YgBenar Publish time 27-8-2021 11:50 PM

Beritamlmseram:Raih 12 Juta Tontonan, Rakaman Seram CCTV Lelaki Diseret Dalam Gy

Edited by YgBenar at 27-8-2021 11:52 PM

Ded4io-8zm4

Tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan aksi seorang lelaki diseret ke lantai dipercayai oleh entiti misteri dalam kejadian yang berlaku di sebuah gimnasium baru-baru ini.

Klip pendek yang telah meraih lebih 12 juta tontonan oleh warganet di seluruh dunia itu dimuat naik oleh seorang individu di TikTok. Namun, tidak dapat dipastikan lokasi di mana kejadian tersebut berlaku.
Menerusi video, keadaan kelihatan normal pada mulanya apabila mangsa dilihat sedang bersiap sedia untuk melakukan sesi senaman di gimnasium tersebut secara bersendirian.

Namun, dalam tempoh beberapa saat, alatan senaman di belakang mangsa kelihatan berayun seolah-olah ada sesuatu yang menggerakkannya.

Kemudian, sebiji bola pemberat pula tiba-tiba meluncur ke arah mangsa dengan sendiri seakan memberi isyarat terdapat kehadiran entiti lain yang berada di kawasan itu.
Terkejut dengan apa yang berlaku, mangsa bergegas mengambil barangnya dan cuba meninggalkan gimnasium tersebut dengan berlari sebelum tergelincir ke lantai.

Setelah terjatuh, kaki kanannya pula kelihatan seperti diseret dan direntap dengan kuat oleh ‘seseorang’ yang tidak dapat dilihat. Jelas kelihatan, mangsa sedaya upaya cuba untuk melepaskan diri dari entiti yang cuba mengganggunya.

https://www.timesnownews.com/the-buzz/article/spooky-video-showing-man-being-dragged-across-gym-floor-by-invisible-force-gets-12-million-views/801052

whimsicalmusic Publish time 28-8-2021 02:22 AM

Seram..di siang hr kah?

LaRRa. Publish time 28-8-2021 02:50 AM

Serius seram wei

nakkomenjugak Publish time 28-8-2021 08:46 PM

main ganas betul hantoo nya

shernazz Publish time 30-8-2021 04:52 PM

Haah..iols ada te gok.dlm.fb semalam..
Serem juga.la..siap kena tarik kaki
Memula dia.buat tak.tau je kan..pastu.bola.tu dahergerak...dia.nak lari la...pastu kena tarik..then terus dia tinggalkan beg segala...nak.report ke.kaunter ada hantooò

downiey Publish time 31-8-2021 08:28 AM

seram jugak video nye..

Marylis Publish time 31-8-2021 09:45 PM

seramnya... lepas ni nak g memana kena berteman... pkp lama sangat semua tempat byk kosong kan

rantaikendoq Publish time 31-8-2021 10:08 PM

org2 yg xpenah masuk alam jin mmg sgt kecut teloq walau baan besar gajah
kekuatan otot tiada makna berbanding alam ghoib..
Pages: [1]
View full version: Beritamlmseram:Raih 12 Juta Tontonan, Rakaman Seram CCTV Lelaki Diseret Dalam Gy


ADVERTISEMENT