R2D2 Publish time 23-8-2021 10:30 AM

Lelaki balut badan dgn tiga biji tembikai nak rasa pengalaman keadaan hamil. Vid

mstar.com.my
Balut badan dengan tiga biji tembikai, lelaki cerita pengalaman ketika 'hamil'
Isnin, 23 Ogos 2021 9:00 AM
2 minutes

BAGI sesetengah wanita, pengalaman ketika hamil adalah sesuatu yang amat istimewa dan mengujakan.

Namun kebiasaannya, wanita hamil sering berkongsi kesan-kesan yang mereka alami sepanjang tempoh hamil seperti ‘morning sickness’, perubahan hormon, mengidam dan pertambahan berat badan yang perlu dibawa.

Bukan semua golongan lelaki memahami perubahan ini namun ada dalam kalangan mereka masih ingin memahaminya dengan cara tersendiri.

Memetik laporan Mirror, seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Maitland Hanley, telah memuatnaik sebuah video di sosial media untuk menceritakan pengalamannya menjadi seperti wanita hamil.

Menerusi klip video tersebut, Hanley yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata dilihat berbaring di katil dengan sebiji tembikai yang besar dibalut di bahagian perut serta dua biji lagi di bahagian dadanya.

Pada awal video tersebut, Hanley yakin mampu bangun dengan bebanan di bahagian perut dan dadanya.

“Ya, lihat ini,” katanya sambil berusaha untuk berdiri.

Ternyata, usahanya gagal kerana tidak mampu untuk bangun dengan keadaan perut dan dadanya itu.

“Saya fikir situasi ini jauh lebih mudah," katanya yang akur dengan perkara itu sambil ditertawakan rakan-rakannya.

Video klip tersebut menjadi tular di sosial media apabila mendapat jumlah tontonan lebih daripada 15 juta.


nakkomenjugak Publish time 23-8-2021 10:43 AM

Suka tengok video yang lelaki pakai TENS machine konon nak merasa contraction
tergelak2 iol

lurve82 Publish time 23-8-2021 12:09 PM

Aku nk buat dkt laki aku..tobat dia xnak…nk suh dia rasa kendong 2kg ni ke hulu hilir…tp mmg dia memahami pun…keje umah semua dia buat…:lol:
Pages: [1]
View full version: Lelaki balut badan dgn tiga biji tembikai nak rasa pengalaman keadaan hamil. Vid


ADVERTISEMENT