R2D2 Publish time 26-8-2021 01:12 PM

Nak jadi default search engine dalam browser Safari produk2 Apple, penganalisa r

#Apple
Penganalisa Meramalkan Google Membayar Apple $15 Bilion Untuk Kekal Sebagai Enjin Carian Safari
Diterbitkan pada 26 Ogs 2021. oleh Effi Saharudin.

Google dan Apple adalah dua gergasi yang bersaing antara satu sama lain. Sungguhpun begitu bukan rahsia Google membayar Apple berbilion Dollar setiap tahun gai mengekalkan Search sebagai enjin carian lalai di Safari. Kini menurut penganalisa di firma Bernstein, Google diramalkan membayar sehingga $15 bilion untuk kekal sebagai enjin carian Safari sepanjang 2021.

Ini adalah peningkatan dari $10 bilion yang dibayar pada tahun 2020. Bayaran yang tinggi sanggup dilakukan oleh Google bagi mengelakkan Microsoft menggantikan mereka dengan enjin carian Bing. Pada waktu yang sama firma turut meramalkan bayaran untuk tahun 2022 boleh meningkat ke $20 bilion mengikut trend semasa.

Sumber Ped30 menerusi 9to5Mac
Pages: [1]
View full version: Nak jadi default search engine dalam browser Safari produk2 Apple, penganalisa r


ADVERTISEMENT