Syd Publish time 24-8-2021 08:18 PM

Yang tular siput sedut, yang dibawa balik remis

Yang tular siput sedut, yang dibawa balik remis

Nuraliawati Sabri
am@hmetro.com.my

Melaka: Suasana pantai Klebang di sini, yang sebelum ini sunyi bertukar gamat hari ini, apabila diserbu orang ramai ekoran kemunculan siput sedut dan remis.

Tinjauan Harian Metro mendapati, sepanjang pantai itu dipenuhi orang ramai yang datang bersama keluarga untuk mencari siput sedut dan remis.

Penduduk, Jamilah Amat, 53, berkata, dia pada awalnya datang ke pantai Klebang untuk mencari siput sedut selepas kehadirannya tular di media sosial.

Katanya, bagaimanapun, sebaik tiba, dia mendapati siput sedut itu bersaiz kecil sebelum menemui remis di pesisir pantai.

"Saya tiba ke pantai ini jam 3.30 petang bersama anak. Kami mengorek remis dalam pasir sebelum menemuinya dalam kuantiti besar.

"Tidak lama kemudian, lebih ramai tiba untuk mencari remis serta siput sedut," katanya ditemui.

Jamilah yang tinggal di Kampung Pinang berkata, kawasan pantai itu yang ditutup sebelum ini menyebabkan remis membiak dengan banyak.

"Rezeki hari ini, tiada siput sedut, dapatlah remis untuk dijadikan hidangan serta dibahagi-bahagikan dengan jiran," katanya.

Disiarkan pada: Ogos 24, 2021 @ 7:52pm

miznora Publish time 24-8-2021 08:27 PM

Sedapnya siput sedut. Tapi nak sediakan sebelum masak tu yang leceh. Kena buang hujungnya satu-satu

Cece1234 Publish time 24-8-2021 09:13 PM

Siput sedut msk lemak..sedapnya..

edayildiz Publish time 24-8-2021 09:30 PM

tak pernah mkn lg..sedap sgt ke

ketupatnasi Publish time 24-8-2021 09:39 PM

Lamanya tak makan remis. Cenonet tu yg rajin nk belek kopek tu.

nakkomenjugak Publish time 24-8-2021 10:14 PM

wowww bestnyaa

Syd Publish time 25-8-2021 08:04 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm163remis_1629809051.jpg

NekNgah Publish time 25-8-2021 04:14 PM

Siput sedut masak lemak atau rebus asam dengan sulur keladi.Nyummmmm....

crossline Publish time 25-8-2021 04:32 PM

Lebih suka remis tumis...sedapnyaaaa. Siput sedut dah tak minat..
Esok nak try kepantai lah.

tompie Publish time 25-8-2021 04:50 PM

siput sedut masak lemak dengan batang keladi my fevret.
Kalau beli mentah aku tak kesah pun kalau kena potong bontot dia.. yum yum

mijot Publish time 28-8-2021 11:11 AM

bestnya siput sedut...
nak masak sendiri renyah nak potong ekornya, nak beli mahal..
Pages: [1]
View full version: Yang tular siput sedut, yang dibawa balik remis


ADVERTISEMENT