purplesilver Publish time 22-8-2021 06:26 PM

Boleh ke berpegang dkat apa suami cakap?

Semasa bergaduh, saya ada dengar suami cakap “dah, aku ceraikan kau” tapi selepas tu, suami cakap apa yang dia cakap ialah “kalau kau macam ni lagi, dah, aku ceraikan kau”. Dia cakap dia letakkan taklik kalau dimasa depan, saya macam tu lagi dengan dia, akan jatuh talak.
Saya yakin saya x ada dengar apa2 syarat diletakkan sebelum dia lafaz cerai tapi suami bersumpah dia belum ceraikan, hanya letak syarat.
Macamana ye? Saya takut suami tipu. Saya tak tenang fikirkan benda ni.
Boleh ke saya berpegang dgn kata2 suami tu. Mungkin masa tu saya tgh nangis x dengar betol2 apa yang dia cakap. Tiada saksi masa tu.
Kalau ke mahkamah, adakah hakim akan terima sumpah suami dan tidak jatuhkan talak sebab saya tak ada bukti?


UMMI_MAI Publish time 23-8-2021 06:29 PM

pegi pejabat agama mintak pendapat. jgn buat main2

Catpaw Publish time 23-8-2021 10:53 PM

Tak boleh, laki bukan mahkamah boleh tentukan hukum. Pergi jabatan agama, kang mengandung tak fasal2 kena nikah balik, anak tu camana?

PTak ada kompromi sikit pun untuk lafaz cerai ni dilafaz sesuka hati. Esok terus pergi jabatan agama, telefon ke, jangan buat main benda ni

potsshine Publish time 24-8-2021 04:06 PM

sila pergi pejabat agama sis..itu yg terbaik..

PrincesCity Publish time 25-8-2021 10:41 AM

masuk bebenang ni baru tahu bahaya nya perkataan cerai dari suami...bimbang risau smua xkena..:dizzy:

maya_mahsuri Publish time 26-8-2021 01:12 PM

Kena buat pngesahan kat mahkamah. Sebaiknya pergi ke Pejabat Agama untuk kemusykilan ni.Benda tak boleh dibuat main. Andai suami berbohong kat mahkamah, dosa nanti dia yang tanggung. Andai TER cerai, boleh rujuk balik.

skinsandstars Publish time 26-8-2021 01:40 PM

Baik pergi pejabat agama minta rujukan dan nasihat. Benda gini bukan boleh buat main, dan takda siapa kat sini yang betul2 master hukum and urusan syariah.

ease Publish time 26-8-2021 03:19 PM

Jangan ambil mudah.. Pergi pejabat agama.. Minta nasihat.. Cerita semuanya jangan hide anything..semoga dipermudahkan urusan adik..

MsPercy Publish time 26-8-2021 11:15 PM

Tt sile dengar nasihat forummer di atas.

Emm iols kne cari suami yg sabar dan x suke2 guna pkataan cerai. Serammm

mijot Publish time 28-8-2021 12:58 PM

kena pergi pej agama TT...
biar diorg yang sahkan..

zacEfron Publish time 28-8-2021 02:21 PM

kalau suami dah lafaz cerai.. dah jatuh talak la tu..
tapi kalau lepas tu uols kongkek.. kira dah rujuk jd suami isteri semula
Pages: [1]
View full version: Boleh ke berpegang dkat apa suami cakap?


ADVERTISEMENT