xpdckelate Publish time 24-8-2021 07:31 AM

Robot Delta

Jakarta: Penduduk kampung di Tembok Gede, Indonesia dan saintis tempatan menyerlahkan kreativiti dengan mencipta robot serbaguna yang berupaya menceriakan mereka yang menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

Channel News Asia (CNA) Indonesia melaporkan ciptaan itu diberi nama robot Delta dan dihasilkan menggunakan perkakas elektrik dan keperluan rumah seperti periuk, kuali dan televisyen lama.

"Dengan varian Delta baru ini dan jumlah kes Covid-19 yang meningkat, saya nekad mencipta robot untuk melakukan kerja perkhidmatan awam.

"Antara tugas robot itu adalah menyembur pembasmi kuman, menghantar makanan dan memenuhi keperluan penduduk yang menjalani kuarantin," kata Aseyanto, 53, seorang ketua penduduk yang mengetuai projek itu.

Bahagian kepala robot diperbuat daripada periuk nasi dan ia dikendalikan oleh alat kawalan jauh dengan jangka hayat bateri selama 12 jam.

Robot Delta itu adalah salah satu daripada beberapa ciptaan di Kampung Tembok Gede yang mendapat pengiktirafan kerana penggunaan teknologi yang kreatif.

Ketika melalui rumah penduduk yang menjalani kuarantin, robot itu akan mengeluarkan bunyi suara 'Assalamulaikum' diikuti ucapan 'kiriman ada di sini, semoga cepat sembuh.'

"Proses mencipta robot Delta ini sangat mudah .

"Kami cipta menggunakan bahan terpakai yang ada di kawasan perumahan," kata Aseyanto.

Sementara itu, ahli pasukan yang juga pensyarah kejuruteraan berkata, komponen utama robot dihasilkan dengan kereta mainan terpakai.

Kampung Tembok Gede terletak di Surabaya, ibu negeri daerah Jawa Timur dan bandar kedua terbesar di Indonesia.

Indonesia setakat ini merekodkan lebih 3.68 juta kes Covid-19 dan lebih 108,000 kematian akibat virus itu.

HMetro

xpdckelate Publish time 24-8-2021 07:32 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0823rsrobot_1629758709.jpg
ROBOT Delta yang digunakan di Tembok Gede. FOTO Agensi
Pages: [1]
View full version: Robot Delta


ADVERTISEMENT