CARI-MAL Publish time 24-8-2021 12:52 PM

Isteri Orang Mengamuk Sampai Nak Buat Laporan Polis Sebab 'Nurqueen Sayang'

Uniknya nama! Tapi ramai tak percaya sehingga mahu dia menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.


Begitulah yang dihadapi gadis ini gara-gara namanya yang panjang dan apabila dipendekkan, ia membawa maksud 'permaisuri sayang'.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202108/24/125133r1r09a3nonarjjiq.jpgKredit Foto: IG Sayang




"Bila nama Queen Sayang... pensyarah tak nak panggil nama," tulisnya menerusi video yang dikongsinya di aplikasi TikTok sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.


Gadis berkenaan, Nurqueen Sayang Dinie Wirakarnain berkata, selain kad pengenalan, dia juga pernah menunjukkan bukti lain seperti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


"Antara yang sukar atau tak nak sebut nama saya adalah seorang pensyarah lelaki. Dia kata kalau panggil saya Queen, nanti kawan-kawan jealous.


"Kalau panggil sayang, nanti bini dia marah. Beberapa kali juga dia suruh kawan yang duduk di sebelah saya dalam kelas untuk panggilkan nama saya.


"Keluarga dan saudara-mara panggil saya Sayang sebab adik-beradik saya semua perempuan juga bernama Queen," katanya kepada mStar.




https://www.instagram.com/p/CSwC96oHBMf


Nurqueen yang berusia 22 bertahun berkata, lima lagi beradiknya bernama Nurqueen Shazza Dinie, 25, Nurqueen Sarra Dinie, 24, Nurqueen Nabisya Dinie, 20, Nurqueen Via' Ariqa Dinie, 17, dan Nurqueen U’myra Dinie, 15.


"Biasanya kawan-kawan panggil saya Queen. Kalau ada yang panggil saya Sayang, okay je. Dah memang itu nama saya," ujar anak ketiga daripada enam beradik itu.


Sementara itu, ibu Nurqueen, Haznaidah Mat Zain berkata, nama Queen diberikan buat kesemua anak perempuannya sempena anak sulung yang dilahirkan di Pusat Perubatan Queen di Nottingham, United Kingdom sewaktu arwah suaminya menyambung pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di negara itu.




https://www.instagram.com/p/CRQQ7ltA-GL


"Banyak sangat pilihan nama untuk dia. Nama Nurqeen di awal dan Dinie di akhir nama tu kami kekalkan untuk semua anak.


"Lebih kurang 20 nama dicadangkan. Bila saya cadang nama, suami tak berkenan. Bila suami cadang, saya pula tak berminat... nama dah cantik, tapi ada saja yang tak menjadi.


"Sampai satu tahap, nenek Nurqueen kata 'kalau susah-susah sangat, letak nama Sayang. Biar semua orang sayang dia.' Jadi, kami pun letaklah nama Nurqueen Sayang Dinie," ujar ibu tunggal itu yang menetap di Bukit Katil, Melaka.


Di sebalik nama anak ketiganya, dia yang lebih dikenali sebagai Aida berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika pulang menaiki bas bersama anak bongsu dari kampung di Kuala Terengganu, Terengganu ke Melaka.


"Kami sekeluarga memang panggil dia Sayang. Jadi, masa nak sampai ke Melaka pukul 5 pagi tu, saya call dia untuk minta ambil saya dan adiknya di stesen bas.


"Tapi saya tersilap call nombor lain. Saya ingatkan anak, saya pun cakap 'Sayang, mama dah nak sampai. Ambil mama ye'. Rupa-rupanya saya bercakap dengan bini orang.


"Perempuan tu punyalah marah sebab ingat saya bercakap dengan suami dia pagi-pagi buta. Perempuan tu mengamuk sampai nak buat laporan polis.


"Tapi memang nama anak saya Sayang pun... cuma saya tersilap call. Saya siap tunjukkan salinan IC anak pada bahagian nama dia untuk tunjuk bukti," katanya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202108/24/125133w3lbz4a25241mz1f.jpg



Pengusaha kafe itu berkata, nama 'sayang' begitu serasi dengan anaknya yang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jasin.


"Perwatakan dia manja, sensitif dan mudah menangis. Tegur sikit je cepat menangis. Kadang-kadang lebih manja daripada adik-adiknya. Kami kena sayang dia lebih," ujar Aida.




Sumber: mStar

krustykrab Publish time 24-8-2021 01:11 PM

Yg ni pun blh masuk forum ye :lol:
Tak membina minda lgsg

LadyCarefree Publish time 24-8-2021 01:11 PM

Edited by LadyCarefree at 24-8-2021 12:13 PM

Gediknya cikgu. Panggil je la Nur. Atau NurQ.

shernazz Publish time 24-8-2021 01:14 PM

Okay
Kalau kita mcmana la agaknya kalau amek nama tempat lahir kN...

prettyuglybabe Publish time 24-8-2021 01:17 PM

dah kenapa pasal nama pun nak jadi berita sekarang ni?
dah tak ada issue penting ke kat malaysia ni..
yang dok pelik nama-nama orang kenapa..

exclusive_vvip Publish time 24-8-2021 01:30 PM

setakat Sayang je pun…yg lecturer pun, mcm la ko takleh panggil Dinie… member iols dulu, nama Nor Asmara lagi… rasanya selamba je cikgu panggil nama dia tu…

kaedahnya Publish time 24-8-2021 01:42 PM

takda orang panggil dia yassqueen ke

lilac85 Publish time 24-8-2021 01:44 PM

Cantik budaknya

miznora Publish time 24-8-2021 02:11 PM

Panggil nama sayang je apa masalahnya lec ko ni

misc Publish time 24-8-2021 02:12 PM

Laaa sempena nama sepital ke. Kat mesia boleh la letak nama anak lelaki Muhamad Prince Court ataupun Nurkpj. Kalau lahir situ lah.

Olumis Publish time 24-8-2021 02:23 PM

Lebih2 pula pensyarah dia tu... nyampah

Cece1234 Publish time 24-8-2021 02:49 PM

Tajuk benang cm bongok je..

Cece1234 Publish time 24-8-2021 02:50 PM

shernazz replied at 24-8-2021 01:14 PM
Okay
Kalau kita mcmana la agaknya kalau amek nama tempat lahir kN...

Hahaha..kalo lahir kat hospital lumut xkan kena letak nurlumut plak..

266799eMkaY Publish time 24-8-2021 02:54 PM

Panggil je laa Nur. Apa bendalaaa lect ko pun ;P

auntyonion Publish time 24-8-2021 02:58 PM

Taktau kenapa geli baca cerita ni {:dot seriuslahhh {:cryrun

SedihPedih Publish time 24-8-2021 02:58 PM

panggil queen apa salahnya?

sue_liah Publish time 24-8-2021 03:00 PM

amboi pjg nya nama anak2...mcm citer novel melayu yg suka berangan nama2 pjg mcm ni

Meiizu Publish time 24-8-2021 03:35 PM

Ada pilihan kan bole panggil nur atau dini.
Ini dah masuk dlm nama meyusahkan diri & org lain

doubleharmonic Publish time 24-8-2021 04:18 PM

"Antara yang sukar atau tak nak sebut nama saya adalah seorang pensyarah lelaki. Dia kata kalau panggil saya Queen, nanti kawan-kawan jealous.

"Kalau panggil sayang, nanti bini dia marah. Beberapa kali juga dia suruh kawan yang duduk di sebelah saya dalam kelas untuk panggilkan nama saya.

motip sampai nak kena suruh kawan dia panggilkan nama? ko panggil je lah nama dia dinie dah settle?

JibboTheCat Publish time 24-8-2021 04:28 PM

Nama arwah nenek saya dulu pun Sayang jugak. hehe
Pages: [1] 2
View full version: Isteri Orang Mengamuk Sampai Nak Buat Laporan Polis Sebab 'Nurqueen Sayang'


ADVERTISEMENT