bubuk_bearbear Publish time 25-8-2021 06:26 PM

Kampung Di Brazil Ini Hanya Didiami Wanita, Penduduk Jemput Lelaki Yang Nak Cari

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202108/25/182500zh865r8f85q8uf5b.png


Dalam dunia ini ada pelbagai perkara unik dan mungkin kita sendiri pun belum pernah tahu contohnya tentang kewujudan sebuah perkampungan yang majoriti didiami oleh kaum wanita.

Pelik juga bunyinya kan dan mesti ramai tertanya-tanya kenapa hanya wanita tinggal disitu? Mana pergi abang-abang dan pak cik pak cik semua?

Memetik TheVocket., di satu perkampungan kecil di Brazil, penduduknya didiami hanya dengan kaum wanita dan kampung tersebut dianggarkan miliki 600 orang populasi dimana majoritinya wanita,


https://twitter.com/noivadocordeir0/status/1384128736862228480
Terletak di Noiva Do Cordeiro, boleh dikatakan sebahagian wanita sudah berkahwin di sana dan juga masih ada yang belum berkahwin. Menurut adat resam mereka, lelaki hanya akan berada di kampung pada hujung minggu dan anak lelaki yang sudah berusia 18 tahun akan meninggalkan kampung untuk mencari rezeki.

Lantaran itu, masih ramai wanita di sana masih bujang kerana sukar untuk mereka bertemu jodoh disebabkan sudah terikat dengan adat tidak keluar kampung. Malah, para wanita di Noiva Do Codeiro mengalu-alukan jika ada lelaki yang mahu mencari jodoh datang ke kampung mereka.

https://twitter.com/noivadocordeir0/status/1406590119856021506

Akan tetapi, lelaki tersebut haruslah mematuhi syarat ditetapkan iaitu tinggal dengan mereka kerana ramai yang tidak mahu meninggalkan kampung tersebut sekaligus taat dengan adat resam di kampung tersebut. Untuk makluman, jika lelaki duduk lama di kampung tersebut, mereka akan dianggap pemalas dan tidak beradab.

Rosalee Fernandes, salah seorang penduduk di sana menyatakan bahawa kampung mereka sangat aman dan damai terutama sekali apabila wanita menjadi ketua. Tiada konflik berlaku kerana mereka lebih memilih mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu yang berbangkit.


https://twitter.com/noivadocordeir0/status/1419983251813371904
Malah, kebanyakan wanita di kampung itu bekerja dalam sektor pertanian. Sedikit sejarah, kampung tersebut diterokai oleh Maria Senhorina De Lima pada 1891 selepas dia dihalau daripada kampung asalnya kerana kantoi melakukan hubungan sebelum kahwin serta bercinta dengan lelaki bukan pilihan keluarganya.


https://twitter.com/noivadocordeir0/status/1389172121352298500
Lalu, dia membuka perkampungan di situ dan diikuti wanita lain yang dibuang keluarga kerana tidak mahu berkahwin dengan pilihan keluarga serta beberapa kesalahan lain. Pada tahun 1940, seorang pastor telah berkahwin dengan salah seorang anak dara di situ dan membina gereja.

Kehidupan komuniti di situ mulai berubah dan hidup dengan panduan agama dan juga dilarang untuk minum arak serta bergaul bebas dengan lelaki. Selepas kematian pastor tersebut, para wanita ini telah mentadbir sendiri kampung tersebut dan mengubah beberapa peraturan yang berkaitan dengan pasangan lelaki dimana lebih bersifat terbuka.



_aEZ9SiRoKw
Jadi ada ke abang-abang yang berminat nak beristerikan orang Brazil atau nak tambah cawangan? - CARI

pistolairAbah Publish time 25-8-2021 06:40 PM

kalau saiz tipikal asia janganlah laut hendak diduga :lol:

kakigojes Publish time 25-8-2021 06:44 PM

Eh dia tulis ‘bom dia’ - terngiang-ngiang ‘bom dia to Nando’s’… rindu nak dine in Nando’s.. btw bom dia bermaksud selamat datang dalam Bahasa portuguese

nakkomenjugak Publish time 25-8-2021 06:44 PM

wow boleh laa iol membuka aurat di sana

Meiizu Publish time 25-8-2021 06:48 PM

Oooo bagus gak takyah layan laki hari2..acik is tired hahahah

harkktuih Publish time 25-8-2021 07:03 PM

Seswai utk lobai tambah cawangan.. Sminggu balik sekali jer

gigahertz Publish time 25-8-2021 07:39 PM

i ok je. i boleh duduk sana :
u bagi i core i7 + 16gb ram
dengan internet dengan lektrik

kalau i kena rogol pun i ok
janji laptop i powerful.

ninja boy Publish time 25-8-2021 07:52 PM

Kalau dicampak ayam jantan sekor dalam kandang pasti semua ayam betina akan bertelur sekandang
Wakakaka

edayildiz Publish time 25-8-2021 08:42 PM

best jgk nampak kg dorg ni..nyaman:loveliness:

Fortiori02 Publish time 25-8-2021 08:52 PM

Yg minat kehidupan desa, bercucuk tanam, bela ayam itik sesuai la dok sini. Tenang & cantik je nampak kampung nya.

jajahoney Publish time 25-8-2021 10:41 PM

Untung laki la balik weekend je selebihnya menggatal

Jitu Publish time 25-8-2021 10:49 PM

sori lah sy tak berminat :$

RatuDunia94 Publish time 25-8-2021 11:04 PM

jajahoney replied at 25-8-2021 10:41 PM
Untung laki la balik weekend je selebihnya menggatal

In other words. Lelaki kat situ layaknya sebagai pemuas nafsu je..

MsPercy Publish time 26-8-2021 02:41 AM

Lawa nye tmpt die..

adelea Publish time 26-8-2021 02:44 AM

Meiizu: Oooo bagus gak takyah layan laki hari2..acik is tired hahahah


{:childlike Hari2 ... Macam scary je bunyikkk

sikatkutu Publish time 26-8-2021 02:46 AM

pistolairAbah replied at 25-8-2021 06:40 PM
kalau saiz tipikal asia janganlah laut hendak diduga


saiz apa tu.mohon pencerahan :$

husna_amal Publish time 26-8-2021 10:20 AM

real amazon ni.

Artemesiaa Publish time 26-8-2021 11:27 AM

Macam geng wonder woman

spicygirl3 Publish time 26-8-2021 02:34 PM

Weekend husband gitu. Weekday? Single?

tupaiterbang Publish time 27-8-2021 04:12 PM


Tunggu abang datang ye sayang2 semua

:lol:
Pages: [1] 2
View full version: Kampung Di Brazil Ini Hanya Didiami Wanita, Penduduk Jemput Lelaki Yang Nak Cari


ADVERTISEMENT