CARI-MAL Publish time 26-8-2021 04:03 PM

Maid Dan Majikan Malaysia Tular Ke Filipina, Siap Ubah Suai Rumah!

Selain warga Indonesia, ramai juga di antara kita gemar memilih pembantu rumah di kalangan rakyat Filipina.

Meskipun banyak perbezaan dari segi bahasa, namun hal itu tidak meletakkan jurang besar di antara majikan dan pembantunya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202108/26/160229unuk1ddjkddbut11.pngKredit foto: TikTok

Mungkin itulah sebabnya kenapa seorang bibik ini boleh bertahan kerja sehingga lima tahun.

Siapa sangka hubungan antara majikan dan pembantu rumah tersebut tular di Filipina.

Sebuah rancangan TV akhirnya mengeluarkan satu episod khas ‘Salamat, Pinay Nanny’ menampilkan temu bual bersama pekerja tersebut yang dikenali sebagai Maria serta seisi keluarga Puan Ismaniza.


7000090450367401243


7000092852508216603

Difahamkan, pekerja itu baru sahaja pulang ke Filipina untuk berehat selepas mengalami masalah kesihatan.

Sepanjang bekerja, Puan Ismaniza mengakui wanita itu seorang bibik yang cukup rajin dalam menjalankan tugasnya dari segala aspek.


7000093924639395099


7000095783487950106


Hubungan mereka cukup rapat, malah Puan Ismaniza pernah membawa suami pembantunya itu datang ke Malaysia sebagai satu kejutan.


7000096401166290202

Menerusi rancangan berkenaan, majikan tersebut bersetuju memberikan kejutan lain pula iaitu renovasi rumah yang didiami Maria sekeluarga.


Sumber: Kisah Dunia

RatuDunia94 Publish time 26-8-2021 04:47 PM

Mcm pernah dgr porumer bernama cikpuangojesss.. {:smile

nakkomenjugak Publish time 26-8-2021 05:38 PM

awwww takpelah ada masa boleh ke sana jumpa

hanihan16 Publish time 26-8-2021 05:55 PM

i pulak yg tompang sedih tapi kdg2 cringe dgn inggerishnya :lol: tapi sedih laaa pulak, macam drama. anyway, ada dah ke sambungan rumah maria lepas renovate?

matjerk Publish time 26-8-2021 09:32 PM

X de subtitle ke

Orix Publish time 26-8-2021 10:09 PM

Eh bukan ke syarat nk amek onggaji bg org muslim onggaji nya juga wajib org muslim xleh non moslem ???

Konahhh Publish time 27-8-2021 12:18 AM

Tak sangka jadi drama siri tapi papepun moga murah rezeki tuan rumah si maria ni

white_musk Publish time 28-8-2021 03:55 PM

Orix replied at 26-8-2021 10:09 PM
Eh bukan ke syarat nk amek onggaji bg org muslim onggaji nya juga wajib org muslim xleh non moslem ? ...
Itu syarat nak ambil orang gaji atau nak buat laki/bini?

MoneyMatters Publish time 28-8-2021 04:26 PM

hanihan16 replied at 26-8-2021 05:55 PM
i pulak yg tompang sedih tapi kdg2 cringe dgn inggerishnyatapi sedih laaa pulak, macam drama. ...

Ya English nya buat i rasa rengsa sgt... Hmmm his her semua ikut sukati je

Orix Publish time 28-8-2021 07:13 PM

white_musk replied at 28-8-2021 03:55 PM
Itu syarat nak ambil orang gaji atau nak buat laki/bini?

Onggaji. Serious iols pernah enquire benda ni dlu. 2 tahun lepas

white_musk Publish time 28-8-2021 07:16 PM

Orix replied at 28-8-2021 07:13 PM
Onggaji. Serious iols pernah enquire benda ni dlu. 2 tahun lepas

Boleh dik... confirm


LadyCarefree Publish time 28-8-2021 08:42 PM

Kenapa tayang cash manjang kalau camni? Ponder ke majikan dia?
Pages: [1]
View full version: Maid Dan Majikan Malaysia Tular Ke Filipina, Siap Ubah Suai Rumah!


ADVERTISEMENT