Syd Publish time 23-8-2021 01:06 PM

GARAPAN - Tular, Popular di Media Sosial (23/08/2021)

MEDIA SOSIAL,TULAR,POPULAR 🛰
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


               👑 Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan kira-kira 779 guru yang menolak menerima vaksin Covid-19, bagi mencari penyelesaian isu itu.
             Tunku Ismail menerusi dua ciapan di akaun Twitter baginda hari ini bertitah, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat.
            ”Insya Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah," titah baginda dalam ciapan berkenaan.
               Tunku Mahkota Johor membuat ciapan berkenaan apabila seorang netizen berkongsi laporan berita Harian Metro berkenaan seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

               🤷🏻‍♂️ Tanjong Karang: Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar menafikan beliau dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
               Menurutnya, senarai maklumat lantikan dalam Kabinet yang tular di Facebook yang turut membabitkan beberapa nama lain adalah tidak benar sekali.
               ”Ini ramalan, saya sudah lali. Saya pernah dalam Kabinet... digugurkan dari Kabinet..naik balik dalam Kabinet,

               😭 Temerloh: "Saya kehilangan suara dan menangis melihat keadaan suami yang nazak ketika itu, sangat sedih kerana tidak dapat bersamanya pada saat akhir, tidak dapat mengucup dahinya.
         ”Ketika itu suami ditidurkan tetapi doktor meminta saya mengajar kalimah syahadah berikutan peratusan oksigen semakin merosot, beberapa minit kemudian doktor memaklumkan suami sudah meninggal dunia," kata Nurhaslin Mohd Suhaimi Udaya, 30.
             Nurhaslin berkata, isteri mana yang tidak trauma apabila doktor membuat panggilan video dan meminta mengajar dua kalimah syahadah kepada suami yang nazak akibat positif Covid-19.
             Menceritakan semula detik itu, Nurhaslin berkata, dia menerima panggilan video daripada doktor pada 7.30 pagi , 7 Ogos lalu yang menjadi pengalaman yang tidak pernah terfikir olehnya.

                📸 Kuala Lumpur: Pelakon Puteri Aishah Sulaiman, 27, tidak pernah ambil peduli dengan apa saja pandangan negatif segelintir orang terhadapnya ketika menjadi sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV) kerana mereka tidak tahu berapa lama tugasannya di PPV itu.
            ”Mereka tak tahu pun berapa lama waktu kita sebagai sukarelawan bertugas di PPV. Malah, ramai juga yang tak perasan dengan kehadiran saya. Malah, jika ada hari dapat balik awal itu bermakna jumlah sukarelawan yang ada sudah ramai. Jadi, khidmat kita tidak diperlukan sangat," katanya.
               Puteri berkata, netizen tidak boleh mempersoalkan golongan selebriti hanya mahu bergambar ketika menjadi sukarelawan kerana ia adalah perbuatan normal.

               🤑 Banyumas, Indonesia: Siswanto sebelum ini sering berdepan nasib kurang baik dalam kerjaya sebagai mekanik namun keadaan berbeza selepas dia mula memuat naik video sehingga mengubah nasib komunitinya yang kini diberi jolokan Kampung YouTube Indonesia.
         Ia bermula empat tahun lalu ketika Siswanto bergelut untuk meneruskan perniagaan bengkelnya di Kasegeran, bandar yang jauh di pinggir Jawa sehingga warga Indonesia juga sukar menjumpainya di peta.
         Dia tersepit untuk mendapatkan wang bagi menyara keluarga namun pekerjaan sampingan iaitu mengutip sampah dan menanam kacang soya tidak cukup untuk menampung keperluannya.
             Dia menubuhkan pasukan kecil untuk kerja suntingan dan memuat naik video berkaitan kerja membaiki motosikal atau aktiviti memancing.
            Hasilnya, dia menjana pendapatan sehingga 150 juta rupiah sebulan (kira-kira RM44,000).

               😳 Taipei: Seorang pensyarah muda dari Universiti Sains dan Teknologi Taiwan Shude menarik perhatian netizen kerana kebolehannya melukis gambar rajah anatomi secara terperinci di papan hitam.
            Oddity Central melaporkan, Zhong Quanbin hanya menggunakan pembaris dan beberapa kapur untuk menghasilkan gambar rajah itu.
            Zhong mampu melukis gambaran terperinci keseluruhan struktur tubuh badan manusia merangkumi organ seperti mata manusia yang dilihat daripada pelbagai sudut.

                🥺 New Delhi: Menyedihkan apabila seorang lelaki terpaksa mengorek duit syiling dalam tabung milik anaknya untuk membayar saman kerana melakukan kesalahan lalu lintas ketika memandu beca bermotor atau autorickshaw.
            India Times melaporkan Rohit Khadse melakukannya kerana kesempitan wang dan perlu membayar saman bagi menuntut semula kenderaannya yang dirampas polis.
                Media tempatan melaporkan Rohit datang ke balai untuk membayar saman dengan membawa beg plastik duit syiling berjumlah 2,000 rupee (kira-kira RM114) namun ditolak kerana syiling itu terlalu banyak.
                Selepas mengetahui mengenai masalah kewangan dihadapi Rohit, Malviya seorang pegawai kanan polis di Bahagian Lalu Lintas Sitabuldi bukan hanya mengembalikan wang anak lelaki itu, tetapi membantu membayar saman lelaki berkenaan.
            Kisah itu tular selepas dikongsikan di Facebook rasmi Polis Nagpur dan rata-rata netizen memuji keprihatinan pegawai polis berkenaan.

                  🤳🏻 Istanbul: Wanita berusia 23 tahun maut selepas terjatuh dari bumbung sebuah apartment ketika asyik membuat rakaman video untuk platform media sosial TikTok, di Istanbul, Turki pada Jumaat.
         Detik-detik kematian Kubra Dogan dirakam sepupunya, lapor Agensi Anadolu.
         Dogan dan sepupunya Helen naik ke bumbung apartment itu untuk melihat dan merakam matahari terbenam.

                  🐏 Washington: Media Georgia, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menyiarkan rakaman video menunjukkan lebih 500 kambing biri-biri ditemukan mati akibat dipanah petir.
             Oddity Central melaporkan, insiden itu berlaku ketika kumpulan kambing berkenaan meragut rumput di padang Gunung Abul, Ninotsminda dekat selatan Georgia.
            Pemilik kambing biri-biri, Nikolay Levanov dari kampung Tambovka, menerima panggilan telefon menyedihkan daripada penjaga pada 9 Ogos lalu mengenai kematian lebih seratus haiwan ternakannya.
            Rakaman video yang tular di tempat kejadian menunjukkan ratusan bangkai kambing biri-biri bergelimpangan di padang rumput.

                  🤩 Washington: Istilah tiada yang mustahil tepat bagi menggambarkan kegigihan seorang pemuda juga jurusolek dari Utah, Amerika Syarikat (AS) yang berbakat dalam bidang solekan walaupun dilahirkan tanpa tangan dan kaki.
            Hindustan Times melaporkan bakat Gabe Adams Wheatley, 22, lelaki yang berstatus orang kurang upaya (OKU) sejak lahir mendapat perhatian hingga membolehkannya mengecap populariti di Instagram (IG) kerana penampilannya.
         Antara video terkini Wheatley yang membuat ramai terpegun adalah tutorial solekan dilakukan yang menunjukkannya mampu menyolek wajah sendiri dan berhasil menggunakan alas bedak serta bedak tabur pada wajah.

               👶🏻 Washington: Rakaman video menyayat hati memaparkan tentera Amerika Syarikat (AS) mengangkat bayi melepasi tembok kawat berdiri di lapangan terbang di Kabul ketika kekacauan ribuan orang cuba melarikan diri dari Afghanistan, menarik perhatian dunia.
             Video memaparkan bayi itu diangkat oleh tentera AS ketika ribuan warga Afghanistan berasak cuba memasuki lapangan terbang, disiarkan di media sosial ketika hampir seminggu proses pemindahan keluar warga asing dan tempatan dari Afghanistan.
             Hampir 6,000 tentera AS bersenjata menguasai lapangan terbang, sementara pejuang Taliban meronda di jalan luar lapangan terbang Kabul.


berita penuh sila ikuti harian metro online

#piloi_hani al_linggi
#repoterataspokok
#since2011
#hanisofeasupriseandgift
#legasi10

Pages: [1]
View full version: GARAPAN - Tular, Popular di Media Sosial (23/08/2021)


ADVERTISEMENT