Syd Publish time 24-8-2021 08:19 AM

GARAPAN - Tular, Popular di Media Sosial (24/08/2021)


*MEDIA SOSIAL,TULAR,POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+

               ♂ *Sungai Siput: Sekumpulan pekerja kilang memakai gelang merah jambu bukan berkeliaran di tempat awam sebaliknya sedang dalam perjalanan pulang ke asrama selepas menjalani saringan ujian Covid-19*
             *Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahbudin berkata, hasil siasatan mendapati mereka bukan berkeliaran sebaliknya singgah di kedai berdekatan bagi membeli barang keperluan untuk kegunaan sepanjang tempoh kuarantin.*
               *Menurutnya, pada jam kira-kira 8.30 malam, Khamis lalu, beberapa gambar tular di laman media sosial menunjukkan pekerja kilang memakai gelang pink berkeliaran di tempat awam.*

                  *Kuala Lumpur: Kreatif dan sabar. Itulah ungkapan sesuai bagi usaha lelaki ini apabila berjaya menyiapkan sebuah potret bersaiz besar menggunakan 391 bongkah kiub rubik.*
         *Zabli Ab Hadi, 34, dari Rompin, Pahang, berkata dia mendapat ilham menggunakan kiub rubik bagi memperingati pemergian penyanyi terkenal tanah air, Allahyarham Siti Sarah Raisudin yang meninggal akibat Covid-19, baru-baru ini.*
            *Sementara itu, Zabli berkata, dia tidak menyangka perkongsian video dalam menghasilkan potret Allahyarham Siti Sarah dan suami tular di aplikasi TikTok.*
            *Sejurus selepas itu, katanya, dia menerima pelbagai permintaan orang ramai bagi menghasilkan potret menggunakan kiub rubik.*

                  *Jakarta: Demi video TikTok, seorang pendaki di Jawa Tengah, Indonesia sanggup berpura-pura sakit ketika mendaki gunung.*
            *Iqbal Fauzi Pratama menipu petugas gunung kononnya kakinya sakit ketika mendaki Gunung Sindoro.*
            *Dia dibantu dengan menaiki kenderaan khas namun tiba di base camp lelaki itu kelihatan sihat dan berjalan seperti biasa.*
             *Ketua Base Camp Ndoro Arum Jalur Pendakian Gunung Sindoro, Dwi Andika mengesahkan Iqbal dilarang mendaki gunung terbabit selama lima tahun kerana perbuatannya itu.*

               *Sydney: Tuah buat seorang remaja apabila ditawarkan AS$20,000 (RM86,617.30) untuk kerepek nacho jarang jumpa yang ditemuinya.*
         *Rylee Stuart, 13, berkata, dia menemui kerepek rangup itu dalam keadaan saiz lebih besar berbanding biasa sebelum memuat naik gambar di TikTok sebelum ia tular.*
            *Katanya, dia mencuba nasib mengiklankan kerepek rangup berkenaan di eBay dengan harga bida permulaan AS$0.99 (RM4.20) sebelum meningkat kepada AS$5,000 (RM21,190) dalam masa dua jam.*
             *Syarikat pengeluar kerepek berkenaan, Doritos akhirnya menawarkan harga lelongan terakhir, AS$20,000 (RM84,760).*

                *Brussels: Gadis berusia 19 tahun di Belgium bakal mencipta rekod dunia menjadi juruterbang wanita termuda mengelilingi dunia.*
         *Remaja itu, Zara Rutherford berlepas dari Kortrijk pada Rabu lalu dalam cubaannya melakukan penerbangan solo sejauh 32,000 batu.*
            *Katanya, dia menggunakan pesawat paling ringan di dunia, Shark Aero merentasi 52 negara dalam tempoh 12 minggu.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*#piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
*#since2011*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasi10*
Pages: [1]
View full version: GARAPAN - Tular, Popular di Media Sosial (24/08/2021)


ADVERTISEMENT