Raline Publish time 23-8-2021 07:06 PM

Produk berasaskan tumbuhan pasaran penting Nestlé

Produk berasaskan tumbuhan pasaran penting Nestlé

https://assets.bharian.com.my/images/articles/Nestle-SA_1629714288.jpg
Produk Nestlé disesuaikan dengan pilihan, cita rasa dan keperluan pemakanan pengguna tempatan - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Nestlé S.A melihat terdapat peningkatan trend global dari segi minat terhadap produk alternatif berasaskan tumbuhan, sekali gus berupaya melengkapkan kepelbagaian produk makanan dan minuman tenusu (F&B) kumpulan itu.

Ketua Pembangunan Produk dan Teknologi Global Nestlé, Thomas Hauser, berkata kesedaran pengguna terhadap kesihatan, kesejahteraan haiwan dan kelestarian untuk melindungi alam sekitar adalah antara penyebab mereka beralih ke produk alternatif.

"Kami melihat tahap pengembangan pasaran yang berbeza di Amerika Syarikat (AS), Eropah Barat dan ASEAN. Produk berasaskan tumbuhan akan menjadi pasaran kategori yang penting bagi kami," katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan maya memperingati Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Nestle ke-40 di Singapura dengan pelancaran R&D Accelerator serantau baharu, hari ini.

Konglomerat multinasional itu baru-baru ini menaiktaraf kemudahan di Singapura dengan makmal canggih, dapur eksperimen, bilik ujian pengguna dan penilaian deria, dan ruang kerja terbuka.

Mengulas mengenainya, Hauser berkata kemudahan yang ditingkatkan di Singapura itu adalah inisiatif penting di bawah keupayaan R&D global kumpulan, yang membolehkan Nestle mengembangkan produk dan teknologi inovatif untuk Asia Tenggara dan di negara lain.

"Produk kami disesuaikan dengan pilihan, cita rasa dan keperluan pemakanan pengguna tempatan.

"Saintis kami telah mengembangkan banyak inovasi produk untuk wilayah dan global, termasuk jenama Milo, Nescafe dan Maggi.

"Pengukuhan keupayaan Nestle di Singapura akan membolehkan syarikat untuk mempercepatkan usahamenggariskan trend dan cabaran F&B, sambil terus memberikan inovasi inovatif untuk 40 tahun ke depan dan seterusnya," katanya.

Hauser berkata, pusat itu mengukuhkan kepakarannya dalam mengembangkan produk F&B, ais krim dan masakan (pes memasak) berasaskan tumbuhan.

"Asia Tenggara adalah penting untuk Nestle. Kami komited untuk menyediakan makanan selamat, lazat, berpatutan, berkhasiat dan mampan kepada pengguna tempatan.

"Kami akan terus mengukuhkan kemampuan R&D tempatan dan mencari peluang untuk meningkatkan kepantasan, keberkesanan dan kecekapan," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Pages: [1]
View full version: Produk berasaskan tumbuhan pasaran penting Nestlé


ADVERTISEMENT