Syd Publish time 24-8-2021 08:38 AM

Lelaki tular pukul pekerja kedai serbaneka didenda

Lelaki tular pukul pekerja kedai serbaneka didenda

SELAYANG – Seorang lelaki yang tular menendang pekerja sebuah kedai serbaneka dua minggu lalu didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan.

Majistret Nik Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Ehsaan Roslan,23, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara selama empat bulan dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Ehsaan yang bekerja sebagai penghantar makanan itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera kepada Muhammad Amirul Saliman, 21, di hadapan sebuah kedai serbaneka, Taman Perwira, Gombak di sini pukul 1.30 petang pada 6 Ogos lalu.

Justeru, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan baru mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian semasa mangsa berehat di hadapan tempat kerjanya iaitu di hadapan kedai serbaneka tersebut, telah ternampak seorang perempuan berdiri di tengah panas. Mangsa kemudian telah memanggil perempuan itu untuk berteduh di tempat yang redup.

Bagaimanapun secara tiba-tiba, tertuduh telah datang ke arah mangsa lalu memarahinya kerana dikatakan menganggu wanita itu yang juga teman wanita tertuduh (kini isterinya). Tertuduh kemudian telah bertindak menyepak kepala mangsa sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala. – K! ONLINE

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
23 Ogos 2021, 5:06 pm
Video media sosial

krustykrab Publish time 24-8-2021 09:03 AM

Lawa sgt ke kekasih/isteri suspek tu

akuchenta Publish time 24-8-2021 09:21 AM

Jangan nanti bini tu jadi mangsa sepak terajang..

Awal2 dh red flag!

nakkomenjugak Publish time 24-8-2021 07:15 PM

bau ikan betul mamat ni
cepat naik tangan

little_sis Publish time 25-8-2021 12:29 AM

Aku curious gak.. lawa ke wanita tersebut :o

Carcosa Publish time 25-8-2021 02:54 AM

Awek dia (time tu), ngadu ke apa, ada mamat usha2 dia dgn panggil2 :I
Hot sgt ke dia? Padahal tgh berdiri tmpt yg hot adalah :lol:
Haruslah mamat ni acah2 hero Hindustan. Time bercinta kennn? Semua nak terbela. Kang dah lama kawin, bini tu lambat goreng ikan, kepala bini dia tu dia sepak pulak

Burong_Hantuk Publish time 25-8-2021 03:17 AM

Main kasar...2 lawan 1

Catpaw Publish time 25-8-2021 03:36 AM

Membuta tuli ja, free2 ja bayar

Meiizu Publish time 25-8-2021 03:58 AM

Yg gf pun bodo tak reti nak habaq kat bf kaaaa...elok plak berjodoh sesama bodo

lasagnaklcc Publish time 25-8-2021 06:59 AM

Yg awek tu berdiri tgh panas tu buat hape? Nak kata vitamin D dah tgh panas rembang. I suspect tgh merajuk.

Syd Publish time 25-8-2021 07:00 AM

Meiizu replied at 25-8-2021 03:58 AM
Yg gf pun bodo tak reti nak habaq kat bf kaaaa...elok plak berjodoh sesama bodo

Dialah yang mengadu domba tuuu

Adrif Publish time 25-8-2021 07:36 AM

staff tu salah, perempuan tu pun salah

laki tu just nak protect bini dia ja

sekian

imanjannah Publish time 25-8-2021 07:38 AM

lain kali nmpk org dok tgh panas, biarkan je, pilihan dia nk berdiri situ, pilihan dia nk kahwin ngan mamat kuat cemburu tu.. huhu..

None68 Publish time 25-8-2021 07:44 AM

akuchenta replied at 24-8-2021 09:21 AM
Jangan nanti bini tu jadi mangsa sepak terajang..

Awal2 dh red flag!

Terfikir yang sama, harap isterinya buat persiapan.

alieyrina Publish time 25-8-2021 08:23 AM

Biaqla pompuan tu nak tebakar tgh panas. Ka dia tgh menggeletis tgh panas :laugh3:

otai_g Publish time 25-8-2021 09:05 AM

Yg pekerja kdi serbaneka plk terlebih ramah. Ko ingt ni zaman p ramlee ke dik?

Btw aku rs pekerja serbaneka tu mcm ada niat nak mengorat.
Pages: [1]
View full version: Lelaki tular pukul pekerja kedai serbaneka didenda


ADVERTISEMENT