R2D2 Publish time 25-8-2021 12:44 AM

Pelanggan bagi wang tip AS$1,000 setiap seorang kepada 10 pekerja restoran

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/08/66669E7E-F243-486F-8888-5D1DB666FDB0.jpeg

Pelanggan ‘belanja’ pekerja restoran wang tip RM42,165
    Oleh KOSMO!
    24 Ogos 2021, 6:30 pm

TALLAHASSEE, Florida – 10 pekerja sebuah restoran di Florida, Amerika Syarikat (AS) mendapat durian runtuh apabila diberi duit tip sebanyak AS$10,000 (RM42,165) oleh seorang pelanggan mereka, ,lapor laman United Press International (UPI) semalam.

Perkara itu dimuat naik menerusi akaun Instagram Restoran Wahoo Seafood Grill yang menunjukkan sehelai resit memaparkanjumlah tip diberikan seorang pelanggan kepada10 kakitangan yang datang bekerja pada hari tersebut.

“Seorang pelanggan membuat keputusan untuk memberikan 10 pekerja di restoran ini wang tip sebanyak AS$1,000 setiap seorang sebagai tanda penghargaan keberanian kami datang bekerja di musim pandemik.

“Saya bukan seorang yang mudah terharu tetapi ini adalah satu perbuatan yang sangat mengagumkan,” tulis pemilik restoran, Shawn Shepherd.

Tambah Shepherd, kehadiran pelanggan seperti itu menjadikan semangatnya untuk mempertahankan perniagaan di musim pandemik semakin tinggi dan yakin. – Agensi

nakkomenjugak Publish time 25-8-2021 02:05 AM

wahhhhh kalau kat sini ada sistem tips
bape agaknya pekerja dapat

hasniey Publish time 25-8-2021 11:36 PM

nakkomenjugak replied at 25-8-2021 02:05 AM
wahhhhh kalau kat sini ada sistem tips
bape agaknya pekerja dapat

Kalau guna sistem tips abes kebulur la pekerja
Kt sana gaji diorg 2-3dollar je sejam.kalau xde tips sebulan dpt bpe ratus je..majikan kedekut.pejabat buruh kt sana xamik tindakan
Pastu customer pulak trpaksa bg tips 10%-15%
Pages: [1]
View full version: Pelanggan bagi wang tip AS$1,000 setiap seorang kepada 10 pekerja restoran


ADVERTISEMENT