CARI-MAL Publish time 23-8-2021 11:55 AM

Tiada Apa Yang Jijik Buat Beg Tangan Dengan Seluar Dalam

Seorang wanita menjadi tular dalamaplikasi sosial TikTok selepas berkongsi rakaman video menunjukkan dia menghasilkan sebuah beg tangan daripada seluar dalam, lapor laman Suara.com.


Menerusi akaun TikTok @putrisamboda, wanita bernama Putri itu berkongsi hasil beg tangan tersebut yang menurutnya dihasilkan daripada seluar dalam yang masih baharu.





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202108/23/115445hh5jzopjj6hohw6h.pngKredit foto: TikTok




“Saya menghasilkan beg tangan ini menggunakan seluar dalam baharu yang belum pernah dipakai. Tiada apa yang menjijikkan,” demikian keterangan ditulis Putri pada video tersebut.


Putri turut dilihat menggayakan beg tangan itu bersama baju berwarna merah jambu terang dengan gaya berkemban dan sehelai seluar dengan motif bergaris.


Video tersebut sudah ditonton sebanyak 800,000 kali dengan netizen meninggalkan pelbagai komen tentang beg tangan tersebut.




https://www.tiktok.com/@putrisamboda/video/6997207174111939867


“Tidak gelikah?” tanya seorang netizen.


“Saya tidak pasti tentang ini kerana walaupun ia masih baharu, itu kan tetap seluar dalam,” tulis netizen lain.


Putri juga turut aktif membalas komen netizen dan menurutnya, dia pernah menggayakanbeg tangah tersebut dan ramai yang tidak tahu bahawa ia diperbuat daripada seluar dalam.




Sumber: Kosmo!

lurve82 Publish time 23-8-2021 12:06 PM

Beg tu dh mcm tmpt kendong baby tu…

RatuDunia94 Publish time 23-8-2021 12:14 PM

Abis nak kena beli spender saiz xxxxxxxl semata2 nk buat beg ke cane???

mclaren Publish time 23-8-2021 02:09 PM

Edited by mclaren at 23-8-2021 02:10 PM

RatuDunia94: Abis nak kena beli spender saiz xxxxxxxl semata2 nk buat beg ke cane???
Kah kah kah valid question.

Kalau tote kena beli XXL.

Kalau clutch beli saiz biasa pakai ha ha ha

Olumis Publish time 23-8-2021 02:57 PM

Tah apa2... demi content

nakkomenjugak Publish time 23-8-2021 02:57 PM

ko beli spender saiz shrek semata nak buat beg?
lantak ko lah haha

Artemesiaa Publish time 23-8-2021 05:29 PM

Tak menarik pun nampak janggal lagi ada ler

heythere123 Publish time 26-8-2021 09:19 AM

nampak tacky, tak nampak classy or stylish langsung

downiey Publish time 26-8-2021 04:46 PM

errrrrkkkk

shernazz Publish time 30-8-2021 04:49 PM

Udah teringat video yang spender besor tu plakkkk
Pages: [1]
View full version: Tiada Apa Yang Jijik Buat Beg Tangan Dengan Seluar Dalam


ADVERTISEMENT