
charge menyebabkan kematian ke? awat polis tak amik keterangan mangsa? ish.

Takk, kalau ikut anak sedara dia tu minor charge je... Sebab uncle tu bukan mati on the spot dan ada je dia sedar dekat hospital lepas treatment tu... Cuma menyedihkan gambar latest sebelum dia meninggal tu, badan dah kurus kering

imanjannah Publish time 28-8-2021 09:04 PM

benda kecik mcm tu pun boleh memukul org, apa la nak jadi.. baran sungguh, ngan anak bini ko pukul x

Kurex Publish time 28-8-2021 09:21 PM

Kosserr la aku dgn panas baran ni.. layak diludahkan je ke semua muka panas baran. Puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh

Reira77 Publish time 29-8-2021 01:51 AM

Iols legit tercarut lepas tgk video tu. Bodoh betul. Dah la depan anak. Moga ada pembelaan utk mendiang uncle tu. Untuk kau botak, moga kau meringkuk dlm penjara kalau kena gantung pun bagus. Mujur ada cctv.

haruslah Publish time 29-8-2021 01:58 AM

miszclassique replied at 28-8-2021 08:16 PM
Takk, kalau ikut anak sedara dia tu minor charge je... Sebab uncle tu bukan mati on the spot dan a ...

Bedriden ke uncle tu?

Dgr2 cerita geng bunga merah
Fb beliyau pun dah tutup

Kes ni x masuk media kata nya masa aritu
Hmmmm
Pages: [1] 2
View full version: Lelaki botak baran pukul Pengawal Keselamatan sampai berdarah (Guard dah meningg


ADVERTISEMENT