Raline Publish time 26-8-2021 11:40 AM

THE VENOM'S TALE

Edited by eddlisa_uyuk at 20-10-2021 09:11 AM

Dendam Ratu Ular Demi Cinta Sejati, TV9 Bakal Tayang Drama ‘The Venom’s Tale’ Mulai Malam Ini!

https://media.ohbulan.com/2021/08/Screen-Shot-2021-08-24-at-5.03.36-PM.png
Buat penggemar drama fantasi, TV9 akan menyiarkan drama The Venom’s Tale yang mengisahkan tentang seorang Ratu Venom (Anyawadee) yang menggunakan ilmu hitam untuk memikat putera idamannya iaitu Putera Indakesa (Chaiyawong).


Hanya permata naga dapat hilangkan sumpahan

https://media.ohbulan.com/2021/08/Screen-Shot-2021-08-24-at-6.17.17-PM.png
Pada zaman kuno, Ratu Venom (Anyawadee) telah jatuh cinta terhadap Chaiyawong iaitu Putera Indakesa. Ratu Venom telah menggunakan ilmu hitam bagi mendapatkan putera idamannya itu. Menyedari mengenai perbuatan buruk tersebut, tunang Chaiyawong iaitu Puteri Kamyhadfah bersama dengan Raja dan Ratu Indakesa berusaha menghalang setiap racun yang diberikan oleh Ratu Venom terhadap Chaiyawong.

Pada masa yang sama, Puteri Kamyhadfah telah memerintahkan Maneewan (seorang penari yang cantik) datang mengadakan upacara ritual bagi menghancurkan mantra Venom. Maneewan turut menyatakan hasrat bahawa dia mahukan Chaiyawong sebagai ganjaran sekiranya dapat menghancurkan mantra tersebut. Di samping itu, ramai nyawa telah terkorban semasa upacara ritual tersebut diadakan. Maneewan turut berjaya menekan jiwa Ratu Venom di dalam patung suci Permata Naga selama 500 tahun. Sejak itu juga, Chaiyawong menukar identiti menjadi Sarat. Penukaran identiti tersebut secara tidak langsung menghilangkan rasa cinta dan benci yang pernah berlaku di dalam hidupnya sebelum ini.

Sebaliknya pula, Ratu Venom masih tidak dapat meninggalkan niat jahatnya dan berusaha untuk mendapatkan kembali putera idamannya itu. Ratu Venom mula membalas dendam kepada semua orang yang mengambil bahagian dalam memisahkan hubungannya dengan Chaiyawong. Putri Khamyhadfah dan Maneewan juga telah mengubah identiti mereka menjadi Saricha dan Yaimai. Ratu Venom turut menggunakan Maneewan (Yaimai) sebagai ular di bawah kekuasaannya. Hanya permata naga yang dapat menghilangkan sumpahan tersebut dan perkara tersebut perlu dilakukan segera sebelum Maneewan (Yaimai) mencapai usia 25 tahun.

Bakal bersiaran selama 28 episod

https://media.ohbulan.com/2021/08/Screen-Shot-2021-08-24-at-4.50.49-PM.png
Drama arahan Lakkhet Wasikachart ini dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat seperti Vill Wannarot Sonthichai, Bright Norapat Wilaipan, Plengkawan Nattaya Thongsaen, Typhoon Kanokchat Munyad on, Namtan Chalita Suansane dan Tao Phusilp Wanronrak. Drama yang bakal bersiaran setiap hari isnin hingga khamis ini bakal disiarkan pada pukul 7.30 mulai malam ini.

Sumber:https://ohbulan.com/dendam-ratu-ular-demi-cinta-sejati-tv9-bakal-tayang-drama-the-venoms-tale-mulai-malam-ini

krustykrab Publish time 26-8-2021 12:14 PM

Wah mcm menarik je...start smlm ek...

yayarin Publish time 1-9-2021 02:51 PM

7.30pm ke? Drama mcm menarik

eddlisa_uyuk Publish time 19-9-2021 12:32 AM

saya pindah ke bod asian yaa sbb ini citer thai

sila pergi sana yaa

https://forum.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=323
Pages: [1]
View full version: THE VENOM'S TALE


ADVERTISEMENT