Syd Publish time 24-8-2021 08:49 AM

Pak cik jual kucing tepi jalan RM800 kena kecam

Pak cik jual kucing tepi jalan RM800 kena kecam

Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF
23 Ogos 2021, 11:25 pm

PETALING JAYA –Seorang lelaki yang juga merupakan peniaga makanan mendapat kecaman ramai apabila didakwa menjual kucingnya dalam keadaan haiwan itu seperti diabaikan pada harga RM800 di tepi jalan Bandar Permaisuri, Cheras baru-baru ini.

Beberapa ahli kumpulan Facebook Kucing Hilang Jumpa Malaysia antara yang terawal membangkitkan isu tersebut dan menggesa orang ramai supaya tidak membeli kucing berkenaan.

“Kucing ini jangan beli. Kalau boleh buat laporan dan selamatkan ia. Sebab ramai kata orang itu banyak kali ulang kucing lain-lain,” komen Maman Razo.

“Kalau kita beli ibarat kita galakkan perdagangan kucing oleh pakcik ini. Kucing pak cik ini nampak terseksa,” kata Myojinie Freedie.

“Kita rasa kasihan dan terus rasa hendak beli tetapi bila periksa ini bukan pertama kali dia jual begitu. Sudah bertahun. Jadi kepada sesiapa yang murah hati mahu beli pada harga diminta saya minta fikir masak-masak,” ujar Nur Izasyafira.

“Saya ada WhatsApp pak cik itu siang tadi dia mahu jual seekor sahaja pada harga RM800. Sebentar tadi pak cik itu hantar mesej beritahu sudah ada orang beli kucing tu,” kata Ash Yusof.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam respons berhubung perkara itu berkata, perbuatan menjual kucing tanpa menitikberatkan kebajikan haiwan berkenaan merupakan satu kesalahan.

“Aktiviti jualan tidak dibenarkan jika keadaan kucing itu menunjukkan ia tidak sihat, tidak ‘fit’ untuk jualan seperti, tidak bersih, berpenyakit kulit dan kotor.

“Tidak dibenarkan juga menjual kucing dalam keadaan terdedah bahaya cuaca panas dan hujan atau terdedah serta terbuka sehingga boleh berlaku kemalangan,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Themilo Publish time 24-8-2021 10:37 AM

report kat DVS la..

Supersirap Publish time 24-8-2021 11:00 AM

Mahal benar harga kucing tu, tiba-tiba teringat kepada seorang tauke kedai kucing yang popular di UDA johor suatu masa dahulu, apa sekarang beliau buat?

Artemesiaa Publish time 24-8-2021 11:52 AM

Ni kucing dia sendiri ke kucing jumpa tepi jalan yang dibuang orang ke kucing curi nampak sangat tak berjaga

nakkomenjugak Publish time 24-8-2021 07:14 PM

hamboiii 800??
boleh cakap ke kucing tu?
baka baik la kot eh

matchstick Publish time 25-8-2021 01:16 AM

Senang buat duit..letak pakcik tu plak dlm sangkar tgk Ada org beli tak:curse:;P

Zirara99 Publish time 25-8-2021 02:57 PM

Selayaknya dicemuh.
Pages: [1]
View full version: Pak cik jual kucing tepi jalan RM800 kena kecam


ADVERTISEMENT