xpdckelate Publish time 23-8-2021 08:36 PM

Tular wanita lempar wang 2,000 rupiah dari balkoni rumah

JAKARTA – Video yang memaparkan aksi seorang wanita yang melemparkan beberapa keping wang kertas 2,000 rupiah (RM0.60) daribalkoni kediamannya dan dikutip oleh orang ramai menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com.

Menurut video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @mildhakittyowner, kelihatan seorang wanita berbaju merah membalingwang dengan nilai 2,000 rupiah itu kepada orang ramai.

Wang-wang tersebut dikutip oleh orang ramai yang berdiri di bawah balkoni tersbeut sehingga ada antara mereka yang terjatuh ke dalam kolam yang ada disitu.

“Masya-Allah, membahagiakan orang ramai, bagus sekali, demikian keterangan ditulis pemilik akaun itu.

Wanita yang melemparkanwang itu kelihatan gembira dan terus-terusan melemparkan sejumlah wang lagi untuk dikutip orang ramai.

Video tersebut mendapat komen yang pelbagai daripada netizen dengan ada yang memuji tindakan wanita tersebut dan tidak kurang juga yang mengkritik tindakannya.

“Bagusnya, semoga murah rezeki, kak,” tulis seorang netizen.

“Ada cara lain yang lebih sopan untuk berkongsi rezeki,” kata seorang netizen lain.

Video tersebut sudah ditonton lebih 420,000 kali dengan 20,000 tanda suka. -Agensi

KOSMO

xpdckelate Publish time 23-8-2021 08:36 PM

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/08/wanita-sebar-wang.jpg
Tangkap layar video yang menunjukkan aksi seorang wanita melemparkan wang RM0.60 dari balkoni rumahnya. -TikTok

nakkomenjugak Publish time 23-8-2021 09:23 PM

kalau yang dilempar tu ringgit ke dollar Singapore agak2 camne laa kan..

Meiizu Publish time 24-8-2021 02:59 AM

Laaaa lempaq 6kupang jaaaaa then rasa gembira terpuji.
Hang takleh bagi elok2 kaaa pompuan oiiiii

NekNgah Publish time 24-8-2021 03:46 PM

Sebatang ais krim pun tak lepas, dah ramai-ramai tu dapat apa aje??

Cece1234 Publish time 24-8-2021 09:15 PM

Alah sikitnya lempar..bole beli apa je 6 kupang :lol:
Pages: [1]
View full version: Tular wanita lempar wang 2,000 rupiah dari balkoni rumah


ADVERTISEMENT