Syd Publish time 23-8-2021 10:02 PM

Eksperimen ‘dine in’ tanpa vaksin lengkap dikecam

Eksperimen ‘dine in’ tanpa vaksin lengkap dikecam

Oleh KOSMO!
23 Ogos 2021, 10:41 am

PETALING JAYA – Perkongsian seorang wanita di laman sosial Facebook tentang ‘eksperimen sosial’ yang dilakukan bersama suaminya untuk melihat sama ada boleh makan di kedai tanpa melengkapkan dua dos vaksin, dikecam orang ramai.

Menerusi satu tangkap layar perkongsian tersebut yang tular di laman sosial sejak semalam, wanita berkenaan dilihat dengan bangga menceritakan kejayaannya dan suami pergi ke beberapa premis termasuk kedai makan tanpa sebarang masalah.

“Haritu beberapa hari saya buat ‘social experiment’ lepas media beritahu yang dua dos vaksin boleh masuk sana sini yang tiada boleh mereput di rumah. Saja nak cuba semua kedai saya masuk, tiada satu premis pun yang semak saya dua dos ke tidak.

“Suami pun cuba tapi dihalau waktu masuk ke kedai gunting rambut namun akhirnya dia dapat masuk juga ke kedai lain. Jadi lepas ni kita sokong kedai gunting rambut yang betul-betul cari duit sahaja,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Tambah wanita berkenaan, dia dan keluarga turut mencuba nasib pergi bersarapan di sebuah kedai yang tidak dinyatakan lokasinya dan berbangga apabila tiada sebarang semakan dilakukan dan mereka bebas menikmati hidangan tanpa sebarang masalah.

“Siapa kata tak cucuk dua dos tidak boleh dine in? Tanpa dua dos pun kami dah selamat dine in pagi ni. Tiada yang mustahil,” katanya.

Perkongsian wanita tersebut menerima kecaman hebat daripada pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati undang-undang yang telah ditetapkan selain pelanggaran prosedur operasi standard secara terang terangan.

“Selepas ini tidak mustahil polis akan buat penguatkuasaan tegas sebab makhluk macam ini. Tapi tidak mengapa, bongkak lah dahulu, lepas ni kalau dah kena tindakan jangan pula meayu buat kutipan,” tegas seorang pengguna dengan nama @derwann.

“Jika dia pilih untuk terima vaksin tidak perlu nak buat eksperimen begini, nampak tak menyusahkan diri sendiri apabila pergi kedai kena halau. Semoga anak-anak tidak mewarisi sifat ibu bapa dia,” ujar @Raziman.

“Anti vaksin ni kebanyakan bodoh ke? Benda ini akan beri kesan pada orang lain jika kau bawa penyakit. Bila kau imbas MySejahtera, rekod kedai tu pun akan rosak sebab ada rekod orang tidak vaksin masuk,” ulas @intanphyla. – K! ONLINE

Syd Publish time 24-8-2021 08:04 AM

Bersabar lah kak. Saya adalah orang yang menyokong penuh akak buat sosial experiment. Sbb saya beranggapan akak orang yang banyak duit, sampai tak tahu nak buat apa dgn duit.

Sebab dalam masa beberapa hari lagi polis akan datang ke rumah akak.

1st : akak akan akan kena Kompoun langgar sop. 5k konfem kena standby.

2nd : akak akan kena bawa pergi balai untuk di soal siasat. Sbb apa ? Sbb sebarkan perkara yang salah dalam social media. Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika didapati bersalah, mereka boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Tapi benda boleh pergi ke akta 505(b) kanun keseksaan.

Bila bicara kat mahkamah. Standby minimum rm4000 untuk ikat jamin bergantung pada hakim dan kes. Kalau takda duit, melingkup lah dekat lokap sampai hari perbicaraan yang seterusnya.

Jangan lupa standby peguam. Kalau peguam swasta, rm3000 tak lari kena keluar duit bergantung pada peguam itu sendiri dan kes tersebut. Kalau peguam free leceh sikit. Nak kena turun naik pejabat peguam

Kenapa saya tahu? Sbb saya dah kena tahun lepas. Tapi kes saya dah settle tahun lepas lagi. Alhamdulillah, mahkamah jatuh hukum tak bersalah.

Tapi bukan kes langgar sop, just kes berita palsu je.

Akta berita palsu ni bukan korang buat berita palsu je. Kalau posting yang membawa ke arah hasutan dan panik untuk orang awam pun duduk bawah akta ni.

Masa tu aku kena dengan kes zed zaidi sekali, sempat lah lepak dalam lokap dengan zed zaidi. Sementara nak tunggu ikat jamin rm4000. Tapi aku tak kesah, sbb ni pengalaman aku.

Dapat juga lepak dengan zed zaidi. Kenal siapa admin oh my media. Sbb satu kes dengan saya masa tu, syok lah jugak.

Sbb tu saya nak nasihat pada semua, kalau korang tak pasti benda tu, jangan gatal2 share. Kalau viral standby je lah duit.

Sekejap je polis datang rumah. Takpayah takut, dorang tahu kat mana akak tinggal. Dia akan cari sampai dapat.

Semoga lepas ni jangan lupa bawa otak kalau keluar pergi mana2 atau masa main Fb.

Lupa nak cakap. Benda ni dah viral kat semua social media. So sabar lah sat lagi sampai lah polis kat rumah.

Dia baru deactive fb. Ingat polis tak boleh cari ke. Aku dulu, tiba-tiba je polis dgn skmm terpacak depan rumah. Padahal baru je pindah rumah 2 bulan, saya cuma guna alamat tu untuk daftar wifi time je masa tu.

Siap skmm tu tahu semua sosial media saya, facebook, instagram saya masa dorang soal siasat saya dekat cyberjaya. Yang viral berita palsu tu kat twitter, saya update masa tu kat johor rumah mak mentua pun dorang tahu. Dorang ingat saya dah lari balik johor masa tu, kelakar gila.

Handpone yang kita pakai masa upload benda tu pun dia rampas untuk di siasat. Dah lah pakai iphone xs max. Ada juga dalam 9bulan dorang pegang iphone aku tu. Terpaksa beli hp lain.

Gambar kat ic dorang ada masa soal siasat saya time tu. So korang rasa boleh lari ke?

Tapi saya bagi kerjasama baik dengan dorang. So dorang pun boleh gelak2 lagi dengan kita. So takda masalah pun. Kalau buat salah, berani lah tanggung.

Serius, lepas kes tu saya insaf nak main socmed ni. Benda ni dah lama saya simpan, even family saya pun tak tahu saya pernah naik mahkamah kes ni, cuma hari ni the right time untuk saya share.

Semoga perkara ni akan beri pengajaran pada kita semua. Kadang2 dia terlupa bawa otak. Jadi jangan salahkan dia. Hehe

Kalau korang nampak ada orang tertinggal otak macam ni, suruh kawan2 korang share je kat socmed. Supaya orang macam ni dapat pengajaran yang tepat. Ingatkan dia negara kita ada undang2. This is malaysia guys.

Syed Mohd Faiz

downiey Publish time 24-8-2021 08:30 AM

Syd replied at 24-8-2021 08:04 AM
Bersabar lah kak. Saya adalah orang yang menyokong penuh akak buat sosial experiment. Sbb saya beran ...

tq share pengalaman..

rifaa Publish time 24-8-2021 11:24 AM

maybe akak ni banyak duit kot huhu

Syd Publish time 24-8-2021 01:04 PM

Suami isteri buat eksperimen sosial dicekup polis

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
24 Ogos 2021, 11:25 am

KLANG – Tindakan pasangan suami isteri melakukan ‘eksperimen sosial’ masuk ke beberapa kedai dan makan di kedai tanpa melengkapkan dua dos vaksin membawa padah apabila mereka ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penahanan pasangan suami isteri berusia 35 dan 36 tahun itu dilakukan pukul 5 petang semalam di rumah mereka di Bandar Putera 2, dekat sini.

Katanya, penahanan dibuat susulah pihaknya menerima aduan berhubung penularan medium media sosial pemilik akaun bernama Mujaheeda Soleha yang memuat naik kenyataan berkisarkan tentang ekperimen sosial mereka.

“Pemilik akaun juga turut memuat naik kenyataan yang telah mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam.

“Kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Sehubungan itu, Shamsul Amar menegaskan orang ramai diminta agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian, sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Kosmo! semalam melaporkan perkongsian seorang wanita di laman sosial Facebook tentang ‘eksperimen sosial’ yang dilakukan bersama suaminya untuk melihat sama ada boleh makan di kedai tanpa melengkapkan dua dos vaksin, dikecam orang ramai.

Menerusi satu tangkap layar perkongsian tersebut yang tular di laman sosial sejak semalam, wanita berkenaan dilihat dengan bangga menceritakan kejayaannya dan suami pergi ke beberapa premis termasuk kedai makan tanpa sebarang masalah.-K! ONLINE

akuchenta Publish time 24-8-2021 06:32 PM

Edited by akuchenta at 24-8-2021 06:40 PM

Experimen la kt lokap

Tangkap je antivacc yg cuba menghasut & menakutkan public!



https://www.facebook.com/126959061376199/posts/1049697029102393/

elnor_81 Publish time 24-8-2021 06:57 PM

akuchenta replied at 24-8-2021 06:32 PM
Experimen la kt lokap

Tangkap je antivacc yg cuba menghasut & menakutkan public!

Aci x nk doakan..semoga dia kena kobid..tp mcm x baik pulak kan doakan benda x elok..sian ank dia jd ank yatim piatu nnt

edayildiz Publish time 24-8-2021 07:11 PM

Syd replied at 24-8-2021 08:04 AM
Bersabar lah kak. Saya adalah orang yang menyokong penuh akak buat sosial experiment. Sbb saya beran ...

oh my gosh mmg scary la..blh jadikan pengajaran utk kita semua supaya jgn ikut nafsu..kalau mcm benda xsahih tp share kt wssp jer takpe kan?btw tq sharing

Afna Publish time 24-8-2021 07:19 PM

Syd replied at 24-8-2021 08:04 AM
Bersabar lah kak. Saya adalah orang yang menyokong penuh akak buat sosial experiment. Sbb saya beran ...

Adakah u admin rotikaya? Curious je ni. Jgn marah haaa

orkidorkido Publish time 24-8-2021 07:21 PM

Hmm semoga terima balasan setimpal. Menyusahkan orang. Orang tak bagi dine-in sebab nyawa kau, keluarga kau & orang lain juga. Bukan sebab undang-undang semata-mata. Buduss

Syd Publish time 24-8-2021 07:23 PM

Afna replied at 24-8-2021 07:19 PM
Adakah u admin rotikaya? Curious je ni. Jgn marah haaa

Hahaha

Tak lerrrrr

Afna Publish time 24-8-2021 07:25 PM

No offense tau.. saja nk tanya

hareeeesah Publish time 24-8-2021 07:50 PM

Syd replied at 24-8-2021 08:04 AM
Bersabar lah kak. Saya adalah orang yang menyokong penuh akak buat sosial experiment. Sbb saya beran ...

Good sharing.. ignorant people ni kadang dah rasa kebal sangat lain level dia.

messyjet Publish time 24-8-2021 08:11 PM

Kesian anak Ade mak pak cmtu

ais_kosong Publish time 26-8-2021 02:43 PM

Kalau dah buat salah. Memang kena canang 1 dunia ke bagitau kehebatan kau buat salah?
xreti senyap ke.:o
Pages: [1]
View full version: Eksperimen ‘dine in’ tanpa vaksin lengkap dikecam


ADVERTISEMENT