xpdckelate Publish time 24-8-2021 07:40 AM

Obses berjimat : Tidak membeli pakaian dalam sejak 23 tahun lalu

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/23HMdobi1_1629757807.jpg
Kate tidur beralaskan tikar yoga. FOTO Agensi

New York: Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) mempunyai tabiat yang terlalu suka berjimat dan seboleh-bolehnya enggan mengusik langsung wang simpanannya.

Mirror UK melaporkan Kate Hashimoto terlampau obses berjimat hingga tidak membeli pakaian dalam sejak 23 tahun lalu.

Kate mampu tinggal di New York, antara bandar termahal di dunia, dengan memperuntukkan AS$200 (kira-kira RM846) sebulan untuk kos perbelanjaan.

Kate yang bekerja sebagai akauntan berkongsi kisahnya itu dalam rancangan TLC Extreme Cheapskates.

"Saya tinggal di New York selama tiga tahun dan walaupun ia antara bandar termahal untuk didiami tetapi saya ada cara untuk mengatasinya.

"Saya akan elakkan mengeluarkan wang serta cuba membelanjakan wang seminimum mungkin," katanya.

Antara tabiat Kate adalah membasuh tangan di tandas awam dan menggunakan tuala kecil untuk mengeringkan tangannya.

Tuala itu akan digunakan semula.

Dia juga tidak pernah membayar wang untuk perabot, tetapi hanya mengutipnya di jalanan.

Kate tidur beralaskan tikar yoga lama yang dijadikan tilam dan menggunakan majalah sebagai meja makan.

Wanita itu juga tidak memasak kerana enggan membazirkan wang untuk bil elektrik dan gas.

Sebaliknya, dia menggunakan mesin cuci pinggan mangkuk serta ketuhar sebagai tempat simpanan barang di pangsapurinya.

Kate juga enggan makan di restoran bersama rakan kecuali mereka membayar harga makanannya.

Wanita itu memberitahu dia sudah lapan tahun tidak membeli pakaian baharu.

"Kali terakhir saya membeli seluar dalam adalah tahun 1998." katanya

Lebih ekstrem lagi apabila Kate mendedahkan mendobi pakaian dalam tiga tahun, jauh sekali membeli peralatan mandian.

"Saya peminat sampel percuma. Mungkin saya contoh seorang yang ekstrem," katanya.

Selain itu, dia juga tidak menggunakan tisu tandas, sebaliknya menggunakan air dan sabun untuk membersihkan diri.

HMetro

xpdckelate Publish time 24-8-2021 07:40 AM

"Kali terakhir saya membeli seluar dalam adalah tahun 1998." katanya

tak reput ke? :lol:

netto_ Publish time 24-8-2021 08:25 AM

1 je yg baik psl akak ni. Xguna tisu tandas, guna air:lol: ha ni bagus jimat kannn:lol:

mijot Publish time 24-8-2021 12:39 PM

Kali terakhir saya membeli seluar dalam adalah tahun 1998." katanya

teruk betul kedekut dia...
tak longgar ke seluar dalam dia..

nakkomenjugak Publish time 24-8-2021 07:15 PM

sedehhhh
moga bawak duit tu ke kuburan nanti

shernazz Publish time 24-8-2021 10:10 PM

mijot replied at 24-8-2021 12:39 PM
teruk betul kedekut dia...
tak longgar ke seluar dalam dia..

Ada bangla cite kat iols
Vaju dia semua dah lebih 10 tahun.tapi masih cantik
Rupanya dia basuh pakai tangan je..takde mesin basuh..
Jadi bajunya mmg nMpak baru dan tak berbulu..
Maybe acik ni pung sama

xpdckelate Publish time 24-8-2021 11:20 PM

shernazz replied at 24-8-2021 10:10 PM
Ada bangla cite kat iols
Vaju dia semua dah lebih 10 tahun.tapi masih cantik
Rupanya dia basuh p ...

tak sental ke?biasa kalu bahagian kolar kan kalu berpeluh meme selalu kotor..kena sental..lama2 kan koyak jua..ke main bilas2 je...
patut la bau 'wangi' bila berselisih :lol:

Ratutulip Publish time 24-8-2021 11:30 PM

lama nya tk mbeli pakaian dlm .... gamaknya jenuh mgikat dgn getah

shernazz Publish time 25-8-2021 07:19 AM

xpdckelate replied at 24-8-2021 11:20 PM
tak sental ke?biasa kalu bahagian kolar kan kalu berpeluh meme selalu kotor..kena sental..lama2 ka ...

Iols tak tanya.plak yang tu...hahaha
Kekadang iols.terserempak bangla ni dia pakai baju ada corak love love
Iols pung konpius..hahahaha

imanjannah Publish time 25-8-2021 07:43 AM

guna air dan sabun lebih bersih,.. ;P;P

pistolairAbah Publish time 25-8-2021 06:42 PM

mijot replied at 24-8-2021 12:39 PM
teruk betul kedekut dia...
tak longgar ke seluar dalam dia..


getah spender pun dah tercabut agaknya. lilit pakai tali rapia :lol:

hasniey Publish time 25-8-2021 11:33 PM

Toilet pkai air tu flush setiap kali guna ke kumpul sehari sekali je flush??
Ai tanya sbb rancangan ni jgk ai prnah tgok, dia kumpul wei..kencing la bpe kali pon haritu tu sekali je flush
Ada yg kencing dlm botol.nnt tgl buang je.xde cebuk2 ni.lap pon pkai tisu recycle.boleh byg x hancing busuknya rumah dia?
Tp makcik ni xtau la mcmtu ke x.
Pages: [1]
View full version: Obses berjimat : Tidak membeli pakaian dalam sejak 23 tahun lalu


ADVERTISEMENT