xpdckelate Publish time 23-8-2021 07:38 AM

Tipu demi video TikTok

Jakarta: Demi video TikTok, seorang pendaki di Jawa Tengah, Indonesia sanggup berpura-pura sakit ketika mendaki gunung.

Iqbal Fauzi Pratama menipu petugas gunung kononnya kakinya sakit ketika mendaki Gunung Sindoro.

Dia dibantu dengan menaiki kenderaan khas namun tiba di base camp lelaki itu kelihatan sihat dan berjalan seperti biasa,

Ketua Base Camp Ndoro Arum Jalur Pendakian Gunung Sindoro, Dwi Andika mengesahkan Iqbal dilarang mendaki gunung terbabit selama lima tahun kerana perbuatannya itu.

Katanya, Iqbal turut melanggar peraturan lain termasuk tingkah laku tidak sopan kepada petugas dan masyarakat setempat.

"Walaupun sudah terima permohonan maaf darinya, hukuman tetap berjalan bagi memberi pengajaran," katanya dalam Kompas.com.

Sementara itu, Iqbal membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapannya itu.

"Saya memohon maaf atas tindakan saya yang menipu petugas gunung semata-mata untuk kandungan TikTok.

"Saya mengajak semua rakan pendaki untuk tidak mencontohi perbuatan saya ini," katanya.

HMetro

xpdckelate Publish time 23-8-2021 07:38 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/22hmtiktok_1629672309.jpg
Iqbal (dua dari kanan) membacakan pengakuan dan permohonan maaf. FOTO Basecamp Ndoro Arum Sindoro

imanjannah Publish time 23-8-2021 07:42 AM

bagus tegas begini, permohonan maaf di terima namun hukuman tetap kena, moga ada terjentik di minda utk berfikir sblum bertindak selepas ini

merrissa Publish time 23-8-2021 08:39 AM

nak panjat gunung tp pemalas

MoonRise Publish time 23-8-2021 09:59 AM

kat mana2 ada ja attention seeker.

nakkomenjugak Publish time 23-8-2021 10:17 AM

selayaknya...
kalau malas pakai kaki naik gunung
tak payah buat

Doflaminggow Publish time 23-8-2021 10:40 AM

patut hukum dgn potong urat keting dia.. bg dia rasa cmna sakit kaki tu.

dekmieDandy Publish time 23-8-2021 03:28 PM

teringat kim jong un mengaku panjat gunung


pastu kantoi naik helikopter ropenye

Artemesiaa Publish time 23-8-2021 05:05 PM

Buruknya perangai

mijot Publish time 23-8-2021 06:21 PM

skrg ni kebanyakkan sggp menipu tuk sesebuah kontent..
Pages: [1]
View full version: Tipu demi video TikTok


ADVERTISEMENT