easicircle Publish time 23-8-2021 12:57 PM

5 Persediaan Sebelum Mulakan Pelaburan

Edited by easicircle at 23-8-2021 04:59 PM

Menyimpan tanpa mengembangkan simpanan akan membawa kepada hasil yang sama. Oleh itu, untuk mencapai matlamat kewangan anda perlu bijak mempelbagaikan aktiviti pelaburan supaya simpanan anda berkembang dan mendatangkan pulangan. Namun, sebelum memulakan aktiviti pelaburan anda perlu punya pengetahuan dan membuat persediaan terlebih dahulu.

Kenal Pasti Risiko Pelaburan

Sebelum memulakan pelaburan pastikan anda mengetahui tentang risiko pelaburan. Setiap pelaburan mempunyai risiko yang berbeza secara umum dikelaskan kepada rendah, sederhana dan tinggi, Lebih tinggi risiko lagi tinggi pulangan sesuatu pelaburan begitu juga dengan kerugian. Nilai tahap risiko yang anda inginkan, jika tidak sanggup menanggung kerugian maka pilih pelaburan berisiko rendah atau sederhana.

Aliran Tunai Diparas Positif

Penting untuk mengetahui tahap kewangan individu diparas stabil atau tidak, apabila berlakunya lebihan tunai. Setelah ditolak perbelanjaan dan simpanan masih mempunyai lebihan baki bermaksud aliran tunai anda diparas positif. Jangan mengambil risiko mulakan pelaburan jika aliran tunai anda masih belum positif. Pelabur yang bijak menggunakan lebihan hasil atau menjana pendapatan tambahan bukan mengambil risiko pulangan yang tidak pasti.

Urus Kewangan Secara Konsisten

Pengurusan wang secara konsisten amat penting demi memastikan matlamat pelaburan terlaksana. Sebaik-baiknya, gunakan duit lebihan simpanan untuk melabur. Pengendalian wang yang teratur memastikan anda terus kekal konsisten dalam simpanan dan pelaburan. Jika tidak mempunyai tabungan yang cukup elak diri mulakan pelaburan.

Lengkapkan Ilmu Pelaburan

Sebelum mulakan pelaburan anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu pelaburan. Teruskan belajar dan menambah pengetahuan tentang pelaburan dengan menyertai pelbagai seminar saham percuma. Hal ini amat penting supaya anda tidak terburu-buru melabur tanpa sebarang ilmu kerana semata-mata ingin mendapatkan pulangan yang cepat. Justeru, kefahaman mengenai dunia pelaburan amat penting supaya dapat megelakkan anda daripada tertipu dan seterusnya mengalami kerugian wang.

Maksimakan Pelaburan Berisiko Rendah

Bagi mereka yang takut untuk mengambil risiko kerugian boleh mulakan dengan pelaburan berisiko rendah seperti Tabung Haji, Wang Simpanan Pekerja, deposit tetap dan Amanah Saham Bumiputera. Mempelbagaikan dana di pelaburan kurang risiko adalah salah satu cara terbaik bagi yang mempunyai kurang dana lebihan. Walaupun pulangannya rendah, namun jangka masa panjang tetap mampu dilihat hasil pelaburan yang dijana.

ninituck Publish time 1-2-2023 11:28 PM

Boleh tak inform minimum bajet untuk start trading ini?

mieyrasfea Publish time 5-2-2023 04:17 PM

Forex traders can participate in the market through the use of leverage, which allows them to trade larger amounts of currency with a smaller investment.

khukhu Publish time 5-2-2023 05:33 PM

I considered my risk tolerance and financial goals before making any investment decisions. It's important to not invest more than you can afford to lose."



bbi25 Publish time 5-2-2023 06:15 PM

I created a long-term financial plan to guide my investment decisions. This has helped me stay focused and avoid impulsive investments.

cle256 Publish time 5-2-2023 09:04 PM

I did extensive research on different investment options before making any decisions. I wanted to be fully informed and confident in my choices."

koko12 Publish time 6-2-2023 12:37 PM

I diversified my portfolio by investing in a mix of stocks, bonds, and other assets. This helps minimize risk and provide a balanced return on investment.

licaca Publish time 16-2-2023 04:31 PM

Understand Your Investment Goals: Before investing, it is important to define your investment goals

maxjp Publish time 12-6-2023 07:21 PM

resiko pelaburan dalam trading forex memang nyata ,ada banyak posibility yang boleh terjadi, itu sebabnya cara ini memerlukan pembelajaran dan latihan

fpginsura Publish time 26-6-2023 02:36 AM

Point number 4 berkaitan dengan ilmu dan wawasan teknikal fundamental trading. mari lihat chanel youtube Amarkets Malaysia untuk tahu lebih lanjut

7lQxqUSYHns

erlangzero Publish time 29-6-2023 02:34 AM

inilah satu benda kelebihan Broker Amarkets yang trader suka, tersedia edukasi, analisis harian dan konsisten akan upload konten trading yang bermanfaat

tapaksuci Publish time 2-9-2023 12:22 AM

melabur haruslah faham dengan company dan aset yang akan dilaburkan, pertimbangan terhadap resiko dan keuntungan harus menjadi focus utama pelabur

tapaksuci Publish time 2-9-2023 12:23 AM

fpginsura replied at 26-6-2023 02:36 AM
Point number 4 berkaitan dengan ilmu dan wawasan teknikal fundamental trading. mari lihat chanel you ...

saya tengok Broker AMarkets sangat profesional dan kukuh membagikan analisis harian dan edukasi yang baik bagi trader mereka,good job

pancadaya_sakti Publish time 3-9-2023 12:02 PM

artikel yang baik sangat menambah minat untuk mulai melabur dengan baik dan selamat

hirudine Publish time 2-10-2023 04:50 AM

kenal pasti resiko pelaburan adalah hal terawal yang harus diketahui seorang pelabur

anglingdharma Publish time 2-10-2023 08:23 AM

poin 4. lengkapkan ilmu pelaburan
ini sangat mengena, dimanakah kita boleh dapat ilmu ilmu ini?

Pantheratrade Publish time 19-10-2023 01:47 AM

untuk resiko pelaburan , apa sahaja yang termasuk jenis macam resiko pelaburan ?

durgandini Publish time 4-3-2024 12:43 AM

pasar urus kewangan dengan konsisten adalah hal belum bisa saya kerjakan saat ini

hirudine Publish time 31-3-2024 02:13 AM

hal pertama dan utama dalam melabur adalah modal dan ilmu.

Pantheratrade Publish time 31-3-2024 01:33 PM

sangat bermanfaat dalam untuk membangun mental positif sebagai pelabur maupun trader
Pages: [1]
View full version: 5 Persediaan Sebelum Mulakan Pelaburan


ADVERTISEMENT