R2D2 Publish time 23-8-2021 10:35 AM

Pelanggan dakwa jumpa kepala tikus dalam bakso. Pemilik buat laporan polis dakwa

Pelanggan dakwa jumpa kepala tikus dalam bakso

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/23082021-33-2-1.jpg
KEPALA tikus dalam hidangan bakso yang didakwa seorang pelanggan di sebuah warung. -FACEBOOK

    Oleh Media Mulia
    23 Ogos 2021, 9:30 am

SULAWESI SELATAN: Seorang pemilik warung membuat laporan polis selepas mendakwa seorang pelanggan memfitnahnya kononnya terdapat bangkai tikus dalam semangkuk bakso yang dipesan.

Lapor Tribunnews, Dahlia dari Kota Palopo merupakan pemilik warung bakso mengambil tindakan itu selepas tular foto dalam media sosial mengenai seorang pelanggan yang menemukan kepala, badan dan ekor tikus.

Kejadian itu dinafikan oleh Dahlia dan merasakan dirinya difitnah sehingga nama baik warungnya tercemar.

Dahlia turut ditemani anak perempuannya, Fitra, 26, semasa membuat laporan polis itu.

“Ini adalah isu mencemarkan nama baik, jadi kami buat laporan polis mengenai individu yang merakamkan video dan turut memuat naik gambar serta video dalam media sosial.

“Saya berani bersumpah tidak melakukan perkara jijik seperti itu. Kami hanya ingin mencari rezeki halal, tidak mungkin akan buat seperti itu,” jelasnya.

Menurut Dahlia, pelanggan yang menjamu selera ketika itu sepatutnya melaporkan terus kepadanya sekiranya benar perkara itu berlaku.

“Sepatutnya buat aduan kepada kami jika memang benar perkara itu berlaku. Tetapi ini tidak, dia langsung pergi bahkan masih sempat bayar,” luahnya.

Disebabkan kejadian itu, bilangan pelanggan yang datang ke warungnya semakin berkurangan.

Katanya, kebiasaannya dia mampu mendapat hasil jualan sehingga dua juta rupiah sehari (RM586), namun sekarang paling banyak hanya 500,000 rupiah (RM146).

nakkomenjugak Publish time 23-8-2021 10:44 AM

Wowww free kepala tikus
mickey mouse in bakso
:I:I:I:I:I:I

white_musk Publish time 23-8-2021 11:14 AM

Bagus ni exotic :funk:

ellejo Publish time 23-8-2021 11:39 AM

comel tinger tikus tu.

imanjannah Publish time 23-8-2021 01:25 PM

negara claim kan.. anything kan happen

Artemesiaa Publish time 23-8-2021 05:35 PM

Euwww besar pulak tu
Pages: [1]
View full version: Pelanggan dakwa jumpa kepala tikus dalam bakso. Pemilik buat laporan polis dakwa


ADVERTISEMENT