Raline Publish time 23-8-2021 07:12 PM

Jeng Jeng Jeng, kenapa agaknya, TMJ Tinggalkan JDT?

TMJ mahu tinggalkan JDT?

https://assets.bharian.com.my/images/articles/lasta_1629707258.jpg
Komen Tunku Ismail di laman Instagram JDT yang mencetuskan persoalan.

KUALA LUMPUR: Adakah pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal meninggalkan pasukan itu tidak lama lagi?

Persoalan itu timbul selepas Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) seakan memberi bayangan untuk berbuat demikian menerusi satu komen yang ditinggalkan beliau di laman Instagram pasukan terbabit.

"Saya telah berjaya membangunkan JDT dengan macam-macam kejayaan dalam dan luar padang. JDT telah berjaya menjadi satu jenama yang besar.

"Top infrastucture dan 18 piala senior team dan 10 piala junior level. Total 28 piala dalam 8 tahun.

"Ini saya punya last hadiah kepada kelab," kata Tunku Ismail.

Komen terbabit ditinggalkan pada gambar yang memaparkan rekabentuk berkonsep tiga dimensi (3D) Pusat Latihan JDT yang baharu.

Dalam kemaskini terbabit, JDT memaklumkan pembinaan pusat latihan yang baharu akan dimulakan pada Oktober ini.

Ini termasuk meratakan tanah dan pemasangan infrastruktur asas seperti kabel kuasa dan paip air.

Sumber:https://www.bharian.com.my

gundah37 Publish time 24-8-2021 02:30 AM

jeng jeng jeng

spicygirl3 Publish time 24-8-2021 04:32 AM

The plot thickens

tipah89 Publish time 25-8-2021 10:39 AM

sendunya thread ini
Pages: [1]
View full version: Jeng Jeng Jeng, kenapa agaknya, TMJ Tinggalkan JDT?


ADVERTISEMENT